Jauh betul nak shopping pinggan mangkuk atas alasan murah..padahal bila dicampur dengan hotel, tambang kapal terbang dan kerete sewa ..lagi mahal sebenarnya. Takpe lah asalkan dapat berjalan bak kata pepatah "sambil menyelam minum air". Hahaha tapi air yang diminum lebih murah dari peralatan kelengkapan menyelam....berkias2 nampaknya aku ni..
Kami memilih MAS sebagai pengangkutan rasmi..disebabkan nak jimat, my hubby redeem Enrich point dia jadi tambang kami sekeluarga lebih kurang RM1,300. Bila dah booking flight baru nak cari hotel. Rupa2nya hari ketiga kami kat sana jatuh pada hari pertama LIMA. Semua hotel naik lebih 3 kali ganda..itu lah manalah nak tahu ada LIMA plak..memang tak perasan jadi harga bilik hotel Bayview melonjak kepada RM750 semalam. Tapi nasib baik hubby aku booking hotel through AsiaRooms jadi harga bilik untuk 4H3M boleh dapat RM1,050.
Peace!!! |
Sampai je kat Langkawi, terus sewa kereta Proton WIRA dengan harga RM330 sepanjang hari kami disana. Kat airpot juga kami booked aktiviti Island Hopping utk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak dengan harga keseluruhan RM110. Bukan apa, kalau tak booking masa tu..tentu susah nak cari agen yang tawarkan perkhidmatan tu..harapkan hotel takut charge tinggi.
Niat sememangnya penentu segalanya..itu sebab org tua cakap "yang penting niat". Disebabkan niat aku hanya nak p shopping dan p Tasik Dayang Bunting..maka dimakbulkan lah Allah..yang lain seperti Cable Car, Underwater World dll tempat menarik kami tak pergi sebabnya.....
i) dah pernah pergi waktu lawatan ke langkawi 5 tahun lepas
ii) cuaca, panas terik walaupun tempat lain tiap2 hari hujan.. panasnya sampai sakit kepala...
Makan
Disamping tu kami juga "JJCM" seperti yang dicadangkan oleh Dr. Rosellawati.seperti Restoran Wan Thai (Siam), Wonderland (Cina) dan Red Tomato (Mamak). Restoran Wan Thai memang sedap..tapi penuh dengan orang..harga berpatutan. (BINTANG 4/5)
Restoren Wan Thai |
Antara Juadah yang dipesan |
Pelanggan Restoran |
Menu yang dipilih |
Ada Berani?? |
Shopping
Setiap hari aku p window shopping untuk compare tawaran dan harga yang menarik. Beli coklat je lebih RM300. Puas makan coklat kat bilik hotel..survey punya survey..coklat paling murah dapat dibeli kat Hj. Ismail Group (HIG). kadang2 boleh jimat hampir RM1 untuk satu2 jenis coklat. Kain batik dan pulikat aku beli kat sini jugak. Kalau nak kain yang bermutu pilih kain batik cap Tiga Serangakai, Lebar Daun dan Mami Jarum harga dalam lingkungan RM16 - RM18. Pastikan ada label made in Indonesia. Ini kerana memang ada kain jenama yang sama tapi harganya murah..kalau tak silap RM8-RM12 tapi made in Thailand so jangan tertipu dengan harga kay.
Kalau nak beli minyak gamat, Hj. Ismail juga tawarkan harga terbaik berbanding shopping Billion dan kedai kedai lain. Di Hj. Ismail minyak gamat berharga RM9.00 untuk 12 botol berbanding RM9.90 di Billion dan RM12.00 dikedai lain atau bazaar.
Pinggan mangkuk seperti Correlle , Coningware,Vission dan Luminarc harga sama sahaja kat mana-mana. Aku beli satu set pinggan Correlle "country Rose" - 18pcs kat Pasaraya Billion berharga RM419 sebab senang nak memilih. Di kedai HIG, banyak pilihan set sampai tak tahu nak beli yang mana satu..ruang display agak sempit dan berhabuk.
Country Rose Set (source:http://www.wanitamelayu.com/forum/showthread.php?t=14317) |
Island Hopping
Nasib baik cuaca baik pagi tu, boleh lah naik boat utk aktiviti island hopping. Mula2 pergi ke Tasik Dayang Bunting, Kemudian ke Pulau Singa kecil untuk lihat helang2 berterbangan dan diberi makan. Last destination ke Pulau Beras Basah dengan pantai yang cantik. Berita penuh akan dimuatkan dalam post yg akan datang.
Berposing dalam boat |
Gagah Sang Helang Menyambar Makanan |
Pantai Beras Basah |