Thursday, November 3, 2011

Bukit Malawati Kuala Selangor

Baru-baru ni aku dan famili pergi jalan-jalan ke Bukit Malawati yang terletak di Kuala Selangor. Perjalanan untuk kesana taklah jauh sangat kerana kami guna LATAR Expressway. Bertolak dari rumah pukul 3.00 petang terus menuju ke kawasan yang dirancang.

Sejak akhir2 ni, kami rajin berjalan ke taman2 rekreasi..bukan apa saja nak mencuba kamera Sony Alfa SLT-A35 yang baru dibeli. Untuk naik keatas, trem disediakan dengan bayaran RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk Kanak-kanak. Muka budak2 tu masam mencuka sebab dipaksa pergi untuk jadi model. Bukan apa, bila dengar je kawasan tu banyak monyet semua takut.

Trem berhenti di kawasan meriam. Fuh banyak sungguh monyet (ayah aku kata lotong), budak2 terus mengecut. Mood semua bertukar ..asyik ajak balik cepat je. Terdapat beberapa peniaga yang meniaga makanan monyet (plg popular kacang panjang yang dipotong pendek) yang dijual RM1 sahaja. Ada juga peniaga yang menjual aiskrim dan keropok. Keropok diletakkan dalam jaring kerana monyet ni suka mencuri keropok ni. Pesan peniaga tu.."Keropok jangan dimakan kat sini nanti kena rampas dengan monyet"..



Aktiviti posing bermula, aku dan Amelia je yang jadi model, selain model tambahan 'Sang Monyet'....hehehe...













No comments:

Post a Comment