Friday, January 14, 2011

Happy Birthday Shira

Semalam, 13 Januari 2011, genap le usia Shira 12 tahun. Dah besar dah anak mama..dah nak kena buat IC. Tanpa apa2 sambutan dibuat sebab Shira ada tuition sebelah malam. Hadiah dah dibeli in advance....Sabtu ni baru nak celebrate di Secret Recipe, kedai kesukaannyer..atas permintaannyer jugak!!!

Happy Birthday Sayang!!!!

Semoga jadi anak yang solehah. Berjaya Dunia & Akhirat. Insyaallah...........

Thursday, January 13, 2011

Best Treadmill For Beginner



Nak cari Treadmill yang murah tapi berkualiti? Camna ye??..Sume treadmill yang ada kat pasaran rata2 mahal dan canggih2 belaka. Bukan apa, takut2 hanya buat investment yg tak menguntungkan..and at last jadi penyangkut 'towel' paling mahal!!! Hehe....

Dengan kesibukkan kita bekerja, keluar pagi dan balik malam..banyakkah masa kita untuk beriadah dan melakukan outdoor exercise? Tapi untuk kekal sihat kita kena bersenam sekurang2nya 20 minit, 3 kali seminggu!! Tahap kesihatan yang semakin merosot..membuatkan kami memilih utk buat exercise dirumah. Nak pergi Gym kat luar jauh..dan will power lak kurang. Apa salahnye kalau kita invest sikit untuk kesihatan. Asyik2 invest utk make-up, entertainment & bla.. bla...bla..

Jadi bermulalah aktiviti survey treadmill yang mempunyai harga berpatutan..Budget RM2500. Masa jalan2 kat MidValley, singgah kat Fitness Concept. Kami nak yang paling simple tapi mamat tu suggest yang canggih..dan harga mencecah RM6000 - Reebok Crosswalk V7. Macam2 special features yg ada..seperti facing fan, mp3 USB, auto incline, smartcard programme, 18 build-in programme dsb. Tertarik gak ngan offer tu dan nampak smart & bergaya. Jenama antarabangsa - dari USA tp manufacture kat China/Taiwan (tak ingat). Tapi nak beli barang RM6000 kena fikir 2, 3 kali..bukannyer murah kalau ambil easy payment - zero interestpun RM550 sebulan..berat tu!!!!!


Lepas tu pergi survey kat Takasima pulak, tengok model "Formula1" yang Amy Mastura jadi curucakap tu- Harga boleh tahan mahal. RM4900 plus offer free Foot Massager and  Magnetic Bike. Belek juga le treadmill  tu tapi ...product quality is not up to our standard le pulak...so reject..

F1 Racing ll

Akhirnye masa kita orang jalan2 kat OneUtama, singgah kedai Fitness jual peralatan sukan "Kettler" and TempoFitness dari Semua jenama antarabangsa gak tapi manufacture kat Taiwan gak. Kalau import direct dari UK, Germany..harga lagi mahal..tak dapat bawah RM6,000.

Instructor merangkap salesman tu baik punya cerita, dia tak promote treadmill yg mahal2..dia kata, "kalau kita nak beli treadmill kita kena tahu function setiap features". Adakah ia perlu utk kita? Apa tujuan kita beli? Adakah kita beginner user, atau advanced user? Semua orang yang nak beli treadmill semua nak yang canggih2 tapi akhirnyer tak pakai. 

Tahukah kita fungsi incline?Kegunaan Incline  sama macam kita mendaki..kita perlu lebih menggunakan daya sebab dia lebih laju ..silap2 tak terkejar kita speednyer..boleh pancit..semakin tinggi peratusan incline semakin laju treadmill bergerak..semakin laju le kita kena berlari. Cukuplah beli incline yang menpunyai tahap 6% sahaja..kerana selebihnye kita tak kan pakaipun. Lagi banyak features lagi mahal harganyer..

Apa yang kita perlu consider dalam membeli Treadmill??
1. Incline manual lebih murah dari automatik -perbezaan harga RM1000
2. Features yang pelbagai seperti MP3, Fan - alternatif boleh guna radio, dan kipas syiling..(kat rumah maa..)
3. Program yang pelbagai - akhir nyer kita cuma pakai 2-3 programme je..
4. Cari treadmill yg mempunyai cushioning yg baik..ia boleh support our ankle & knee dari kecederaan.
5. Mesti cari treadmill yg punyai kuasa motor..

Dengan penerangan panjang lebar, kita orang buy the idea dan terus beli TempoFitness T921 Treadmill dengan harga RM2690 berserta free 'Kettler' trampoline. 





Monday, January 10, 2011

Tips Untuk Diet - Kira Kalori Anda

Untuk berdiet semestinyer kita tak perlu berlapar..ikat perut sampai tak ada tenaga!! Cuba kita perlu perihatin berapakan kalori yng kita ambil dan berapa banyak pula ianya dibakar setiap hari..Namun begitu, bukanlah bermakna 1000 kalori yg kita ambil perlu dibakar 1000 kalori juga.

Bersenam adalah satu aktiviti yang sihat..amalkan setiap hari walaupun 10 minit..kerana ianya lebih baik daripada kita tak melakukan apa2 aktiviti fizikal yang lain. Menurut pakar, exercise yg berkesan cukup hanya 20 minit..selebihnya bukan dipanggil exercise lagi ..tp utk build-up stamina..

Mari kita kira berapa kalori yg kita ambil waktu sarapan -
  1. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
  2. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
  3. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
  4. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
  5. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
  6. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
Semasa Lunch atau makan malam pulak
  1. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
  2. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
  3. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
  4. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
  5. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
  6. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
  7. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
  8. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
  9. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
  10. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
  11. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
  12. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
  13. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
  14. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
  15. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
  16. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
  17. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
  18. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
  19. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
  20. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
  21. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan ) = 40 kalori
Mak oii banyak nyer..

Berapa banyakkah sebenarnyer kalori yang kita perlu ambil sehari?? 
Ia sebenarnyer bergantung kepada kadar metabolisma seseorang..Jika objektif kita untuk menurunkan berat badan, ambil kurang 500 kalori saja sehari dan maintain dengan exercise..

Anda boleh mengira sendiri jumlah kalori yang boleh diambil dengan click link ini...

Tuesday, January 4, 2011

My 2011 Resolution & My New Gym

Azam tahun baru untuk terus kekal sihat dan kurus..so kami buat keputusan to convert our family hall into Gym. Selain Sky Walker, kami tambahkan 2 lagi alat bantuan exercise iaitu trampoline & treadmill. Harap-harap dapat le exercise sikit daripada sebelum ni tak buat langsung..



Yang lebih sibuknya budak2 tiga orang ni le berebut nak naik treadmill. Siap dengan sport shoes masing2. Runsing juga dibuatnya. Kesudahannya aku masukkan treadmill dalam bilik..utk control..baru tak main dah. Treadmill ni utk kegunaan bagi mereka yang berumar 12 tahun keatas. Untuk run, dia perlu ikut prosedur yang betul, kalau tak merbahaya boleh jatuh dan patah anggota badan dia buatnya. Nasib baik ada safety key..so aku simpan dan cuma keluar masa nak guna sahaja.

Sunday, January 2, 2011

Jendela 2011 Terbuka Luas

Selamat Datang Tahun Baru. Tahun 2011 yang belum pasti akan akhirnya. Kitalah yang mencorak sejarah yang tersendiri...

Apakah azam baru anda? Semoga tahun baru ini akan menambahkan lagi amal dan ibadat kita terhadap Yang Maha Pencipta, Allah s.w.t. Memohon keberkatan hidup supaya berjaya di dunia dan akhirat. Amin..........

Gulliver’s Travel Review

 Mula2 tengok iklan kat tv...wow Gullivers Travel...ini citer waktu kecik2 dulu....kalau dulu dorang buat tak baper real..pasal CGI dulu2 mcm katon jer...tp waktu kecik2 tu pon dah kira impress abis tu...so bila tgk citer ni dorang buat balik..ngan CGI yg hebat skrg ni..sure best punya...budak2 sure suka....pastu lately pulak kat panggung kalau main citer melayu...tak abis2 citer antu lawak yg tak lawak tu...etc jgn pandang belakang congkak 2...hampeh...nasib tak tgk kat panggung..tgk download pon rasa rugi bayangkan la...senario asam garam..hampeh gak..nasib donlod free....la ni kalau nak tgk kat wayang misti tgk cite yg best kalu tak baik donlod jer...iyea la kan...tv kat rumah pon dah mcm kat wayang..hehehe,,,citer omputih pon kat wayang byk tak sesuai kalau nak bwk budak2 tgk...tak abis2 cium..letih le..tgk shrek pon ader cium..apa la punya bebal....so kira bila tgk citer ni nak main.....mmg plan nak bwk bebudak tu le..sure dorang suka....

mula2 ingat nak tgk yg 3D..mmm mahal la pulak pastu dah la kena pakai spek double...mesti tak puas ati mcm tgk avatar 3d...aritu...ckp kat bebudak tu tgk yg biasa jer la.....so mcm biasa la booking kat intenet je skrg bayar guna maybank2u..takyah beratur....pastu bole book tiket student...dorang bukan check pon..dpt murah skit..heheh ( tp mmg ada student veteren yg tengok sekali nih )...sebelom tgk ada gak baca review ...dorang cakap tak le best sgt..cuma harapkan Jack Black je...ala takan tak kenal Jack Black ( yg main cite King Kong tu...School Of Rock...)..tp bila Jack Black main..sure havoc...

so basically citer ni takder la ikut sgt mcm manuskrip citer asal dia...gullivers kali ni kiranya hidup zaman moden ler....kije opis yg membosankan...minat kat sorang awek opis....tp tak berani nak cakap...di pendekkan citer last2 terdampar kat pulau Liliput...jumpa org kenit..jadi hero...lawan org jahat...last2 hero menang ler..dpt pikat awek opis yg dia minat tu...so kiranya jln citer sumer org dah tahu kalau penah tgk versi lama or baca novel...tp yg penting janji budak2 tu suka...memang seronok tgk gelagat Jack Black...so kira tak rugi le tgk kat wayang....( kalau kuar Torrent mau donlod bdrip citer ni...bole tgk sekali lg......so kira bole bagi 3.5 * le...byk kali le best dri citer 2 melayu yg membodohkan minda penonton tu....tp yang paling best...lepas tengok citer nih...kitorang beli Treadmill..hahahaha ( sekadar selingan).....

2010 Yang Penuh Suka Duka

2010 telah melabuhkan tirainya..tercatat pelbagai sejarah suka duka untuk dijadikan panduan dan ikhtibar semua. Antara kisah suka duka yang dapat dikepilkan............

Sejarah Tercipta
  • Malaysia menang Piala Suzuki Asia Tenggara 2010 dengan mengalahkan Indonesia 4-2
  • 16 September diumumkan sebagai Cuti Umum - Hari Malaysia
  • Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan Seluruh England






Kematian Yang tak mengenal usia

  • Yanny Mentor
  • M.Rajoli
  • Achik Spin
  • Faizal 





Wedding of the Year
  • Datuk Dr. Sheikh Muszaphar & Dr. Harlina
  • SM Nasarudin and Marion Caunter








Penceraian Artis
  • Sein & Nana
  • Maya Karin
  • Raja Azura






Sebenarnya banyak lagi kisah2 suka duka yang boleh dicatatkan......
Ader sesiapa yang nak tambah?  Silakan...kat ruangan komen!!