Sedia untuk makan |
Resepi ni mudah dan ringkas. Bahan2 pun tak banyak diperlukan. Aku dapat resepi ni dari Dr. Roselawati yang rajin bertanyakan chef di Wonderland Restaurant, Langkawi. Aku tak ada ikan siakappun jalan jugak, goreng aje apa2 pun jenis ikan..dan dimakan dengan sos kicap ni..pasti menyelerakan.
Bahan2
Seekor ikan siakap (digoreng garing)
Cili api dipotomh bulat2 dan kecil
Kicap Manis Habhal - Kipas Udang
Kicap ABC (Yg dalam iklan Chef Zam)
3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
2 biji limau nipis (ambil jus sahaja..kuantiti juga ikut suka mengikut selera kemasaman)
Minyak untuk menumis (kalau boleh guna minyak cap helang..aroma lebih sedap)
Sedikit air
Cara Memasak
1. Tumis bawang putih hingga naik bau
2. Taburkan cili api
3. Bubuh kedua-dua jenis kicap (kuantiti ikut suka, saya pakai dalam 3 sudu setiap satu..agak2 je ni)
4. kalau nak banyak kuah, tambah sedikit air (agak2 jangan terlalu cair )
5. Bila sudah menggelegak, tutup api dan tuang jus limau.
6. Tuang sos atas ikan.
jelesnyee..lapaq ni...
ReplyDeletetq for sharing this recipe..x p ye akak post kt blog akak...
ReplyDelete