Monday, May 28, 2012

Rehabilitation Prosess for Broken Pattela

Ya Allah, sakitnya hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang aku lalui sepanjang process rehabilitasi ini. Setiap minggu terpaksa pergi fisioterapi yg membuat aku fobia!!! Tapi sebab nak sembuh cepat terpaksa juga aku lalui.

Minggu pertama pada 21 Mei lepas aku buat fisio, physiotherapist tu gunakan mesin khas untuk membantu membengkokkan lutut aku. Sakitnya..setiap kali mesin tu membengkokkan lutut aku dan kemudia lega sekejap bila dilepaskan. Proses itu berlanjutan dalam masa setengah jam. Muscle aku semuanya dah mengeras maklum le kesan daripada kecederaan dan  immobilisation process. Balik tu aku terus demam, demam urat orang tua-tua kata. 

Hari ni, merupakan minggu kedua. Takut rasa hati nak pergi bila mengenangkan kesakitan yang aku alami minggu lepas. Sampai aje giliran aku, physiotherapist tu periksa lutut aku. Panas katanya, masih bengkak lututku. Dia membalut lutut aku dengan ais untuk mengurangkan bengkak dan panas. Lepas tu sambil meniarap dia suruh aku bengkokkan lutut dan memeriksa ROM aku. Ada improvement dari 30% last visit ke 40% sekarang ni. Tapi kenaikan hanya sedikit katanya. Maka...................dia membengkokkan lutut aku menggunakan tangan dia..sampai terketar2 kaki aku dibuatnya untuk menahan kesakitan. Badan2 aku automatik mengeras kesan tindakbalas terhadap kesakitan...pinggan akupun tersangat le sakitnya. Tak boleh nak diceritakan macam mana sakitnya aku waktu tu..sampai tempat yang ber aircond pun berpeluh satu badan. Proses tu dia lakukan berkali-kali...bayangkan...berapa seksanya aku menempuh kesakitan yg teramat. Aku pernah lihat proses yng sama dilakukan di dalam Youtube mat saleh...itu lagi membuatkan aku ngeri. Sambil tu dia mengukur ROM aku. Dah naik katanya ...50% and then 55%.

Selain dari tu dia juga ada ajar aku beberapa jenis exercise yg boleh aku lakukan dirumah. Menurut beliau, sekurang2nya buat exercise tu seratus kali sehari. Walaupun dah selesai seksaan, dahi aku masih berpeluh-peluh. Oh...takutnya aku bila mengenangkan my next appointment...next week!!!!


Nota: ROM ialah Range of Motion. Manusia Normal mempunyai Range of Motion antara 100% - 135%. Tetapi ROM seseorang tidak sama dan ia bergantung kepada pelbagai faktor terutama saiz badan. Kaki Kiriku sendiri mempunyai ROM 125% sahaja.

3 comments:

  1. Salam along..moga cepat sembuh ye.! Seriau dengarnya..

    ReplyDelete
  2. sabar ea.. smoga cepat sembuh dan boleh lari pasni! :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih semua..masih jauh lagi dugaan yg perlu akak tempuhi..doakan yang terbaik k

    ReplyDelete