Monday, October 22, 2012

Fried Crabs in Creamy Sauce

Resepi ni aku dapat dah lama..tahun 2004 lagi tapi tak pernah buat. Resepi ni menang tempat pertama dalam "Creative Recipe Contest" anjuran F&N melalui The Malaysian Women's Weekly. Yang aku selalu buat Egg Tofu with Prawn yg mendapat tempat ketiga je. Selalunya ketam ni aku jarang goreng..selalu masak lemak cili api, kari ataupun sup je. Hubby aku kata hilang manis ketam jika goreng. Tapi kali ni aku cuba gak masak goreng bercili ni...rasanya memang sedap.

Nama Resepinya ialah: Fried F&N Crabs in Creamy Sauce, idea asal dari Karen Tan. Resepi asal dalam bahasa Inggeris dan aku translatekan dalam BM...
Gambar Asal dr. MajalahThe Malaysian Women's Weekly - November 2004 

Gambar dari Hasil 'air tangan' aku...

Bahan A

4 ekor ketam, dibelah dua
Tepung jagung
1 cwn minyak untuk deep-frying
6 helai daun limau purut
70ml susu cair
20g kerisek
garam dan gula secukup rasa

Bahan B (Rempah dikisar halus)

5 biji bawang merah
3 biji cili merah
2 labu bawang besar
2 batang serai

Bahan C ( Sos) 

60g air
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tauchu
2 sudu besar sos cili Thai


Cara Memasak

1. Taburkan tepung jagung atas ketam yang telah dicuci bersih. Gaul dan ratakan. Goreng atas minyak yang panas hingga kenung keemasan. Angkat dan Toskan.
2. Ambil minyak gorengan ketam tadi (sukatan ikut suka) untuk menumis rempah hingga naik bau dan garing. (disini saya masukkan juga cili kering sedikit utk tambahkan kepedasan). Masukkan semua bahan C dan biar hingga mendidih.
3. Masukkan ketan dan daun limau purut. kacau hingga sebati dengan kuah kemudian masukkan susu cair dan renehkan lagi dan kacau rata.
4. Bila kuah mula kelihatan pekat tambahkan kerisek, garam dan gula.
Hidang bersama nasi panas.




Friday, October 12, 2012

Proses Rehabilitasi "Broken Patella" Yang Panjang...

Diam tak diam sudah hampir 7 bulan sejak aku ditimpa musibah..pecah tempurung lutut tu..(cam ganas bunyinyer). Sejak itu lu hidup aku perlu diadjust..Membuat senaman yg sesuai setiap pagi dan pergi fisio kat hospital seminggu sekali. Penah sungguh rasanya dan masa seakan begitu cepat berlalu..minggu demi minggu..dan berganti bulan.

Pencapaian ROM aku setakat ini 100/135. Dah banyak berupa..tapi untuk memcapai ROM 90 payah sungguh sampai memakan bulan. Start dari lepas raya puasa dari ROM 75 hingga minggu lepas 3/10 baru pencapaian ku 90. Rasanya hampir dua bulan ia tersangkut kat range tu. Tapi alhamdulillah minggu ni keputusan amat membanggakan untuk aku..sebab dah boleh kayuh basikal walaupun payah. Sebelum ni bila kayuh basikal tak boleh buat pusingan penuh. 

Pergi fisio ni bukanlah  seronok. Setiap kali nak pergi rasa takut dan fobia..takut sebab sakit. Normal exercise yang perlu dibuat adalah kayuh basikal, 'berenang dalam sangkar' dan akhir sekali pyhsical terapist akan bengkokkan kaki..untuk menambahkan ROM. Berenang dalam sangkar ni aku dan Bahrin..pembantu Gym tu le yang gelar..namanya aku tak tak tapi cam satu proses paksa dan rengangkan kaki untuk bengkok dengan bantuan tuas. Hahaha..tentu susah nak imaginekan...nanti aku cari gambar...

Untuk bengkokkan kaki dengan bantuan terapist ada dua cara :
1. Bengkok dari depan macam gambar dibawah lebih kurang tapi therapist aku duduk atas kerusi dan tolak kaki sambil aku tolak arah berlawanan.
Knee Bend
2. Bengkok dari belakang..sambil kita baring, therapist akan tolakkan kaki kita dan kita tolak arah berlawanan juga sampai tahap kaki kita mula mengeletar. 

Selain tu exercise ringan yang aku buat kat rumah ialah Quad sets and Straight leg raise.
seperti gambar dibawah.   


Static Quadriceps Contraction
Exercises for a Patellar Fracture - Knee Bend to Straighten
 Knee Bend to Straighten