Thursday, February 23, 2012

Gulai Lemak Tumis Ikan Bawal

Hari-hari kena masak, kadang-kadang tu boring jugak! Dah tak tahu nak masak apa, selak2 buku resepipun tak menarik..kadang-kadang tu tertarik tapi bahan2 pulak tak ada. Hari ni aku kedapur dalam pukul 11pagi. Buka freezer tengok lauk-pauk yang ada. Ada ikan tenggiri, bawal, udang, daging, ayam dan ikan merah. Aku buat keputusan nak masak gulai lemak ikan bawal dan udang black pepper.

Gulai ni special sikit sebab aku tumis dulu bumbunya dan ikan juga aku goreng dulu. Baru mantap rasanya.
Jadi Bahan2 nya senang saja:

Gulai Lemak Tumis Ikan Bawal

Bahan-Bahan

Bahan A (Dikisar bersama)
1 biji bawang besar
10 tangkai cili api (ikut suka lebihkan lagi kalau nak pedas)
Sejemput ikan bilis

Bahan B
Seekor Ikan Bawal yang telah digoreng separuh garing
3 Tangkai Daun limau purut
1 batang serai
1 biji limau nipis
Santan (aku pakai 3/4 santan kotak M&S)
11/2 cawan air
sedikit serbuk kunyit
garam
4 biji bendi
2 sudu makan minyak untuk menumis

Cara-Cara
Tumis bahan A bersama serai hingga wangi.
Masukkan daun limau purut
Masukkan air, serbuk kunyit dan santan, kacau ikut kepekatan yang diingini
Masukkan ikan, kacau dan tunggu sampai menggelegak.
Masukkan garam secukup rasa dan bendi.
Tutup api dan perah limau nipis.

Thursday, February 2, 2012

Ikan Siakap Masak Kicap - Chinese Style

Memang sedap bila makan ikan siakap masak kicap ni. Sudahlah mudah nak masak pakai campak2 je..rasanya wow terangat kening. favourite aku dan anak2 ni. Si kecil Ameliapun suka makan, sampai bertambah2 nasi dipinggan." Napa le mama ni pandai masak sangat..sepatutnya mama jadi chef le"..itu adalah kata2 yang anak2 aku selalu ucapkan jika mereka makan masakan dari air tanganku. Hehehe..rasa nak tergelakpun ada dibuatnya..tapi aku cool aje...

Sedia untuk makan

Resepi ni mudah dan ringkas. Bahan2 pun tak banyak diperlukan. Aku dapat resepi ni dari Dr. Roselawati yang rajin bertanyakan chef di Wonderland Restaurant, Langkawi. Aku tak ada ikan siakappun jalan jugak, goreng aje apa2 pun jenis ikan..dan dimakan dengan sos kicap ni..pasti menyelerakan.

Bahan2
Seekor ikan siakap (digoreng garing)
Cili api dipotomh bulat2 dan kecil
Kicap Manis Habhal - Kipas Udang
Kicap ABC (Yg dalam iklan Chef Zam)
3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
2 biji limau nipis (ambil jus sahaja..kuantiti juga ikut suka mengikut selera kemasaman)
Minyak untuk menumis (kalau boleh guna minyak cap helang..aroma lebih sedap)
Sedikit air

Cara Memasak
1. Tumis bawang putih hingga naik bau
2. Taburkan cili api
3. Bubuh kedua-dua jenis kicap (kuantiti ikut suka, saya pakai dalam 3 sudu setiap satu..agak2 je ni)
4. kalau nak banyak kuah, tambah sedikit air (agak2 jangan terlalu cair )
5. Bila sudah menggelegak, tutup api dan tuang jus limau.
6. Tuang sos atas ikan.

Lempeng Kelapa "Gebu"



Dah lama tak makan lempeng kelapa, pernah makan kat P.D dulu..emm rasa sedap.."lempeng kelapa muda". Terasa nak buat sendiri pulak. Mak mentua siap parutkan kelapa nak buat lempeng. Tapi sayang tertinggal pulak kat kampung.

Hajat nak buat lempeng kelapa diteruskan juga. Aku beli kelapa parut kat Kedai Al-Rahman dekat rumah. Cari punya cari resepi..terjumpa kat web Abg Mat Gebu "Dapur Tanpa Sempadan". Resepi yang agak menarik dan mudah disediakan. Aku tiru sebijik dari resepi beliau.

Lempeng Kelapa "Gebu"


Bahan2
1 1/2 cwn kelapa parut putih 
1 cwn tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1 cwn air (agak2)
Secubit gula (optional)
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya: 
1. Satukan semua bahan tadi, kacau rata dan jika terlalu pekat tambah 1-2 sudu besar air. Kacau dan biar  seketika.
2.Panaskan kuali (aku guna non-stick), renjiskan sedikit minyak masak. Sendukkan adunan (kuantiti ikut citarasa dan saiz yg diinginkan) dan ratakan masak atas api perlahan hingga permukaan lempeng pucat.
3. Terbalikkan dan masak lagi hingga garing. Angkat dan makan semasa panas. 

Lempeng ni sedap dimakan bersama sambal tumis ikan bilis atau kari ayam/daging..yum..yum..licin..
Thanks to abg Mat Gebu dengan resepi yang semestinya sedap ni. 

Kek Pisang Emas


Mudah sangat membuat kek pisang ni..resepi diceduk dari Kak Ummi http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/. Hasilnya memang menjadi cantik. Thanks Kak Ummi..

Resepi

150gm pisang emas (6 biji)
180gm tepung gandum
180 gula perang (saya letak 150 gm saja)
3 biji telur
120 ml minyak masak
1sudu teh ovalette
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
secubit garam

(saya lupa letak esen pisang..kalau ada lagi sedap rasanya..tapi dalam resepi kak ummi takde)

Cara Membuatnya

Campurkan semua bahan diatas.
Putar menggunakan mixer hingga sebati dan nampak putih
Griskan loyang dan masukkan adunan
Bakar pada suhu 180c dalam masa 40-45 minit.

Monday, January 23, 2012

Island hopping - Pulau Beras Basah

Selepas ke Pulau Dayang Bunting kami singgah ke Pulau Beras basah..pantainya jernih hingga menanpakkan pasir, karang dan anak2 ikan. Selain itu pantai masih tak tercemar..kat sini tak ada tandas, elektrik dan bekalan air. Terdapat kedai kecil yg menjual aiskrim, air minuman dan keropok.






Nampak anak2 ikan bermain2


Jernihkan airnya









Island Hopping - Tasik Dayang Bunting

Tasik Dyang Bunting merupakan satu tempat yg menarik dalam peta Pulau Langkawi dan perlu (bukan wajib tau) dilawati jika berkunjung ke pulau helang ini. Apa yang menarik? Ada orang kata, kalu sesiapa yg tidak mempunyai anak, jika berniat kat sini dan mandi ditasik ini insyaalah akan diperkenankan. Sejauhmana kebenaran wallahualam..jangan terpesong akidah sudah..kerana semuanya datang dari Allah!

Sebelum masuk kepulau ini banyak deretan pulau lain disekitarnya, pulau ini dinamakan tasik dayang bunting kerana keunikan btk pulaunya seakan akan membentuk sekujur tubuh wanita hamil yang sedang berbaring....













Pulau ni cantik, air tasiknya jernih, berwarna hijau mungkin kerana banyak plankton2 hidup subur didasar lautnya. Tasik itu sendiri juga cantik , terletak ditengah2 pulau..dan airnya kehijauan..tetapi kecantikan semula jadi telah pudar akibat aktiviti komersial. Terdapat kemudah tandas dan wakaf untuk beriadah. 












Monyet2 bertebaran menanti pengunjung tiba dan pulang..port dia ni kat JT


Mee Bakso Resepi dr. Surabaya

Hari ni aku masak Mee Bakso selain daripada menu lunch seperti asam pedas ikan tenggiri dan baby kailan goreng. Kali ni resepi mee bakso aku tanya maid baru aku Ida org dari Surabaya. Resepinya mudah bangat kata orang Indonesia. Hasilnya yummy..anak2 aku suka..sedap kata diorang.


Resepi Sup (2 liter) 

1 labu bwg besar
3 ulas balwang putih 
1 inci halia
1 sudu besar lada sulah
100gm tetel daging utk stok (@ blh guna kuib pati lembu)
1/2 paket Bebola daging (aku guna brand Azmy)
1 paket bebola ikan 
5 keping Tauhu kering 

semua bahan tadi ditumbuk halus dan kemudian ditumis (minyak ikut suka aku bubuh lbh kurang 5 sudu). Tambah air dan bubuh tetel hingga empuk. Kemudian tambah garam dan serbuk perasa. (Aku tambah 2 batang daun sedari utk aroma dan rasa). Setelah menggelegak tambah bebola dan tauhu. 

Bahan Mee

Mee Kuning dicelur
Daun sup dan bawang dihiris
Bawang goreng
Sawi dicelur (aku tak letak sbb tak ada)

Sos Kicap

Kicap manis
Cili api ditumbuk

Ringkas dan mudah untuk sediakan. Kalau nak sedap lagi masa mkn tambah sos cili...selamat mencuba.