Hari ini bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2013. Pagi-pagi lagi dah bangun, kejutkan Amelia. Pandai sungguh dia ...mandi dan pakai baju sendiri. Nasib baik ada kakak dia, Misha...lagi bersemangat le Amelia untuk kesekolah. Bas sampai pada pukul 6.40 pagi , Amelia dan Misha beriringan menaiki bas yang berhenti betul-betul depan rumah. Pukul 7.00 pagi aku dan hubby pergi sekolah menanti budak2 tu kat kantin sambil makan nasi lemak achik kantin. Sedah dan murah, harga RM1.00 je.
Lambat jugak budak2 ni sampai. Pukul 7.10 pagi baru sampai. Aku bawa Amelia beratur di ruang perhimpunan. Sebelum ni Amelia ditempatkan di Kelas 1 Unggul tapi setelah menduduki ujian, dia ditempatkan di kelas 1 Gemilang. Sempat juga aku snap 2 keping gambar sewaktu dia di kelas. Kami tunggu hingga waktu rehat. takut2 kalau dia menangis lihat kami tiada.
Merahnya langsir...
Amelia bersama rakan baru, Aisyah
Petang pulak daftarkan sekolah agama Al-Madani, sekolah agama swasta kat rumah. Bukan tak ada sekolah kerajaan. tapi bila lihat keadaan sekolah yang daif..kesian rasa nak hantar dia kat sana.
Malam semalam ada satu peristiwa lucu buat aku dan kelucuan ini aku kongsi bersama hubby!! Rupa-rupanya dah besar dah anak bongsu mama, Amelia ni.
Ceritanya begini...malam semalam aku berjanji dengan Amelia untuk gosokkan baju sekolah dia. Memandangkan hari ni merupakan hari pertama dia kesekolah, both SK dan SRA, bertambah exited le jadinya si Amelia ni. Sebelum masuk tidur dia menemankan kakaknya gosok baju. Sebelum tu dia telah siap sediakan set pakaian sekolah dia dan meninggal nota ringkas buat aku. Siap lagi beritahu aku untuk melihat nota yang ditinggalkannya. "mama nanti mama baca surat yang Amelia letakkan kat bilik mama ok"..katanya sebelum masuk tidur.
Tanpa mengesyaki apa-apa yang luar biasa selepas menonton TV aku naik kebilik untuk gosokkan baju dia. Terkejut dan tergelak besar aku bila melihat set2 baju yang telah dia sediakan beserta nota. Tak tahan untuk ketawa bila baca nota yang dia tulis. Kelakar sungguh!! Abah dia kata bijak sungguh..fikiran dah macam orang besar..Hahahaha...
Baju dan Nota yang disediakan
Nota "Baju nak gosok mama cakap baju sekolah agama kiri SK Meru2 kanan"..siap dengan signage lagi....
Cepat sungguh masa berlalu..tahun 2012 sudahpun melabuhkan tirainya..kini 2013 telah menjelma. Sudah tercapai ke azam tahun lepas? Bak kata Dato' Dr. Fazilah kamzah dalam MHI pagi tadi azam bukan hanya satu statement tapi perlu ada gambaran jelas supaya kita boleh laksanakan satu persatu. ..Vision and mission must have strategic planning kalau tak cuma anganan kosong.
Sudah banyakkah ilmu dan pengalaman kita timba. Sudah banyakkah amalan dan pahala yang dikumpul untuk ke SANA...kerana kita akan di'ambil' pada bila-bila masa. Ya Allah..tabahkan hatiku untuk menghadapi setiap dugaan dan cabaranmu. Tetapkan imanku..untuk mengumpul bekal menghadap MU.
Tahun baru bermakna bertambah setahun lagi usia kita. Semoga usia yang diberikankepada kita dipergunakan dengan sebaik mungkin bagi mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Selamat Tahun Baru buat semua....
"Ujian, bahasanya bisu. Hadirnya tidak terduga. Ada kala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa. Ada kala untuk mengajak kita bertanya, apakah diri sudah terlupa. Ya... terlupa siapakah kita di sisi-Nya...." ini merupakan petikan daripada buku hasil nukilan Ustaz Kazim Elias.
Buku ini merupakan karya sulung beliau dengan kerjasama Karya Bestari. Menarik untuk dibaca, terutama bila ustaz ni merupakan ustaz favourite kita. Jika kita biasa dengar ceramah beliau, jadi bait2 ayat dalam buku ini begitu sinonim dengan kita. Banyak input dalam ceramah beliau diselitkan dalam buku ini. Cara penyampaian yang bersahaja dan contoh-contoh yang biasa kita lalui menjadikan buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat.
Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku seperti MPH dan Popular dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM19.90. Dapatkannya sekarang...tak rugi beli....
Hari Raya Haji Hari tu kitaorang sambut birthday kedua2 anak saudara aku..Dafina, satu tahun dan Al-Wafiy, dua tahun. Tema pink and blue. Mak Su Nonoi selaku ibu budak berdua tu sungguh beria buat persiapan. Ada hadiah pakaian tercantik, pakaian ikut tema, acara tiup belon dan duduk belon sampai pecah le...tak lupa juga door gift (Sepasang brooch) utk ibu2 yang hadir.
Acara diadakan selepas sembahyang asar, lebih kurang pukul 5.00 ptg. Selain kawan2 mak dan papa aku, saudara dan sepupu yang duduk berhampiran juga dipanggil. Menu..seperti biasale, lauk raya seperti rendang dan lemang, nasi impit dan kuah kacang, puding, dadih dan macam2 lagi. Aku tambah mee goreng dalam menu. Ramai yang memuji kesedapan mee goreng yang aku buat...well...hahahaha...
Akibat hubby aku teringin sangat nak makan sotong goreng tepung kat Tanjung Lumpur, Kuantan..kami sekeluarga telah bermalam sehari di Bandar Indera Mahkota Kuantan. Sebaik sahaja check-out dari Colmar Tropicale..perjalanan diteruskan ke Kuantan. Tapi sebelum tu kami dah booking "Sri Manja Boutique" hotel melalui AsiaRoom. Saja nak booking hotel baru ..lebih kurang 10 bulan beroperasi. Aku kategori kan hotel ni sebagai hotel budget sebab harganya yang murah. Tapi kalau nak ikutkan starnya kat website..dalam 3 bintang. Kemudahan semua ada kecuali fridge. Aku booking bilik family harga RM214.00 semalam. Terdapat dua katil, satu super single dan satu queen size. Bagi aku kalau setakat untuk tidur hotel ni berbaloi. Terdapat juga swimming pool ditingkat roof top. Masih berbau 'baru' bilik ni..bau kayu..bau cat..bau gam bercampur aduk..pening kepala aku...
Sumber: http://www.srimanjahotel.com.my
Berbalik semula pasal Tanjung Lumpur ni, malam tu kami dinner kat sana ..dan restoran pilihan kali ni ialah "Ana Ikan Bakar Petai". Mak ai..ramainya orang...sampai susah nak cari meja kosong. Akhirnya dapat juga kami tempat. Apa yang kami order? Seperti yang diidamkan sudah semestinya sotong goreng tepung, Ikan bakar petai (nak cuba sebab ni specialties restoran ni), Ketam Sweet Sour dan Tomyam Seafood. Semua seafood kita pilih dan untuk ikan bakar aku pilih ikan merah.
Sumber: http://shimazahar.blogspot.com
Sumber: http://www.garmin.com.sg
Disebabkan terlalu exited dapat makanan. Lupa nak snap gambar..hehe..tapi aku pinjam beberapa gambar dari blog lain untuk tatapan korang. Review masakan: Memang puas hati, Sotong seperti yang diidamkan..Ikan bakar memang sedap...isinya lembut macam dikukus tambah pulak bersirakan pes cili yang lazat...licin aku bedal sorang2...harga pun murah..tapi aku tak ingat....Lebih kurang RM100.00 kot.
Aku sempat le juga snap gambar..satu waktu boring menunggu dan waktu nak balik tapi gambar restoran aje le ...hehehe..
Pada 18 November 2012 yang lepas, anak bongsu, Amelia telah menerima sijil graduasi setelah menamatkan pengajian selama 2 tahun di tadika Minda Emas. Seperti tahun lepas, acara tersebut diadakan di Auditorium Perpustakaan Tun Raja Uda, Shah Alam pada pukul 2.30 petang.
Ramai ibubapa yang hadir sehingga tak cukup tempat duduk menyebabkan ada yang duduk atas tangga. Mana taknya, bukan ibu-bapa sahaja yang hadir malah..adik beradik, atuk, nenek pakcik dan makcik pun ada yang hadir sama. Hehehe..begitu le terujanya mereka ingin melihat sicilik beraksi di pentas.
Acara dimulakan dengan penyampaian sijil graduasi untuk pelajar 6 Years dan Amelia adalah antaranya. Tidak seperti tahun lepas yang mana pelajar duduk diatas pentas, kali ini pelajar yang menerima sijil beratur turun dari tangga ke pentas.
Beratur turun dari tangga
6 Years Students
Tunggu Giliran
Amelia menerima sijil graduasi
Selepas acara kemuncak selesai tibalah masanya acara persembahan daripada pelajar-pelajar bermula dari kanak-kanak berumur 3-4 tahun dengan pakaian beragam mereka. Kemudian dari kanak lelaki 5 tahun, kanak2 perempuan 5 tahun, diikuti kanak-kanak lelaki 6 tahun dan kanak-kanak perempuan 6 tahun.
Pakaian Beragam Kanak-kanak 3-4 Tahun
Cowboy Dance - Lelaki 5 Tahun
5 Little Ducks - Girls 5 tahun
Nasyid - Boys 6 Tahun
Tarian Kipas - Girls 6 Tahun
Persembahan Khas - campuran
Amelia tidak terkecuali dari menyertai persembahan ..apalagi menari dalam Tarian Kipas le dia..tak sangka...tarian lancar dan semua pelajar ingat steps. Nak tengok..sedutan tarian..play video dibawah.
Tengok bergaya sungguh dia menari.....
Gambar dibawah ni pulak ialah acara kemuncak akhir concept dimana pelajar2 dan guru2 berkumpul...Sekian.