Tuesday, December 11, 2012

Amelia's Graduation and Concert 2012

Pada 18 November 2012 yang lepas, anak bongsu, Amelia telah menerima sijil graduasi setelah menamatkan pengajian selama 2 tahun di tadika Minda Emas. Seperti tahun lepas, acara tersebut diadakan di Auditorium Perpustakaan Tun Raja Uda, Shah Alam pada pukul 2.30 petang.

Ramai ibubapa yang hadir sehingga tak cukup tempat duduk menyebabkan ada yang duduk atas tangga. Mana taknya, bukan ibu-bapa sahaja yang hadir malah..adik beradik, atuk, nenek pakcik dan makcik pun ada yang hadir sama. Hehehe..begitu le terujanya mereka ingin melihat sicilik beraksi di pentas.

Acara dimulakan dengan penyampaian sijil graduasi untuk pelajar 6 Years dan Amelia adalah antaranya. Tidak seperti tahun lepas yang mana pelajar duduk diatas pentas, kali ini pelajar yang menerima sijil beratur turun dari tangga ke pentas.

Beratur turun dari tangga
6 Years Students
Tunggu Giliran
Amelia menerima sijil graduasi
 Selepas acara kemuncak selesai tibalah masanya acara persembahan daripada pelajar-pelajar bermula dari kanak-kanak berumur 3-4 tahun dengan pakaian beragam mereka. Kemudian dari kanak lelaki 5 tahun, kanak2 perempuan 5 tahun, diikuti kanak-kanak lelaki 6 tahun dan kanak-kanak perempuan 6 tahun.
Pakaian Beragam Kanak-kanak 3-4 Tahun
Cowboy Dance - Lelaki 5 Tahun
5 Little Ducks - Girls 5 tahun

Nasyid - Boys 6 Tahun
Tarian Kipas - Girls 6 Tahun
Persembahan Khas - campuran
 Amelia tidak terkecuali dari menyertai persembahan ..apalagi menari dalam Tarian Kipas le dia..tak sangka...tarian lancar dan semua pelajar ingat steps. Nak tengok..sedutan tarian..play video dibawah.


Tengok bergaya sungguh dia menari.....

Gambar dibawah ni pulak ialah acara kemuncak akhir concept dimana pelajar2 dan guru2 berkumpul...Sekian.
-Minda Emas-

No comments:

Post a Comment