Wednesday, December 5, 2012

Colmar Tropicale French-themed Resort (Part 1)

Percutian mengejut kali ni adalah di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi bertemakan kota Perancis. Kami pergi pada kemuncak cuti iaitu antara cuti Deepavali dan satu Muharram. Bilik semua penuh dan kawasan sekitar hotel begitu pack sekali.

Memandangkan cuaca sering hujan terutama sebelah petang, kami sekeluarga bertolak dari awal pagi lebih kurang pukul 8.30 pagi untuk mengelakkan hujan. Jadi kami sampai agak awal lebih kurang pukul 10.30 pagi. Mula-mula kami lawat Taman Arnab..indah khabar dari rupa..tak bestpun. tapi bolehlah....




Lepas tu kami pergi pulak Japanese Village dan Taman Botani. Kawasan ni sebenarnya berhampiran. Tapi nak menuju ke tempat ni kita kena park kereta jauh dan mendaki tangga dan bukit pulak tu. Sakit kaki aku yang dah tentunya sakit ni. Tapi aku berjaya jugak lakukan!!








 Lebih kurang pukul dua petang kita orang check-in hotel Colmar Tropicale...tapi mak ai..bilik masih takde yang kosong lagi..semalam hotel fullhouse..so ambik masa utk housekeeping kemas. Masa tu hujan dah mula turun. Kawasan lobby dah mula crowded dengan in-house guests dan pelawat luar. Kawasan hotel ni bercampur tu yang sesak tu. Tapi untuk meredakan keresahan guest yg menunggu bilik masing-masing pihak hotel menyediakan minuman ringan yg terdiri daripada orange just, kek and popiah.

Dalam pukul tiga baru kami dapat bilik. Itupun setelah pergi ke kaunter. Mula2 hanya satu bilik je yang ready. Tapi masak kami masuk housekeeping mula mengemas bilik yg satu lagi. Wow..besar jugak bilik ni. Untuk cerita lanjut tunggu post seterusnya....

No comments:

Post a Comment