Tuesday, December 31, 2013

Trip Bandung - Jakarta 2013 (Part1)

Percutian bersama keluarga pada 1 - 5 Jun 2013 ke Jakarta dan Bandung. Seramai 11 orang telah mengikuti percutian ini termasuk keluarga kakak ipar dan ibu mertua. Segala urusan perjalanan dsb diuruskan oleh aku dan suami semuanya secara online. 
Day 1 : KLIA to JAKARTA


DAY 2: SHOPPING @ TANAH ABANG
TRAVEK: JAKARTA - BANDUNG


DAY 3: TANGKUBAN PERAHU & SHOPPING






Wednesday, December 11, 2013

Bermulanya..jadual sibukku

Cuti belajarku dah tamat. Jadi terpaksa mendaftarkan diri untuk masuk kerja semula pada 12 September 2013 yang lepas. Alamak! bermulalah sudah episod yang amat sibuk untuk diriku. Pagi terpaksa bangun awal untuk ketempat kerja..mengejar punch card pukul lapan pagi. Balik belum tentu jam lima on the dot. 
Masuk je kerja macam2 assignment menanti..expectation yang tinggi diletakkan pulak tu. Adoi! sibuk sungguh aku sekarang ni..and tak sempat nak berblog dah......

Friday, August 2, 2013

Keletah Si Bongsu - Gwiyomi by Amelia in Full HD

Sebenarnya rakaman ini telah lama dibuat tetapi tak berkesempatan untuk post dalam blog. Video Giyomi dari anak kecilku ini hanya di upload di Youtube sahaja untuk suka-suka. Lihat sendiri keletah si bongsu yang sangat manja ini....

Thursday, July 4, 2013

Jakarta Syurga Membeli-belah?

Tajuk post aku kali ni merupakan satu pertanyaan yang perlu disimpulkan sendiri oleh pembaca. Betapa ramai rakyat kita suka berbelanja di negara jiran ni. Akupun turut sama ingin merasa kehangatan membeli belah di sana. Betul ke bagai diduga?

Memandangkan tarikh wedding anniversary aku dengan husband kali ni tidak bertembung dengan tarikh sambutan IP day di Malaysia..kami bercadang untuk menyambutnya di Jakarta, Indonesia sambil menghabiskan duit utk shopping kat sana. Selalunya pada tarikh 26 April setiap tahun suami aku selalu sibuk dengan program Hari Harta Intelek anjuran officenya...semua cuti dibekukan so kali ini memandang kehangatan pilihanraya mula terasa pengurusan telah menunda tarikh tersebut pada bulan Julai.

Apa lagi duduk di depan komputer aku mula meng'google' penginapan dan flight ke sana untuk membuat perbandingan. Oleh kerana tempahan dibuat sebulan sebelum tarikh pergi jadi tambang kapal terbang tidaklah competitive sangat jadi kami memilih untuk menaiki MAS sahaja. Tawaran paling menarik berharga RM45 seorang untuk sehala. Tetapi jangan ingat harganya serendah itu ye..setelah dicampurkan dengan tax dan tempahan seat jumlah keseluruhan menjadi RM930. Aku memilih MAS kerana perbezaan tambangnya dengan AirAsia cuma RM200(tidak termasuk tempahan kerusi dan luggage).

Seperti biasa aku dan suami menaiki kereta sendiri dan parking kereta di Block A (long-term). Check-in 2 jam awal, kami ambil kesempatan untuk melaksanakan sembahyang jamak& qasar di KLIA  sambil berjalan-jalan dibahagian bebas cukai. Pesawat berlepas pada pukul 4.30 ptg dan sampai di Jakarta pada pukul 6.00 ptg waktu Malaysia dan 5.00 ptg waktu tempatan. Setelah sampai kami berbaris panjang untuk mendapatkan khidmat teksi bermeter "Blue Bird' yang amat popular disana kerana paling selamat dan tulus.

Disana, 5.30 ptg sudah masuk waktu maghrib dan hari sudah gelap. Sebaik sahaja mendapat teksi kami terus ke Hotel Best Western Mangga Dua, Jakarta. Perjalanan agak tersangkut2 sedikit kerana waktu peak disana dan jalan agak macet terutama dilaluan bertentangan. Alhamdulillah akhirnya jam 7.30mlm kami selamat tiba di hotel. Kami menempah suite dengan harga RM260 semalam..memang murah berbanding harga suite kat Malaysia. Pukul 8.00 malam kami turun untuk makan malam dihotel. Seterusnya naik kebilik dan berehat setelah penat seharian.

Bilik Ting. 23 -View Bandar Jakarta bermandikan cahaya di waktu malam

-27 April 2013-

Setelah bersarapan, kami berdua lepak dilobby sambil Tango dengan anak2. Dapat le melepaskan rindu tapi lega juga sekali-sekala sunyi daripada keletah anak2. Disini waktu operasi shopping mall berbeza-beza. Hari ini kami bercadang ingin pergi ke ITC  Mangga 2 dan mall ini beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 5.00ptg. Dapat info, yang harga kat sini murah terutama untuk membeli telekung, baju berfesyen dan menempah suit. Adventure bermula bila kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke OITC mall..jaraknya tak le jauh sangat..boleh le melihat dari dekat kehidupan di kota Jakarta. Sepanjang jalan terdapat warung kereta tolak yang mengjual Kataprak dan gado-gado..mungkin sedap kot tapi kami tak berani nak makan..takut sakit perut. Kesian tengok penolak kereta jualan yang berkaki ayam. mahu saja kami membeli selipar dan sedekah kat pakcik tua tu. Sampai saja di ITC bayak kedai belum dibuka. Sambil menunggu kami berjalan2 melihat pasar longgok barangan imitation seperti kasut, handbag dan accessories..berleluasa sungguh tanpa pemantauan. Selepas itu kami singgah di kedai telekung...deal bagus juga dengan budak tu dan kami borong hampir 15 helai telekung pelbagai corak dan mutu. Harga semua sekali 1.89 juta rupiah iaitu hampir RM600, harga pecah telur kata penjualnya. Murah ke? Entahlah..murah le kot....

Selepas shopping baju shopping baju tidur lak, 11 helai kesemuanya dengan nilai 1 juta rupiah..dalam RM320 duit kita. OK le kot..average baju dalam RM29. Kami juga sempat menempah suit untuk suami..kain jenama Emprio Amani harga 1.2 juta rupiah untuk sepasang baju. Tempahan untuk baju pula bernilai 1 juta rupiah. Malangnya baju tak sempat siap pada hari Isnin, waktu kami balik so kami tinggalkan untuk diambil satu bulan lagi. Sebab memang merancang nak ke Jakarta-Bandung pulak bersama keluarga mentua pada 1 June nanti. Takut juga kalau tak dapat..betul ke? boleh percaya ke? Tawakal je lah...Habis bershopping singgah makan di D'Cost  Seafood dalam ITC mall..

ITC pandangan dari hadapan
Nak balik macammana? Tangan dah penuh dengan beg-beg shopping ni..Nak naik teksi biasa sangat..nak cuba naik bajaj le pulak..hehehe..Huh hebat pemandu ni bawak cilok sana sini. Kecut jugak perut bila bajaj kami hanya seinci dua je dari kenderaan lain...Sampai kat hotel, suruh pekerja hotel ambil gambar..tak puashati..sepatutnya dia ambil gambar bajaj dan pemandu sekali!.

Malamnya kami naik shuttle bas ke Mangga Dua Mall untuk makan malam di Sari Bonda. Mangga dua Mall banyak factory outlet..sempat le shopping sikit. Ada J. Co, Burger King, Es Teller dan juga Care Four kat sana. Terletak bersebelahan dengan Novo Hotel.

Bergambar di hadapan Mangga Dua Mall
28 April 2013

Destinasi seterusnya ialah Tanah Abang terletak di pusat pentadbiran Jakarta. Bangunannya tinggi dan terdapat 4 Blok kalau tak silap..kami sempat pergi Blok A nad B sahaja. Tujuan nak cari swimming suit dan akhirnya berjaya harga boleh tahan murah antara RM30-40 sahaja sepasang. Selain itu beli juga baju suami dan hadiah untuk papa, jenama Al-Lufti (Baju putih bercirikan kebangsaan) dan aku sempat sambar jubah putih sesuai untuk pergi umrah. Tapi kali ni tak le excited sangat nak membeli setelah berhabis kat mangga dua semalam. Tapi tak dinafikan harga kat tanah Abang lagi murah dari ITC sebab kat sini jual secara borong dan pusat peniaga dari seluruh jakarta dan bandung beli stok barangan mereka. 

Tanah Abang pemandangan dari Blok B

Boleh tahan moden shopping mall ni. 
Kami cuba makan di food court yang terletak di tingkat lapan Blok A, best jugak kat sini banyak makanan menarik untuk dicuba. Aku decide utk makan mee bakso..huh pedas sungguh!! (salah sendiri jugak nak yang terpedas hahaha). Suami seperti biasa makan nasi goreng..sedap juga nasi gorengnya.

Huh pedas!!
Takut Tengok Nama Kedainya...

Minum Air Cendol..sedap!!

Balik dari Tanah Abang, aku singgah spa kat tingkat 2 hotel penginapan ..aku ambil pakej massage tradisional...sedap masa diurut tapi sakit selepas diurut...(almaklum le aku ni tak pernah p berurut kecuali lepas bersalain je).


Petang tu pergi lagi ke Mangga Dua Mall untuk makan malam di Es Teller..

Es Teller
29 April 2013

Bersenang-senang di bilik dan packing barang sebelum check-out. Hebat!! aku berjaya compact kan semua barang aku dalam satu beg besar kami....Check-out dan berangkat ke airport.......

Tuesday, May 7, 2013

Untukmu Ibu.............

Terlalu berat dan payah untuk aku menulis kali ini...bersama jujuran airmata mengingati seorang insan yang bernama ibu yang sudah tiada lagi didunia ini. Terlalu cepat masa berlalu, masih terkenang saat-sata kita sekeluarga berkumpul di Felda Hotspring. Ibu yang kupanggil mak kulihat amat gembira kerana dapat berkumpul bersama anak cucu dibanglo penginapan. Sempat memasak makanan kegemaran anak-anak seperti nasi impit dan kuah kacang serta rendang daging tok. Walaupun penat memasak tidak pernah menunjukkan kepenatannya itu. Tapi kini tiada lagi juadah-juadah tersebut yang dapat dihidangkan. Mak aku meninggal dunia pada malam selasa, 16 April 2013, 3 hari sebelum hari lahirnya ang ke 60 yang jatuh pada hari Jumaat, 19 April 2013. Sungguh tak disangka, Allah telah mengambil nyawa insan yang tiada galang gantinya ini begitu cepat mengikut ketentuanNya...tidak cepat atau lambat walau sesaatpun.

Petang ini aku mencari di Youtube lagu Untukmu Ibu nyayian Mamat Exist..senikatanya begitu mengusik jiwa kerasku. Walaupun aku kelihatan tabah dan keras berbanding adik-adik aku..tapi jauh disudut hati ini ada satu perasaan yang amat halus dan sangat mudah tersentuh bila mengingatimu, Mak. Aku berdoa, agar arwah mak, Hjh. Nor Zaiton Bt. Hj. Mohd Shariff ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa ibuku. Aku reda atas pemergiannya..Namun sempena Hari Ibu ini hati aku tersentuh dan sayu kerana Mak sudah tiada lagi disisiku...Hanya Al-Fatihah dan surah2 Al-Quran yang dapat kusedekahkan buatmu disana.........Amin.



Tuesday, April 9, 2013

Cucu oh Cucu

Baru-baru ni pada 23 Mac 2013, anak buah aku yang sulung, Nadirah Abdul Karim bersama suami Ali Hassan telah memperolehi permata hati mereka yang pertama. Lahir secara cesarean berat Nisaa Alisha mencecah 3.1kg. Bukan main seronok lagi mak-mak sedaranya menyambut kehadiran orang baru dalam family. Aku..hahaha..dah jadi nenek, tapi nenek sedara je ok. Saje je tak nak mengaku tua......pangillanpun glamour..'Wanda' hehehe...

Apa-apapun Tahniah buat Nadirah dan Ali, Kak Zizah dan Abg Karim yang dah naik pangkat permanent 'datuk' n 'nenek' serta mak mentua, Alimah Abas kerana dah bergelar moyang.......

Wajah2 Nisaa Alisha





Book Review: Khalifah-Khalifah Yang Benar

Abdul Latip Talip merupakan penulis novel sejarah no. 1 di Malaysia. Sementalah buku ini mendapat sentuhan gaya penceritaan seakan novel oleh penulisnya yang berjaya mennyentuh hati sanubari si pembaca.

Buku ini berkisar tentang kisah Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin dengan cerita yang berbeza. Mereka adalah sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW yang dijanjikan surga.

Cerita dimulai dengan sejarah kelahiran hingga detik kematian khalifah-kalifah ini. Terbahagi kepada 4 cerita berbeza iaitu

1. Saidina Abu Bakar as Siddiq
Seorang lelaki yang tidak pernah ragu membenarkan semua kata-kata Nabi. Diangkat menjadi khalifah selepas wafatnya junjungan agung. Dikenali sebagai peneguh kerajaan Islam dan berjasa sebagai penghapus nabi-nabi palsu.

2. Saidina Umar al Khattab
Seorang lelaki yang awalnya keras ke atas Islam, akhirnya menjadi lelaki pendinding agama yang benar. Beliau harum sebagai pengembang empayar Islam.

3. Saidina Uthman Affan
seorang lelaki yang menghwini dua puteri Nabi. Dikenali sebagai dermawan dan dikenang sebagai pengumpul al-Quran.

4. Saidina Ali bin Abi talib
Seorang lelaki yang mempunyai pertalian darah dengan Nabi. Menjadi kanak-kanak pertama memeluk Islam. Dihormati kerana tinggi ilmunya dan dikenang sebagai pahlawan Islam yang tidak pernah gentar kepada musuh.