Thursday, July 30, 2009

Pertandingan Memasak Sempena Pesta Sukan MPC



Pada 24hb Julai yang lalu, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah mengadakan pesta kemuncak sukan tahunan bagi menggalakkan warga untuk melibatkan diri dalam aktiviti Sukan. Warga dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Transformation, Innovation dan Partnership. Pelbagai acara indoor and outdoor yang dijalankan. Bola jaring campuran, dart, carom dan acara larian 150 meter merupakan acara kemuncak yang diadakan pada hari tersebut termasuk acara perbarisan.

Pesta sukan ini dimeriahkan lagi dengan karnival jualan terdiri daripada gerai makanan, pakaian dan buah-buahan. pertandingan memasak juga turut diadakan pada hari tersebut. Sebanyak 19 kumpulan telah bertanding yang terdiri daripada warga MPC sendiri. Antara syarat pertandingan adalah
  • Peserta perlulah berpasangan (lelaki dan perempuan) daripada division yang sama
  • Menu sihat yang boleh dinikmati seisi keluarga

Sebagai memberi sokongan kepada rakan se 'division', Hilmi akhirnya saya bersetuju untuk menyertai pertandingan ini. Tapi resepinya masih menjadi tanda tanya. ...Apa yang perlu dimasak? dan resepi apakah yang sesuai dengan menu sihat...Hilmi mencadangkan untuk memasak tomyam saja...bagi saya ia tak ori coz pes nya ready made. Untuk menunjukkan skil memasak saya cadangkan asam pedas melaka (hubby selalu puji bila masak gulai ni..katanya boleh bukak restoran...heee hee... :p). Tiba-tiba Kak Sal, P.A Boss call nak share dia punya resepi....Tauhu Ball. Kak Sal cakap resepi ni sesuai dimakan oleh seisi keluarga kerana tidak pedas dan ada sayuran didalamnya. Akhir saya 'buy her idea' tapi beri nama lebih komersil "Beancurd Chic Ball". Tapi saya tak pernah try lagi...macam mana nak tahu buatnya. Malam sebelum pertandingan saya cuba dulu supaya esoknya tak kekok.

Hari Pertandingan

Saya & Hilmi

Tengah Memasak

Bersama penyokong division, dari kiri Jerry & Fred

Bersama Kak Sal, Penyumbang Resepi

Hasilnya...

Apa kata survey.....

Hasil daripada keputusan juri kami telah berjaya mendapat # 2.

Ni dia resepi kalau ada sesiapa yang berminat nak cuba.

Beancurd Chic Ball

Bahan-bahan:

3 atau 4 keping tauhu putih
½ atau 1 paket daging ayam yang telah dicincang
1 batang karot
1 bili cili benggala (capsicum)
1 labu bawang besar
2 sudu tepong jagung
1 biji telor
Sedikit garam (ikut rasa)
Caranya:

- Tauhu diramas atau dilecek hingga hancur
Campurkan semua bahan-bahan di atas dan digaul hingga sebati.
- Bulat-bulatkan adunan tadi dan bolehlah digoreng dengan menggunakan api yang sederhana.
-Apabila bebola tadi telah nampak kekuningan bolehlah diangkat dan dihidangkan. Untuk lebih sedah lagi bolehlah dihidang bersama sos.
”SELAMAT MENCUBA”

Sunday, July 26, 2009

Review Harry Porter and The Half Blood Prince

Sama mcm transformer cuba booking nak tengok citer bodoh ni sejak 2 minggu lepas tp asik2 fully book. Mmg ler excited nak tengok pasal bila baca review sume ckp best...4 star kurang2 dorang bagi..konon ni ler citer potter paling best sejak first movie..kononnya lg ni ler siri potter paling dark...tp sumer tu konon jer la..siri sebelom ni harry potter- goblet of fire nengok dvd jer..mmg karut dan goblok betul..ader ker pakcik dia yg handal tu kalah ngan pompuan sewel tu...mmg hampeh citer tu...



so harap2 citer kali ni best la..baca review pon kata potter jumpa buku half blood prince yg bole kasi mantap lagi magic dia..mesti best kot citer kali ni...(utk makluman siri novel citer ni mmg tak penah baca la..so mmg tak tahu la jalan citer dia)..

tapi apakan daya...dah la lembab nak mampos jalan citer dia..pastu rupanya org tua janggut tu dumbledump apa nama dia..mati pulak..anti climax sungguh...




so mmg kecewa lagi la sekali lg...takpe harap2 GI Joe yg nak kuar nanti tu best ...
so my verdict..kalau ntak minat novel dia tu dvd pirate pon toksah la nakbeli..buat abis duit jer...

reviewed by mhisam

Thursday, July 23, 2009

Transformer-Revenge Of The Fallen

Lepas 2 minggu cuba booking utk midnight(asik2 fully book)akhirnya last week dapat gak tengok. Sebelum tengok dah baca mcm2 review dari org biasa review sampai le yg pro..sumer ckp citer ni cam hampeh..dorang kasi kebanyakan gred D jer...part 1 dulu pon tak best mana..robot gadoh kelamkabut..ada ke michael bay shoot jarak dekat bila robot2 tu gadoh..last2 tak tau sapa lwn sapa..bodoh punya pengarah..so expectation memang rendah le sebelom pi tengok....tp Megan Fox punya pasal...pi la gak tengok...

so lps beli popcorn dan beratur beli tiket (punya la ramai manusia mlm tu)...maka start la citer tu..TAPI...rasanya mcm best pulak kali nih..citer pon tak kelamkabut sangat...megan fox pon makin seksi...optimus prime pon makin ganas..taklah cam pondan mcm part 1 aritu..(siap ada pedang lagi bigbro tu)..so kira ok la citer part 2 nih...(walaupon rasa kalau dorang kasi sam raimi or peter jackson buat lg best kot)..so utk budak2 mmg gempak la citer ni...


kalau kluar dvd pirate nanti bole la beli buat koleksi...

reviewed by mhisam....(my hubby)

Sunday, July 12, 2009

Rasional di Sebalik Pemansuhan PPSMI

Pemansuhan PPSMI agak mengejutkan saya...sebagai ibu yang mempunyai 2 anak yang bersekolah, masing2 berada di tahun 2 and 4 sungguh mengecewakan...Semenjak pengenalan PPSMI pada 2003...saya rasa ia banyak membantu pencapaian dan pemahaman Bahasa Inggeris anak-anak saya. Berbanding dengan saya dahulu, mereka berkebolehan membuat ayat penuh dalam Bahasa Inggeris seawal usia 7 tahun. Mungkin anak yang sulung (tahun 4) sempat menghabiskan termnya tapi bagaimana pula dengan anak saya yang berada di tahun 2...jika pemansuhan total dilaksanakan pada 2012? Mereka tentu confuse!!!!

Pemansuhan tersebut pada saya bukan penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi kini terutama untuk pelajar luar bandar...Kegagalan perlaksanaannya perlulah dikaji sedalam-dalam dan seterusnya mengenalpasti punca sebenar permasalahan tersebut. Analisis Punca Masalah (Root cause Analysis) dengan mengkaji beberapa faktor utama perlu diambil kira seperti faktor Man, Method, Machine, and Environment. Sebagai contoh..Man atau faktor manusia...adakah masalah berpunca dari ketidakupayaan murid menerima pembelajaran dengan sempurna atau masalah yang guru yang tidak competent?....

Bukan senang untuk Kerajaan memuaskanhati semua pihak terutamanya di dalam keadaan politik sekarang yang memerlukan sokongan semua lapisan masyarakat. Keputusan ini tentu telah ditimbang secara bijaksana oleh pihak kabinet.

Sebagai generasi yang dididik dalam bahasa malaysia sepenuhnya dari sek. rendah hingga ke universiti...saya amat merasakan kesannya...semua urusan di alam pekerjaan memerlukan penguasaan bahasa inggeris yang baik..jika tidak, akan ketinggalan...itukah yang kita inginkan untuk anak-anak bangsa Malaysia....

untuk menikmati kemanisan dihari esok..kita kita perlu telan segala kepahitannya hari ini...........