Pemansuhan PPSMI agak mengejutkan saya...sebagai ibu yang mempunyai 2 anak yang bersekolah, masing2 berada di tahun 2 and 4 sungguh mengecewakan...Semenjak pengenalan PPSMI pada 2003...saya rasa ia banyak membantu pencapaian dan pemahaman Bahasa Inggeris anak-anak saya. Berbanding dengan saya dahulu, mereka berkebolehan membuat ayat penuh dalam Bahasa Inggeris seawal usia 7 tahun. Mungkin anak yang sulung (tahun 4) sempat menghabiskan termnya tapi bagaimana pula dengan anak saya yang berada di tahun 2...jika pemansuhan total dilaksanakan pada 2012? Mereka tentu confuse!!!!
Pemansuhan tersebut pada saya bukan penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi kini terutama untuk pelajar luar bandar...Kegagalan perlaksanaannya perlulah dikaji sedalam-dalam dan seterusnya mengenalpasti punca sebenar permasalahan tersebut. Analisis Punca Masalah (Root cause Analysis) dengan mengkaji beberapa faktor utama perlu diambil kira seperti faktor Man, Method, Machine, and Environment. Sebagai contoh..Man atau faktor manusia...adakah masalah berpunca dari ketidakupayaan murid menerima pembelajaran dengan sempurna atau masalah yang guru yang tidak competent?....
Bukan senang untuk Kerajaan memuaskanhati semua pihak terutamanya di dalam keadaan politik sekarang yang memerlukan sokongan semua lapisan masyarakat. Keputusan ini tentu telah ditimbang secara bijaksana oleh pihak kabinet.
Sebagai generasi yang dididik dalam bahasa malaysia sepenuhnya dari sek. rendah hingga ke universiti...saya amat merasakan kesannya...semua urusan di alam pekerjaan memerlukan penguasaan bahasa inggeris yang baik..jika tidak, akan ketinggalan...itukah yang kita inginkan untuk anak-anak bangsa Malaysia....
untuk menikmati kemanisan dihari esok..kita kita perlu telan segala kepahitannya hari ini...........
No comments:
Post a Comment