Pesta sukan ini dimeriahkan lagi dengan karnival jualan terdiri daripada gerai makanan, pakaian dan buah-buahan. pertandingan memasak juga turut diadakan pada hari tersebut. Sebanyak 19 kumpulan telah bertanding yang terdiri daripada warga MPC sendiri. Antara syarat pertandingan adalah
- Peserta perlulah berpasangan (lelaki dan perempuan) daripada division yang sama
- Menu sihat yang boleh dinikmati seisi keluarga
Sebagai memberi sokongan kepada rakan se 'division', Hilmi akhirnya saya bersetuju untuk menyertai pertandingan ini. Tapi resepinya masih menjadi tanda tanya. ...Apa yang perlu dimasak? dan resepi apakah yang sesuai dengan menu sihat...Hilmi mencadangkan untuk memasak tomyam saja...bagi saya ia tak ori coz pes nya ready made. Untuk menunjukkan skil memasak saya cadangkan asam pedas melaka (hubby selalu puji bila masak gulai ni..katanya boleh bukak restoran...heee hee... :p). Tiba-tiba Kak Sal, P.A Boss call nak share dia punya resepi....Tauhu Ball. Kak Sal cakap resepi ni sesuai dimakan oleh seisi keluarga kerana tidak pedas dan ada sayuran didalamnya. Akhir saya 'buy her idea' tapi beri nama lebih komersil "Beancurd Chic Ball". Tapi saya tak pernah try lagi...macam mana nak tahu buatnya. Malam sebelum pertandingan saya cuba dulu supaya esoknya tak kekok.
Hari Pertandingan
Tengah Memasak
Bersama penyokong division, dari kiri Jerry & Fred
Bersama Kak Sal, Penyumbang Resepi
Hasilnya...
Apa kata survey.....
Bersama penyokong division, dari kiri Jerry & Fred
Bersama Kak Sal, Penyumbang Resepi
Hasilnya...
Apa kata survey.....
Hasil daripada keputusan juri kami telah berjaya mendapat # 2.
Ni dia resepi kalau ada sesiapa yang berminat nak cuba.
Beancurd Chic Ball
Ni dia resepi kalau ada sesiapa yang berminat nak cuba.
Beancurd Chic Ball
Bahan-bahan:
3 atau 4 keping tauhu putih
½ atau 1 paket daging ayam yang telah dicincang
1 batang karot
1 bili cili benggala (capsicum)
1 labu bawang besar
2 sudu tepong jagung
1 biji telor
Sedikit garam (ikut rasa)
Caranya:
- Tauhu diramas atau dilecek hingga hancur
Campurkan semua bahan-bahan di atas dan digaul hingga sebati.
- Bulat-bulatkan adunan tadi dan bolehlah digoreng dengan menggunakan api yang sederhana.
-Apabila bebola tadi telah nampak kekuningan bolehlah diangkat dan dihidangkan. Untuk lebih sedah lagi bolehlah dihidang bersama sos.
”SELAMAT MENCUBA”
rasanya kalau ayam tu ganti dengan udang lagi best kot...( rasanya tauhu lg sesuai dgn udang ???)pastu tambah lada sulah skit lg mantap kot resepi tu..by d way ni juz my opinion ler...
ReplyDeleteapsal tak ajak jerry bergandingan ngan kak ina..kan ke dia suka makanan nih..eheheh
ReplyDeletejerry mkn je nak bab food testing serah kat dia heeehee
ReplyDelete