Wednesday, August 19, 2009

Suzuki Swift 1.5 vvt Auto

29 Mac 2009, kami dapat Suzuki Swift 1.5 keyless yg ditempah dlm masa seminggu. Warna pilihan adalah warna biru...Menurut survey bahagian sales suzuki ...warna biru plg laris dijual, pilihan wanita pertengahan 30an.
Pengalaman memandu kereta ni memang best selain smooth, bunyipun tak bising...pick up pulak tu...bawa 110km/j pun tak terasa laju. Sebelum ni saya memandu kereta kelisa 1.0 ke tempat kerja, ikut highwaypun tak berani bawak lebih 100km/j. Memang le kalau nak bandingkan kelisa & swift ...jauh bezanya. Kelisa enjin 3 selindar bunyi bising...memang selepas pakai swift tak nak naik kelisa lagi...terasa macam nak terbarai enjin. Anyway kelisa tu dah berjasa selama 6 tahun...my first car le katakan.

Tengah lari 150km/j

Ruang dalam sebeleh depan (pemandu) swift memang luas dan selesa. Menepati ciri-ciri kereta moden. Tapi belakangnya agak sempit. Untuk kereta seisi keluarga kurang sesuai...tapi untuk family kecil (anak kecil 3 orang) just nice...tapi bila tambah sorang pembantu dah sempit. Kereta ni kami jadikan kereta utama buat masa ni...coz wira baru saja terjual dengan harga 11k (9tahun). Kelisa masih maintain...nak jual tahun depan dengan harga 21K...condition cantik lagi, kilo meter baru 47k.

Berbalik pada swift, keyless model ni memang baik untuk wanita, coz bila p parking, tak yah tercari-cari kunci...safe sikit...Kunci masukkan saja dalam handbag dan make sure jarak kunci <2.5kaki..baru dia boleh detect kunci...kalau tak tak mau start le ataupun kalau pemandunya keluar sekejap dengan ingin masih terpasang, sensor kunci tu akan berkelip2 dan berbunyi.

Satu lagi ciri keselamatan 'keyless function ni'. Kalau pintu tak rapat ke, kunci tertinggal dalam kete ke, engin lupa tutup ke...pintu tak leh nak lock kalau kita keluar. So kita sentiasa alert.

5 comments:

  1. kete swift memang best...pilihan yg tepat tu...

    ReplyDelete
  2. amboi kak eyna....boley teruja bila orang lain baca review k.eyna nie.
    bila lagi nak bawak mar jenjalan ngan keter biru kesayangan tu? heheheh

    ReplyDelete
  3. kita pun beli swift. tp kaler grey. sioknyer kalo kt skolah tkder yg pakai swift. kt kwsn umah ni pun tkder yg pakai swift. hahaha~. aii sorang jew!.

    ReplyDelete