Monday, March 22, 2010

Bercuti di Cherating Kuantan

Cuti sekolah ni bawak anak2 p bercuti di Cherating. Dah lama tak p pantai timur ni..last sekali p sama family pada tahun 2002 kot..masa tu Misha masih baby lagi. Bukan apa letih naik kete jauh2 ni.

Perjalanan ke Cherating, bermula pada hari Jumaat 19hb Mac 2010, pukul 10.30 pagi. Budak2 pagi lagi dah excited memekak suruh bangun..dah tak sabar2 nak p berjalan..pagi tu jugak aku pack barang2 and baju..(part ni plg aku tak suka). Diorang dah siap sedia kat ruang tamu.

Ni gambar sebelum berangkat...

Perjalanan yang panjang sungguh memboringkan singgah di tiga perhentian, ..berhenti makan di R&R Lanchang..budak2 makan nasi ayam seorang sepinggan..termasuk le Amelia..licin!!!!!!

 

Pergi Cherating ikut persimpangan Jabor..pukul 3.30ptg baru sampai hotel...ramainya orang ...hotel fully booked cuti sekolah ni. Gambar: view bilik dari balcony.


Sampai kat hotel, lepak kat bilik sampai kul 5, lepas tu teman kan budak2 mandi swimming pool & jalan2 tepi pantai, lihat Laut China Selatan yang terbentang...sambil tu boleh kutip pahala...(antara perkara yang senang dibuat untuk dapat pahala ialah:
  • Tengok laut
  • Tengok kehijauan
  • Tatap muka ibu
Petang tu seawal pukul 7.30 dah keluar cari makan..dah target dah restoren mana nak p makan....RestorenSeri Baging....Order makanan cam biasa le...menu tomyam, ikan sweet sour, sotong goreng tepung, kailan ikan masin & telur dadar. Makanan cepat dapat..jeng2 ini dia juadah...


Sampai kat lobby hotel lebih kurang 9.30 malam, hujan renyai2..sebelum tu singgah kat kedai beli selipar 
untuk dipakai kat beach. Budak2 sempat berposing ....

Ber'posing' di lobby

Pagi Sabtu hujan lebat sungguh..lepas breakfast lepak kat bilik, p beli belah kat kedai cenderahati & layan fb kat lobby...Bilik hujan tak lepas tinggal 'gerimis mengundang' je kami sekeluarga mandi manda kat Swimming pool. Naik bilik & bersiap utk mkn tengahari (just opposite Hotel) dan jalan2 cari Satar kat Pantai Mak Nik, Kemaman..

Payah juga nak cari warung Aziz Satar (bukan Aziz Satar pelakon ye) yang jual satar tersedap kat kemaman ni. Bukan apa, tak nampak gerainya walaupun berwarna Kuning terang. Menyusuri Jalan Pantai Mak Nik sampai jumpa Jeti Kemaman. Bila berpatah balik baru jumpa..Nak turun budak2 semua keletihan dan tertidur dalam kereta. So kami makan berdua je satar dlam kereta..sedap!!!!

Malamnya makan steamboat kat Hotel. Tak berapa sedap le..aku masih teringatkan Johnny's...your still no one in serving steamboat.

Check-out time!! Hari Ahad 21 Mac 2010. Sempat posing kat swimming pool sebagai kenangan.

Lepas check-out singgah kat Warung Aziz Satar untuk makan tengahari, ambil nasi campur, satar, otak-otak, pulut panggang & ketupat palas. Sempat bungkus satar dan otak-otak untuk dibawa balik. Singgah lagi beli kopok lekor dan kopok kering di sepanjang jalan....

Sempat singgah kat tempat santuari penyu milik MOA tp sayang dah TUTUP!!! Kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke Shah Alam..................






2 comments:

  1. salam...hotel ape yg price reasonable kt cherating? i m thinking of having holiday with my family there...tq

    ReplyDelete
  2. reasonable price ni banyak kategori...mungkin reasonable kat u but not me...
    Tapi setiap kali I pi kat Cherating, Hotel Legend jadi pilihan..Kadang2 kena compare price internet dan juga..call price, kdg2 berbeza..

    ReplyDelete