Tuesday, July 27, 2010

Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser

Sabtu lepas kami sekeluarga pergi ke Bukit Fraser, Pahang untuk menghabiskan cuti hujung minggu. Kalau ikutkan hati malas nak pergi sebab jalannya bengkang-bengkok ..memanjat bukit..mesti pening dan mabuk. Tapi kalau hendak tengok tempat orang kena kuatkan semangat. Kami bertolak lebih kurang pukul 12.00 tengahari dan sampai lebih kurang pukul 3.00 petang. Perjalanan dari rumah ikut Highway Guthrie dan seterusnya ikut Lebuhraya Utara Selatan menuju ke exit Rawang. Jalanraya di Rawang sesak...boring betul. Dari Rawang menuju ke Kuala Kubu Baharu hingga berjumpa signboard Bukit Fraser. ..so bermulalah perjalanan pendakian menyusuri bukit-bukau..

Tempat menarik pertama yang dijumpai ialah Empangan Kuala Kubu..masyaallah cantiknya...kemudian bermulalah episod yang menakutkan...loya rasa..dan kepala pening dan berpusing- pusing..macam jalanya juga. Jalan lebih teruk dari Cameron Highland..Misha muntah..Amelia steady, Kakak tidur (selamat!!!).
misha mabuk dan muntah...
Jalan satu lorong..ikut masa untuk naik dan turun (waktu naik ganjil, waktu turun genap)

Pemandangan Sekitar Rumah Peranginan Persekutuan

Gambar-gambar diatas merupakan gambar yang diambil disekeliling kawasan rumah peranginan persekutuan. Tempatnya menarik, rumah banglo enam bilik yang besar...lengkap dengan ruang tamu, ruang makan dan dapur. Dapur lengkap dengan pinggan mangkuk dan peralatan memasak yang lain. Cuma perlu bawa bahan basah dan kering je. Biliknya pula tuala tidak disediakan so perlu bawa tuala mandi tapi ada TV dan freezer kecil

Pukul 5.00 petang turun ke pekan Bukit Fraser untuk bergambar dan makan-makan. Terdapat sebuah kawasan R&R yang lengkap dengan beberapa kedai makan dan taman. Eesoknya kami berangkat pulang..sudah tiada mood nak tangkap gambar. Janji cepat sampai..kali ni Kakak pulak muntah-monggek, Misha tidur..hehe..budak-budak serik nak pergi lagi...heheheee....


Saturday, July 17, 2010

Membongkar Misteri Dajjal

Buku ni memang best untuk dibaca. Ia menambah pengetahuan tentang makhluk Allah bernama Dajjal. Makhluk yang diperanakkan berdarah campuran manusia dan jin. Berhibernasi sementara menunggu kemunculannya. Jalan cerita buku ini berkisar dengan fakta2 penemuan bukti2 berdasarkan ayat2 Al-Quran, hadis, peninggalan sejarah yang boleh dihubungkait terus dengan Dajjal. Dajjal merupakan individu perosak umat manusia akhir zaman dengan fitnah2nya yang maha dahsyat.

Membaca buku ini membuatkan kita seakan leka,mesej yang hendak disampaikan oleh penulis terus meresapi minda sedar kita untuk berfikir sejauhmana kebenarannya. Semua yang digarap amat berkesan dan meninggalkan satu mesej yang nyata tentang Kemunculan Dajjal Al-Masih (menutupi) di akhir zaman.
Score: 4/5 Bintang


Harga Minyak Naik 5 sen

Berkuatkuasa pada 15 Julai 2010, tepat 12.00 tghmalam harga minyak naik sebanyak 5sen daripada RM1.80 kepada RM1.85 seliter untu RON 95. Ini adalah langkah berdeket2 kerajaan untuk mengurangkan subsidi seperti yang disasarkan dalam NEM.

Thursday, July 15, 2010

LA Tahzhan @ Don't Be Sad @ Jangan Bersedih ...Buku Terlaris Masa Kini

Don't Be Sad - By Aaidh ibn Abdullah al-Qarni (A Few Excerpts from the Book about Happiness). 


This book contains numerous tips to help you ward off depression, have a positive outlook of life, provides new perspectives on happiness and many more topics for a person to lead a physically and mentally healthy life.



Tips presented in this book are from an Islamic perspective and will provide the reader insights into the religion of Islam about providing guidance on living a happy life.

Buku ini telah diterjemahkan oleh Noraine Abu dan diterbitkan oleh Al-Hidayah Publication. Sebuah buku yang sarat dengan tips bagi menghadapi kesukaran, kesusahan serta kesulitan dalam hidup mengikut perspektif islam. Sesuai dibaca untuk menambahkan keyakinan diri, memulihkan semangat yang telah hilang serta membentuk/membina minda yang positif. 

Terdapat 281 tips yang bermanfaat untuk dijadikan tauladan, panduan serta pedoman bagi membentuk umat islam yang berfikiran positif seterusnya cemerlang didunia dan jua diakhirat. 

Antara tips....
1. Merenunglah dan Bersyukurlah
2. Yang Lalu, Biarlah Berlalu
3.Hari Ini Milik Anda
4.Masa Depan Akan Datang Dengan Sendirinya
5.Jadikan Kritikan Tajam Sebagai Penghormatan


Doa supaya Dijauhkan Dari Sifat Malas, Bakhil Dan Pengecut



اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنْ وَأُعُوْذُبِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلْ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ وَالبُخْلِ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ


“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”

Monday, July 12, 2010

Bermulanya Hidup Sebagai Student

Pada hari ni, 12 Julai 2010, bermula lah hidupku sebagai student semula. Dpt cuti belajar bergaji penuh selama 3 tahun. Meninggalkan dunia pekerjaan buat sementara waktu yang tak pernah putus mengejar deadline. Business now not as usual..kerja bertimpa2, semakin senior semakan banyak jawatan yang dipegang. Semuanya menuntutkan komitmen. Dengan cuti ni, lega sikit menghadapi kerenah boss, subordinates, dan kumpulan sokongan. Namun cabaran lebih besar lagi ..tapi semua atas daya usaha sendiri.

Hari Rabu ni, ada acara akujanji sebagai student kat "U" and sebelah petangnya ada briefing di Fakulti..nampaknya bermula lah kelas malam aku yang bermula dari pukul 6 ptg hingga 9 malam.

Sunday, July 4, 2010

Pandangan Peribadi Percutian Dalam Negeri

Bercuti dalam negeri memang menyeronokkan..hampir semua tempat dah dipergi..tapi yang amat menyedihkan kualiti makanan yang tidak mencapai standard, mungkin rasa ok tapi kebersihan memang kurang. Keadaan ini berlaku di kedai2 makan kecil, warung..malah kadang2 restoren besar. Bagi saya makanan kat mana2pun sama..kalau setakat nak pergi jalan2 cari makan tu, lebih baik p kat KL lagi best, semua ada...sebut je masakan Kelantan, bersepah warung makanan yang sedap kat Pantai Dalam, dari nasi kukus, gulai kawah..nasi kerabu n lain2 lagi. Kualiti dan kebersihan lagi terjamin. Western food, Thai Food, Sunda Food, Arabic Food..sebut je..semua ada kena pantai cari je...

Rasanya target lepas ni nak bercuti kat oversea pulak..nak cari kelainan dan pengalaman.....

Bercuti ke Pantai Timur - Terengganu - Kelantan (Day 5)

Hari ni merupakan hari terakhir aku kat Kelantan..selepas sarapan, temankan budak2 mandi swimming pool..(aktiviti yg paling malas) Kalau tak diikutkan, merengek dan memekak le diorang. Sementara menunggu hubby check-out & ambil kereta kat basement..sempat le snap beberapa pose di lobby.


Untuk melengkapkan percutian yang dirancang, kita orang pun pergi ke Rantau Panjang, Konon nak beli pinggan mangkuk, periuk belanga dan macam2 lagi..tapi bila sampai kat sana minat nak membeli dah pudar..bila mengingatkan semua barang yg nak dicari sudah ada dirumah..at last beli gak satu periuk sederhana besar jenama Eagle..RM75 ..Interest dah berubah mengikut peralihan umur & lifestyle kot, sebab tu le bila p kat sana macam boring je..masa tu waktu dah pukul satu, tapi tak de pun warung/restoren yg menyelerakan..so perjalanan diteruskan ke Jeli sebelum memasuki Jalanraya Timur Barat ..Jeli-Gerik. Memandangkan nanti perjalanan yang masih panjang, dan tidak semestinya jumpa kedai makan sepanjang jalanraya Jeli - Gerik , kami singgah makan di bandar Jeli...nampak ramai org ..menjadi faktor persinggahan. Masuk je kedai makan nasi dengan ikan goreng, ikan sambal, sayur...bla..bla. Tapi yg boring tu, kucing dan ayam berkiliaran bwh meja,..huh scary sungguh!! Dah lah tu tak de air utk basuh tangan pulak..Tu le fenomena kedai2 melayu..

Lepas makan terus bertolak, sepanjang perjalanan banyak signboard yang tertulis, awas kawasan gajah melintas...syok jugak kalau tertembung..dapat tengok gajah secara life. "Masih ingat lagi waktu, anak dara dulu, papa bawak p Bukit Bunga, perjalanan balik jumpa 3 ekor gajah..". Menjejaki kawasan tertinggi di semenanjung, Puncak Banjaran Titiwangsa!! Singgah lagi sembahyang kat kawasan rehat..huh tempat ambil air sembahyang berlendir2..gelinya nauzubillah..



Perjalanan diteruskan lagi hingga ke Tasik Banding. Berhenti berehat dulu makan burger dan bergambar sebagai kenangan. Cadang nak menginap di Tasik Banding Belum Resort tapi macam tak best je, hati dah ingat kat rumah so teruskan perjalanan ke Teluk Intan melalui Gerik, Kuala Kangsar, Ipoh ....Teluk Intan. Singgah makan malam di Perhentian Sg. Perak (Highway Plus Utara - Selatan).
Lega bila sampai kg. kul 10.00mlm.

Saturday, July 3, 2010

Curtain Baru..

Selepas pindah pada Nov 2008, ni le baru tukar langsir baru. Saja try beli langsir kat Nagoya dan tempah sekali. Murah je semua sekali tak sampai RM500. Tapi nak jadi cerita kain pulak tak cukup. Beli kain kat Nagoya KL, tempah kat Nagoya Shah Alam, so kain yg sama tak de stok. so terpaksa le cari mana2 kain yang boleh match!!
Hasilnya ....

                                          Langsir ni tak cukup kain                                        

Yg ni OK tapi kalau kedut byk lg ok