Tuesday, July 27, 2010

Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser

Sabtu lepas kami sekeluarga pergi ke Bukit Fraser, Pahang untuk menghabiskan cuti hujung minggu. Kalau ikutkan hati malas nak pergi sebab jalannya bengkang-bengkok ..memanjat bukit..mesti pening dan mabuk. Tapi kalau hendak tengok tempat orang kena kuatkan semangat. Kami bertolak lebih kurang pukul 12.00 tengahari dan sampai lebih kurang pukul 3.00 petang. Perjalanan dari rumah ikut Highway Guthrie dan seterusnya ikut Lebuhraya Utara Selatan menuju ke exit Rawang. Jalanraya di Rawang sesak...boring betul. Dari Rawang menuju ke Kuala Kubu Baharu hingga berjumpa signboard Bukit Fraser. ..so bermulalah perjalanan pendakian menyusuri bukit-bukau..

Tempat menarik pertama yang dijumpai ialah Empangan Kuala Kubu..masyaallah cantiknya...kemudian bermulalah episod yang menakutkan...loya rasa..dan kepala pening dan berpusing- pusing..macam jalanya juga. Jalan lebih teruk dari Cameron Highland..Misha muntah..Amelia steady, Kakak tidur (selamat!!!).
misha mabuk dan muntah...
Jalan satu lorong..ikut masa untuk naik dan turun (waktu naik ganjil, waktu turun genap)

Pemandangan Sekitar Rumah Peranginan Persekutuan

Gambar-gambar diatas merupakan gambar yang diambil disekeliling kawasan rumah peranginan persekutuan. Tempatnya menarik, rumah banglo enam bilik yang besar...lengkap dengan ruang tamu, ruang makan dan dapur. Dapur lengkap dengan pinggan mangkuk dan peralatan memasak yang lain. Cuma perlu bawa bahan basah dan kering je. Biliknya pula tuala tidak disediakan so perlu bawa tuala mandi tapi ada TV dan freezer kecil

Pukul 5.00 petang turun ke pekan Bukit Fraser untuk bergambar dan makan-makan. Terdapat sebuah kawasan R&R yang lengkap dengan beberapa kedai makan dan taman. Eesoknya kami berangkat pulang..sudah tiada mood nak tangkap gambar. Janji cepat sampai..kali ni Kakak pulak muntah-monggek, Misha tidur..hehe..budak-budak serik nak pergi lagi...heheheee....


3 comments:

  1. hehe tul la sayer dah cakap mmg akan muntah punyer. untuk rilek-rilek ok kat fraser hill tak macam cameron

    ReplyDelete
  2. hahahha...ckuplah sekali je pegi..sesuai utk rehat2 je. jalannye yg menggerunkan..mase sy pegi..x byk kete melalui jln ni..sy ikut bentong..sgt menyeramkan perjalanannya..pkir byk kali klau nk ke sana lg...apepn mmg kawasan ni tenang. penginapan jauh ke dalam hutan..sesuai pegi konvoi ramai2...alhamdulillah prjalanan sy selamat pegi n balik

    ReplyDelete
  3. hahahha...ckuplah sekali je pegi..sesuai utk rehat2 je. jalannye yg menggerunkan..mase sy pegi..x byk kete melalui jln ni..sy ikut bentong..sgt menyeramkan perjalanannya..pkir byk kali klau nk ke sana lg...apepn mmg kawasan ni tenang. penginapan jauh ke dalam hutan..sesuai pegi konvoi ramai2...alhamdulillah prjalanan sy selamat pegi n balik

    ReplyDelete