Monday, September 27, 2010

Lagenda Budak Setan

Malam tadi tengok cerita Lagenda Budak Setan di Laptop. Sedih dan Ayu watak heroin cerita ini asyik dirundung malang. Bermula apabila dipaksa mengahwini Azmi teman lelaki lamanya yang panas baran dan kaki pukul. Kashah bula terpaksa menghabiskan kajian beliau selama setahun di pendalaman atas dorongan dan sokongan Ayu yang mahu beliau berjaya dalam hidup. Perjanjian penantian selama setahun..hanya tinggal janji apabila Ayu tanpa rela hati menikahi Azmi dan berjanji untuk berubah menyayangi Azmi. Namun cinta yang begitu mendalam membuatkan Ayu tidak dapat melupakan Kashah sehingga membuatkan Azmi cemburu lalu memukul Ayu dan membakar 'majalah' pemberian Kashah. Hati yang remuk rendam dan penuh perasaan amarah, Ayu memandu kereta dengan lajunya membelah malam. Namun malang tidak berbau Ayu terlibat dalam kemalangan hingga menhancurkan wajah secara total....Adakah Azmi masih menyintai Ayu, bagaimana pula dengan Kashah setelah diberitahui tentang perkahwinan Ayu...Masih adakah harapan dan cinta tulus ikhlasnya terhadap Ayu?? Saksikan sendiri kesudahannya...

Kalau diceritakan semua sekali tentu anda kecewa...so tengok dan komen sendiri...
Saya beri 4 dari 5 Bintang

Tapi yang paling best ialah lagu tema nya...Bila Cinta.....

Saturday, September 18, 2010

"Are You Moist Enough?"

Sepanjang bulan Ramadan, kekurangan air kerana berpuasa membuatkan kulit mudah menjadi kering. Bagi mengatasi masalah ini saya menggunakan Vaseline. Selain mengembalikan kelembaban kulit, dapat juga saya memanjakan kulit dengan membelainya dengan sapuan Vaseline diseluruh tubuh.

Kelembaban Melambatkan Penuaan Kulitku
 
Dengan pengenalan losyen badan baru bagi memenuhi pelbagai keperluan jenis kulit seperti Total Moisture, Healthy White, Intensive Rescue, dan Aloe Cool and Fresh kini saya tak perlu risau lagi. Ini kerana pelbagai pilihan sedia menanti. Lebih-lebih lagi bila musim perayaan. Selain terdedah dengan kepanasan mengacau rendang, mencuci pinggan yang bertimbun-timbun, kulit mudah menjadi kasar dan kering. Nasib baik ada Vaseline....kulit saya sentiasa lembut dan lembab. Ketika bersalaman dipagi Syawal, ramai yang memuji kelembutan kulit saya...Nak tahu rahsianya??....."Vaseline Total Moisture" tetap menjadi pilihan............

Selamat Tinggal Kekeringan ...Terima Kasih Vaseline

Friday, September 17, 2010

Upper 6 Arts 1 (USA1) ReUnion


Seperti yang telah dirancang melalui facebook..perjumpaan semula kawan-kawan kelas USA1 telah diatur bertempat di Pizza Hut, Bandar Baru Teluk Intan pada pukul 2.00 petang. Hari Sabtu, hari raya kedua yang penuh bersejarah itu menemukan semula sahabat-sahabat lama yang telah terpisah hampir 20 tahun. Bentuk fizikal mungkin banyak yang dah berubah tapi perangai tetap sama macam dulu.

Terima kasih kepada Azmi, Fauzi, Raja, Eton, Azza, Arifah, Rozina, Maiza dan suami, Zakuan kerana meluangkan masa bertemu dan berbual mesra.

USA1, SM Horley Methodist Teluk Intan

Gambar Kenangan USA1, 1991 

Gambar di atas diambil pada tahun 1991...19 tahun dahulu.. Gambar dibawah pula diambil masa reunion 11 September 2010.

 

Thursday, September 16, 2010

Demam Raya vs Demam Lepas Raya

Musim raya ni, ramai orang demam. Demam sebab banyak sangat makan lemang dan rendang..ditambah dengan minum minuman berais. Cuaca pulak panas berdentang. Sakit yang paling common ialah sakit tekak, batuk dan selsema. Anak-anakpun tak terkecuali, Amisha demam, Amelia demam, Kakakpun demam. Maid aku pun demam...sugul dan toya semua muka. Akupun dah rasa cam pening-pening lalat..mintak2 sihat le...sebab banyak lagi assignment nak dibuat.


Kesian Amelia demam, pulak tu susah nak makan ubat!!!

Wednesday, September 15, 2010

Tahziah Buat Keluarga Dato' Sosilawati Lawiya & Rakan-rakan

Bila terdengar berita kehilangan beliau dan rakan-rakan..harapan seluruh rakyat Malaysia agar mereka semua dapat ditemui dengan selamat..tapi alangkah terkejutnya mendengar berita keempat-empat yang hilang ini telah dibunuh dengan penuh kejam dan sadis sekali. Manusia yang berhati binatang dan gila sahaja yang sanggup membunuh dan membakar hingga jadi abu!! ..tak terbayang oleh mata bagaimana siksa nya mereka ini meninggal dunia...semoga allah mencucuri rahmat ke atas arwah sosilawati, pemandunya, peguam dan pegawai bank tersebut...Al-Fatihah......

Rentetan Kehilangan Sosilawati hingga ke penangkapan suspek utama (Dilaporkan dipelbagai media cetak)

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Tinggal Ramadhan...Selamat Datang Syawal

Huhuhu..sedih untuk meninggalkan bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Tinggal 3 hari lagi nak berpuasa. Bulan ni agak sibuk sikit sebab itu tiada new post ..banyak aktiviti..selain pergi kelas pada sebelah petang, kena juga prepare juadah berbuka untuk suami dan anak-anak. Kena study for the exam pulak tu...so masih tak ada kesempatan nak buat biskut raya. Cadang hari ni nak buat biskut cornflake madu dan carrot cake. Biar budak-budak happy sikit.

Dikesempatan ini diucapkan Selamat Hari Raya..untuk semua..Jika balik ke kampung pandulah dengan cermat agar jiwa selamat!!!
Source: http://www.kitfolio.com/gallery/sg/hr01.jpg