Friday, November 12, 2010

Majlis Penyampaian Hadiah SK Meru II

Untuk menghargai kejayaan anak-anak dalam pelajaran aku serta suami bersama baby kecik..si Amelia..pergi menyaksikan majlis penyampaian hadiah Shira dan Misha. Masing-masing dapat nombor dua dan tiga dalam alirannya. Shira dapat hadiah tambahan matapelajaran Kajian Tempatan terbaik Tahun 5. Masa dulu-dulu aku suka pegi pagi-pagi maklum le excited sebab anak nak ambil hadiah..tapi kali ni dah bijak..kerana saban tahun asyik tunggu berjam-jam untuk sampai acara kemuncak. Tahun ni aku pergi pukul sepuluh pagi..dan pukul 10.30 pg baru acara penyampaian hadiah dijalankan bermula dengan Tahap 1. Nak tunggu tahun tiga lama juga...dan akhirnya nama Nur Amisha diumumkan sebagai pelajar tahun 3 Cemerlang yang menduduki tempat ketiga tewas 2% daripada tempat pertama dan kedua.

Misha Mengambil Hadiah

Misha & Mama
Misha & Amelia

Majlis berehat seketika dengan persembahan boria dari pelajar tahun 4. 


Selepas persembahan, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi Tahap 2 pula, bermula dari tahun 4 dan 5. Nama Shira diumumkan sebagai pelajar kedua terbaik dari seluruh aliran. Hadiah disampaikan kepada 10 pelajar terbaik aliran sahaja.

Menunggu giliran

Terima Hadiah dari PPD

Bergambar bersama hadiah masing2

Amelia turut sama berkongsi Kegembiraan

1 comment: