Friday, November 26, 2010

Marina Island, Lumut

Masa balik kampung sempena cuti Raya Haji, aku sekeluarga sempat ronda-ronda kat Marina Island, Lumut. Marina Island ni satu township baru yang dibangunkan beserta dengan kemudahan Hotel, service apartments, stesyen bas, Jeti ke Pulau Pangkor dan kawasan komersial. Tapi kawasan ni belum 100% siap, masih lagi dalam construction. Tapi Jeti, kedai2 dan hotel sudah mula beroperasi. Jeti ke Pulau Pangkor ni adalah sebagai alternatif bagi jeti yang sedia ada di pekan Lumut. Jeti Marina Island ni agak strategi memandangkan jaraknya yang dekat dengan Pulau Pangkor dan hanya mengambil masa hanya 10 minit, berbanding jeti Lumut, 45 minit.

Kawasan sekitarnya juga cantik, dikelilingi oleh laut dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Terdapat juga tempat pelabuhan untuk kapal2 mewah dan persendirian.










Pergi sebentar ke sales office untuk tanyakan harga service apartment yang dijual. Saiz dari 720sf ke 1400sf dan harga start from RM252,000. Kalau ingin duduk sendiri, maintanance fees lebih kurang RM250 per month. Kalau tak Hotel yg akan uruskan segalanya. Menarik tu memang menarik..untuk investment mmg berbaloi. Tapi mahal sangat..kalau byk duit dan tak byk komitmen memang boleh beli satu kat sini...hehe..biasa le..kemahuan kita tak terbatas tapi ekonomi tak mengizinkan....


Sebelum balik singgah sebentar kat pekan Lumut, beli sotong kering ..badan pun letih..singgah rumah kedai adik "Zihan Bundle" kat Manjung..minum petang.

No comments:

Post a Comment