Memandangkan jumlah family kami 5 orang kesemuanya, kami memerlukan bilik yang besar dengan harga yang berpatutan. Pencarian hotel melalui internet dan experience suami saya yg pernah menetap dihotel ni membuatakan kami memilih The Northam All Suites. Terdapat 3 jenis bilik dan kesemuanya suite..dan memandangkan ada year end promotion kami memilih package seperti tertera dibawah:
Bilik hotel ni besar, terdapat 3 ruangan utama iaitu, living hall, Bedroom dan Bathroom yg dilengkapi jacuzi. Sampai dihotel ni lebih kurang pukul 1 ptg, terus check-in. Receptionist yg uruskan check-in tu punya le lembab, hampir 20 minit gak menunggu..keluar masuk office je..but tak selesaipun ..pas tu pas lak kat orang lain. Terpaksa ambik butiran sekali lagi..Bengang betul.
Sampai kat bilik ambik gambar dulu untuk tatapan pembaca sebelum bilik diselerakkan oleh budak2. Condition bilik masih maintain tapi lantai dan mula uzur, almaklumle timber board so cepat terkopak...bila kena air. Tapi puashati gak le..dengan accommodation yg sedia ada.
|
Bilik - katil 'Super King' |
|
Spacious Living Hall - termasuk meja kerja siap ada wifi free lagi |
|
Bathroom yang luas - terbahagi kpd shower, jakuzi, toilet & wardrobe |
Terdapat infiniti pool ditingkat 9, kedalaman 1.3meter, so kesian bebudak tak dapat mandi. Nasib baik ada jakuzi so diorang berendam je le dalam bilik. Bilik2 hotel disini ada 2 views..satu mengadap beach & satu mengadap kedai2. Tapi tak le direct mengadap beach coz hotel ni bukan beach hotel type.
Memandangkan dapat breakfast untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak..maka breakfast kat hotel saja. Menu seperti biasa kira ok le bagi rating 3/5. Di lobby hotel ada kolam ikan koi..dan seperti standard hotel yang lain gak.
|
Lobby - Koi Pond bersebelahan tangga |
Memang best jugak hotel ni tapi yang frust tu, waktu menginap disitu. Card Credit Service Centre Call untuk mengesahkan pembelian Apple Computer bernilai RM4000 telah dilakukan menerusi internet. Memang sah itu buka pembelian dari kitaorang, nasib baik bank call untuk confirm kalau tidak........GERAM BETUL..menurut kata customer service tu kebiasaannya kerja ini dilakukan oleh orang hotel..kerana dia boleh access nombor 3 digit kat belakang credit card kita. Tapi tak tau le..ini kerja siapa. Petang tu aku buat siasatan sikit duduk kat lobby hotel peratikan tingkah laku orang yang disyaki..Kerjanya cukup lembab dan merunsingkan, masuk kat pejabat lebih dari sekali, masa yang diambil utk register check-in mengambilmasa yang lama..Jelas terbayang wajah customer yg berang menunggu. Mana tidaknya rakan nyer yang disebelah dah serve 2 orang, dia sorang pun tak settle lagi. Tapi tak boleh buat apa2 le, tak leh menuduh orang melulu tanpa bukti.
Bila balik ke KL, hubby call service center, budak hotel tu telah swipe card aku sebanyak 2 kali untuk pengesahan, satu RM800 dan satu RM1000. Geram tul, telefon hotel bahagian account, dia org kata memang diaorang tak caj utk pengesahan tapi mengakui kesilapan dan ketidakcekapan pekerjanya yang ter'swipe' 2 x.