Monday, May 23, 2011

Menjaga Rahsia Rumahtangga

Menjaga Rahsia Rumahtangga
Dipetik untuk dikongsi dari mstar online - Jumaat Mei 20, 2011 MYT 11:05:00 AM


Hadith:
RASULULLAH s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya kemudian ia menceritakan rahsia itu."
Riwayat Ahmad
Huraian Hadith:
1. Setiap yang bergelar isteri atau suami pasti mempunyai kehidupan peribadi yang dikongsi dengan pasangan masing-masing. Sebahagiannya merupakan rahsia rumah tangga yang harus dijaga dengan waspada.
2. Jika rahsia tersebut disebarkan sudah tentu salah seorang akan terdedah kepada aib, pandangan serong, kata nista, umpatan, gangguan dan sebagainya. Dengan kata lain, rahsia rumah tangga ialah sesuatu yang hanya boleh dikongsi bersama antara suami isteri atau dengan anak-anak, kerana ia melibatkan soal maruah, nasib masa depan dan keselamatan keluarga. Ini dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda yang bermaksud: "Tiadalah yang lebih memberi manfaat kepada seseorang yang beriman selepas ia bertaqwa kepada Allah, yang lebih baik daripada memiliki seorang isteri yang solehah. Jika disuruh nescaya ditaatinya dan apabila dipandang menyukakan hati dan jika ia tiada bersama ia akan memelihara nama baiknya sama ada pada dirinya atau harta suaminya." (An-Nasa'i, Ahmad & Abu Daud)
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 

My 13th Wedding Anniversary

Ulangtahun perkahwinanku jatuh pada Hari Hatra Intelek Sedunia dan memandangkan suamiku berkecimpung dalam industri yg sama, maka kami tidak dapat menyambutnya pada hari tersebut. Tahun ni aku sambut sorang2 sebab dia pi Johor Baharu menganjurkan Hari Harta Intelek Negara disana. Aku pulak struggle menelaah untuk exam paper pada malamnya. Huh..boring sungguh.

Hujung minggu pulak terpaksa balik kampung coz ada wedding. Hari Selasa dan Rabu tu hubby aku cuti..so dapat le kitaorang celebrate. Dia janji nak ajak aku makan kat luar dan beli present. Dah memang cara kami.."No Surprise Present". Hadiah yang ingin dibeli memang dah dirancang..so apa lagi terus pergi ke tempat yang ingin dituju iaitu The Garden...kat Mid Valley.

Masuk butik Coach untuk cari handbag yang aku berkenan. Lama jugak kat situ, belek sana, belek sini and finally jumpa gak handbag yang berkenan kat hati. Mula2 nak beli leather tapi beza cuma dalam RM200 je..tapi kata hubby aku "cari le kelainan sikit..asyik beli leather je..design dia lak very plain"...so we decided to take fabric handbag Madison Edition....Hehe..bukan setakat handbag tapi wristlet jugak aku grab sekali.






After lunch kat Kenny Rogers Roaster, kami masuk lak Metrojaya. Aku nak beli perfume coz stock dah habis. Selalu aku suka pakai Ralph Lauren..tapi saje tukar taste tahun ni.... tapi yg spoil nyer aku tersalah pilih Eau de toilette. Selalu tu aku memang berhati2 memilih supaya tak tersalah beli tapi hari tu..aku memang tak terperasan..


Walaubagaimanapun memang seronok kalau dapat hadiah dari orang tersayang....Thanks dear for the lovely present....

Tip Kebahagian Rumahtangga

Sedar tak sedar dah 13 tahun berlalu. Anak2 pun dah besar..si kakak dah masuk 12 tahun. Tahun depan dah masuk menengah. Diri semakin tua, perkahwinan semakin matang. Tetapi kadang-kala kematangan tu membuatkan manusia alpa tentang memupuk dan membajai kasih-sayang suami-isteri. Mula take thing for granted. Harapan agar pasangan sudah cukup memahami perangai, kehendak dan keperluan masing2.  Sebenarnya semakin lama usia perkahwinan, semakin romantislah pasangan tu, semakin caring le ..kerana dalam tempoh2 ini, kepercayaan dan kasing sayang perlu dipelihara supaya cinta 'lain' tak berputik.

Eii takutnyer..bila memikirkan tentang krisis ni..minta dijauhkan lah dari dairi kehidupanku. Bagaimana memupuk dan membajai  pohon kasih-sayang agar menghasilkan bunga yang kembang  mekar...utuh...dan harum sepanjang hayat???

Disini ingin saya kongsikan Tips '8P' untuk kebahagian rumahtangga dari Ustazah Bahayah.


8P Tip kebahagian rumahtangga


1.  'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2.  'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Thursday, May 12, 2011

Sakit Mata atau Conjunctivitis

Siksanya kalau kena sakit mata atau conjunctivitis ni..bukan sehari dua..malah makan minggu. Bukan setakat mata merah je..tapi bengkak yang berair. Ikut kata orang..sekarang ni musim sakit mata sebab cuaca tak menentu..panas dan berjerebu. Ini dikaitkan dengan el-nino.

Mula2 anak dapat sakit mata kat tadika dia, tapi tak teruk sangat. Seminggu lepas tu mata aku lak jadi merah. Dan bertambah teruk ..membengkak sampai timbul kelenjar dan bengkak kat pipi dekat dengan telinga dan rahang. Belumpun mata baik jangkit lak kat mata kanan. Seksa rasanya....

Mata Bengkak & Berair

Cara rawatan? aku g clinic je. Dr. prescribe ubat titis mata, eye ointment, ubat tahan bengkak dan ubat gatal. Selebih tu tawakal je kepada Allah dengan baca doa ni..(baru je dapat kat blog ni http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=73&Itemid=160)

Saje nak share,

 Doa Sakit Mata 




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 



وَعَادٌ۬ وَفِرۡعَوۡنُ وَإِخۡوَٲنُ لُوطٍ۬

Surah Qaf , Ayat 13..

(Baca doa ini dan hembuskan kat tapak tangan yg berlawanan dengan mata yg sakit tu sebanyak 3. Insyaallah cepat sembuh)

Thursday, May 5, 2011

Ikan Cencaru Sumbat

Ni masakan favorite anak2 aku..ikan cencaru sumbat..kalau masak mesti licin. Nak tau macamana nak buat ..so layan....
Ikan Cencaru Sumbat


Ikan Cencaru Sumbat

Bahan2
3 ekor Ikan Cencaru (siang tp jangan belah perut danjgn  buang jaket)
I biji bawang besar
Setengah biji kelapa parut
belacan (jika suka)
6 biji cili api dan 2 biji cili masak (pedas ikut suka)
asam jawa atau limau nipis
garam
gula
kunyit

Cara2
1.Basuh ikan dan belah sisi atas ikan untuk dijadikan poket sambal. Gaul ikan dengan kunyit dan garam. Ketepikan.
2. Bawang, belacan, cili2 dikisar.
3. Bahan 2 tadi digaul dengan gula dan garam serta perahan asam jawa/limau secukup rasa. Kemudian gaulkan dengan kelapa hingga sebati.
4. Sumbatkan sambal kelapa dalam poket ikan tadi.
5. Panaskan api dan goreng kedua-dua bahagian sampai garing.

Tips: saya suka pakai non-stick supaya tak guna minyak yg banyak. Tapi kuali non-stick perlu ditutup bagi memastikan ikan dan sambal masak sepenuhnya.

Sambal Tumis Sotong

Saje je post menu sambal sotong kat different post..supaya tambah sikit bilangan post yang dah semakin tenggelam ni..so menu kedua ialah Sambal Tumis Sotong. Rasanya ramai yang pandai masak sambal ni..tapi mungkin cara je berbeza. Ikut jugak kerajinan..kalau aku rajin..selalu sanggaikan dulu sotong atas kuali untuk buang air gatal nyer..tapi kalau tak berapa rajin lebur je sotong bersama sambal

Resepi Sambal Tumis Sotong

Bahan2
I labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
3-4 sudu besar cili kering kisar
air asam jawa
gula & garam secukup rasa
minyak utk menumis.

Cara2
Kisar bwg merah, halia dan bwg putih. Tumis dalam kuali bersama minyak. Bila garing dan layu masukkan cili kisar tadi. Kacau sampai cili masak atau naik minyak. Kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit air. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan sotong, garam dan gula. Kacau hingga sotong kecut sedikit dan air sotong kering. Sedia utk dihidang.....

Sambal Tumis Sotong

Menu Hari Ni : Sambal Tahun Kerang

Hari ini rajin sikit..masak 3 jenis masakan. 1. Sambal Tahun Kerang 2. Sambal Tumis Sotong 3. Ikan Cencaru Sumbat. Hah..banyak le tu selalunyer aku masak 2 jenis je iaitu lauk & sayur je.

Hari Isnin, balik dari Teluk Intan, macam biasa singgah kat Pasar Penambang Kuala Selangor..Hari tu tak banyak ikan2 segar dan udang2 segar..maklum le nelayan pun ramai yg cuti sempena Hari Buruh ni. So aku beli Kerang 2 Kilo, Sotong 1 Kilo dan ikan tenggiri papan.

Selasa aku masak Asam Pedas ikan tenggiri & Sayur campur. Rabu, p beli kari ikan, ayam goreng and udang sambal kat Al-Rahman. Hari ni masak le pulak...

Sambal Tahun Kerang, aku tahu masakan ni dari mak mertua adikku..orang minang. Kalau makcik tu buat sambal kerang ni fuh..sedap tul kuahnyer..(sebab aku memang tak suka makan kerang). Jadi teringin le mencuba. So ini le Hasilnyer.....

Sambal Tahun Kerang
Resepi Sambal Tahun Kerang

Bahan2
1 kilo kerang (rebus dan buang kulit)
1 gengam cili api (sebiji2 buang tangkai)
3 inci lengkuas (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris)
1 biji bwg merah (belah 8)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 keping asam keping
1 kotak santan
2 sudu Ikan bilis dikisar 

Cara2
Tumis semua bhn kecuali kerang dan santan sampai layu, masukkan air masak sampai lengkuas lembut. Bubuh santan dan kerang. Garam dan gula secukup rasa. 

Semakin lama dimasak makin sedap sambal ni . Makan esoknye lagi sedap dan esok, esok dan seterusnya....Ia dipanggil sambal tahun sebab dia boleh ditambah bahan2 yg kurang setiap hari...hingga selesai..dulu2 sambal ni orang makan bertahun2..dengan menambah bhn2 yg kurang..