Wednesday, August 24, 2011

Shopping Raya dan Inflasi

Walaupun tujuan kita menyambut Ramadhan untuk beramal dan mengaut sebanyak mungkin pahala namun persediaan Syawal masih tetap tidak boleh diabaikan. Mungkin bagi orang dewasa kegairahan menyambut Syawal tidak begitu terasa tetapi bagi kanak-kanak kegirangan bermain bunga api, berpakaian cantik di pagi Hari Raya adalah satu kemestian. Tambahan pula sebagai ibu-bapa yang sedikit berkemampuan pasti ingin melihat anak-anak gembira setelah mereka penat berpuasa selama sebulan. Bagi si kecil itulah ganjaran yang paling berharga buat mereka. 

Untuk tidak ingin bersesak-sesak dengan orang ramai dipasaraya, saya selalunya akan menyiapkan persiapan anak-anak sebelum Ramadhan lagi. Beli baju sedikit demi sedikit agar tidak terasa beratnya. Almaklumlah harga pakaian kanak-kanak jauh lebih mahal daripada pakaian orang dewasa. Bayangkan harga blouse dan seluar mereka lebih 50% mahal daripada kita. Itupun bukanlah berjenama sangat. Belum lagi kalau membeli jenama pakaian Guess atau OshKosh B'gosh. 

Sebahagian daripada Baju Raya

Kasut Amelia

Kasut Misha Yang Unik (ada berani!!)
Kasut Kakak (Wedges kegilaan remaja masa kini) mengalahkan mak dia
Walaupun gaji kita semakin meningkat tetapi harga barangan meningkat  lebih daripada itu setiap tahun. Tahun ini sahaja sehingga Mac, index harga pengguna di Malaysia mencecah 2.8%. Walaupun masih dibawah 3%, index ini amat membimbangkan dan mengikut trend statistik 2011 index ini dijangka akan terus meningkat. Ditambah pula dengan kadar pengganguran sebanyak 3.2% pada Jun 2011. Kenaikan harga ini akan mengurangkan kuasa beli pengguna dan tarap hidup rakyat tidak akan meningkat malah semakin merosot dan mengalami kerugian.Walaubagaimanapun bagi mereka yang mempunyai property seperti rumah dan bangunan waktu inflasi inilah mereka boleh mendapat keuntungan yang tinggi. Untuk mencapai ke arah negara berpendapatan tinggi, kadar inflasi dan juga pengangguran perlu dikawal.

Sedih bila mengenangkan nilai wang yang semakin mengecil. Kalau pergi ke hypermarket untuk perbelanjaan dapur, RM300-RM400 sudah semestinya hangus. Berbanding 5 tahun lepas yang jumlahnya separuh daripada itu. Antara faktor-faktor lain menyebabkan peningkatan tersebut mungkin bukan hanya bergantung pada kadar harga sahaja tetapi faktor lain seperti perningkatan gaya hidup dan perkembangan ahli keluarga yang semakin membesar turut menyumbang. Bagaimana pula dengan anda? Fikir-fikirkan!


Friday, August 12, 2011

Imej Menarik Tentang Puasa

Tertarik dengan imej ini dan sekaligus boleh menggambarkan puasa...


Fadhilat Solat Terawih


Definisi Tarawih
 
Tarawih bermaksud duduk bersenang-senang atau beristirehat. Manakala Solat Tarawih bererti solat sunat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat sunat Tarawih, sebelum disambung semula.

Tujuan utamanya ialah untuk memberi peluang dan galakan kepada umat Islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, solat Witir dan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.

Aishah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: “Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?”

Baginda menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?”
 
Hukum Solat Tarawih

Hukum solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurna bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan solat sunat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah ruginya mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat sunat Tarawih.


Fadhilat dan Kelebihan Solat Terawih
  
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
  • P/S : boleh juga didapati dlm btk pdf melalui laman ni http://www.amdtaufik.com/malaysia/wp-content/uploads/2009/08/tarawih.pdf
Sumber: 
1. http://azmanlin.blogspot.com/2008/09/solat-sunat-tarawih-definisi-sejarah.html
2.http://ibnismail.wordpress.com/2008/09/06/puasa-dan-kelebihan-solat-terawih/

Tuesday, August 9, 2011

Bonus Setengah Bulan Gaji Untuk Kakitangan Awam

Dalam Mstar dan Utusan online hari ini ada menyatakan yang Datuk Seri Najib telah mengumumkan bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minima RM500 kepada lebih kurang 1.27 juta kakitangan awam dan bantuan khas sebanyak RM500 untuk 590,000 pesara di Malaysia. Ini melibatkan kos sebanyak RM2 billion dan akan dibayar pada pertengahan bulan ini. Oleh kerana jumlah kakitangan awam ini begitu ramai bonus setengah bulanpun begitu significant bagi kerajaan dalam menguruskan bajet perbelanjaan. Harap semua kakitangan bersyukur dengan pemberian ini. Setengah bulanpun duit juga daripada tak ada langsung. Jadi jangan le ada kakitangan awam yang asyik merungut saja mencari salah orang lain terutama kerajaan. Bersyukurlah!!

Saturday, August 6, 2011

A Doctor In The House by Tun Mahathir Mohamad

Buku apa yang anda sedang baca sekarang? Sekarang ni saya sedang membaca buku A Doctor In The House oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Baru je masuk chapter 2. Menarik jugak buku ni..memory Tun sangat kuat sampai dia boleh ingat kebanyakan nama yang berada dipersekitaran hidup dia sewaktu dia kecil. Terasa macam nak tulis memoir diri sendiri pulak lepas ni. hehehe..

Belum boleh review lagi buku ni..sebab belum habis baca..tebal betul buku ni..nanti saya akan update dari semasa ke semasa ye..

Tuesday, August 2, 2011

Pengalaman Anak-anak menaiki LRT ke KLCC

Bila saja diberitahu rancangan untuk ke KLCC menaiki LRT, ketiga-tiga anak gadisku excited. Bagi Amelia ini merupakan pengalaman yang pertama dan bagi Misha dan Shira mungkin kali kedua atau ketiga. Itupun dah tak ingat katanya kerana terlalu kecil masa dibawa oleh Pak Uda dan Mak Uda mereka. Pagi lagi dah bangun dan bersiap. Sementara menunggu mamanya bersiap dan gelisah budak-budak tu. Pukul 9 pagi dah bertolak singgah sekejap kat Restoran Ulam di Bukit Jelutong. Aku makan nasi dagang, budak2 ada yang makan mee goreng, nasi goreng dan kewtiau goreng.

Sampai kat stesen LRT Bangsar lebih kurang kul 10.30 pagi. Suamiku parking kereta kat parking office dia so dekat le nak p ke stesen. Yang paling excited tentunya Amelia. Seminit menunggu train 2 coaches sampai. Huh penuh..tunggu lagi dalam 4 minit,  satu lagi train sampai kali ni 4 coaches. Baru le kami naik. Selesa sikit dan dapat tempat duduk.
Sewaktu Menunggu LRT - coach panjang
 
Di dalam LRT



















Sampai je kat KLCC kami terus booking tiket untuk tonton Harry Potter, waktu tayangan jam 1. 20 ptg. Masa yang ada  aku bawak anak2 pergi shopping sikit kat I-Setan. Beli baju raya.

Bersantai

Tiket harry Potter untuk 5 orang.

Habis je movie jam dah hampir pukul 4.00 ptg. Aku dan suami bawak budak-budak p masjid KLCC untuk sembahyang zohor. Seronok bukan main si Amelia.
Lepas tu terus pergi makan merangkap makan tengahari dan petang. Terus balik. Letih sungguh perjalanan hari tu.

Pemandangan sekitar Suria KLCC

Monday, August 1, 2011

Projek Taman Mini Orkid

Weekend lepas, just before Ramadhan..bermulalah projek membina taman orkid mini didepan rumahku yang sememangnya tak bertanah. Sebelum ni semua pokok diletakkan atas lantai aje dan dialaskan dengan batu-bata. Saja seronok menghabiskan masa dengan hobi baru ni yang tak berapa nak baru..untuk menjinakkan diri dengan menanam orkid. Memang sebelum ni aku minat kat orkid. Tapi tanam aje kat depan pagar rumah. Menjadi jugak, sudah memanjat pokok tu dengan tinggi. Kadangkala keluar juga bunga orkid yg berwarna putih dan juga orkid liar yang berwarna kuning bercampur coklat ni. Tapi orkid liar ni hayat tak panjang, walaupun mengeluarkan bunga yang berjuntai panjang tapi bila cuaca hujan macam sekarang ni selalunya cepat busuk dan gugur. Itu yang membuat aku sedikit frust.

Kisah bermula bila aku pergi ke Sg. Buloh, lorong orkid berhampiran Hospital Sg. Buloh untuk membeli orkid. Aku borong 4 pasu orkid berharga antara RM25 dan RM10. Siap beli sprayer baja sekali, senang sikit nak menyiram dan membaja kerana dia semi-auto. Sprayer tu guna kaedah pam dan semburan kemudianya secara auto apabila kita menekan button semburan. Harga RM15 je.

Nak menanam dan menjaga orkid ini memerlukan teknik yang betul. Pokok tidak boleh terdedah dengan kadar cahaya secara terus begitu juga dengan kadar hujan. Jadi kenalah buat rumah orkid. Aku dan suami buat rumah orkid beserta 2 tingkat para yang simple je.

Untuk Buat rumah orkid kami memerlukan bahan-bahan berikut yang didapati kat kedai hardware. Kos dan bahan adalah seperti berikut:
1. Jaring Orkid (2 meter)              - RM10
2. kayu pancang                            - RM1
3. Paip PVC (20 kaki)                   - RM10
4. Papan Keping (10 kaki)            - RM30
5. Cat Minyak (1 liter)                  - RM15
6. Dawai pengikat (segulung)       - RM2
7. Bata Merah (10 ketul)               - RM5
8. Mata Gergaji                             - RM1
9. Berus Cat                                  - RM3
JUMLAH                                     - RM77

Dan......hasilnya bolehlah tahan. Nampak kemas dan bersih sedikit taman mini orkid aku ni.

Taman Mni Orkid Pandangan Depan
Taman Mini Orkid Pandangan Sisi
Pokok orkid memanjat pagar
Satu lagi taman yang ada dihalaman ialah taman herba dimana aku tanam pokok limau purut, kunyit, cekur daun kari dan daun kesum. Sebelum ni daun kesum aku letakkan area rumah orkid ni.
Taman Herba