Wednesday, August 24, 2011

Shopping Raya dan Inflasi

Walaupun tujuan kita menyambut Ramadhan untuk beramal dan mengaut sebanyak mungkin pahala namun persediaan Syawal masih tetap tidak boleh diabaikan. Mungkin bagi orang dewasa kegairahan menyambut Syawal tidak begitu terasa tetapi bagi kanak-kanak kegirangan bermain bunga api, berpakaian cantik di pagi Hari Raya adalah satu kemestian. Tambahan pula sebagai ibu-bapa yang sedikit berkemampuan pasti ingin melihat anak-anak gembira setelah mereka penat berpuasa selama sebulan. Bagi si kecil itulah ganjaran yang paling berharga buat mereka. 

Untuk tidak ingin bersesak-sesak dengan orang ramai dipasaraya, saya selalunya akan menyiapkan persiapan anak-anak sebelum Ramadhan lagi. Beli baju sedikit demi sedikit agar tidak terasa beratnya. Almaklumlah harga pakaian kanak-kanak jauh lebih mahal daripada pakaian orang dewasa. Bayangkan harga blouse dan seluar mereka lebih 50% mahal daripada kita. Itupun bukanlah berjenama sangat. Belum lagi kalau membeli jenama pakaian Guess atau OshKosh B'gosh. 

Sebahagian daripada Baju Raya

Kasut Amelia

Kasut Misha Yang Unik (ada berani!!)
Kasut Kakak (Wedges kegilaan remaja masa kini) mengalahkan mak dia
Walaupun gaji kita semakin meningkat tetapi harga barangan meningkat  lebih daripada itu setiap tahun. Tahun ini sahaja sehingga Mac, index harga pengguna di Malaysia mencecah 2.8%. Walaupun masih dibawah 3%, index ini amat membimbangkan dan mengikut trend statistik 2011 index ini dijangka akan terus meningkat. Ditambah pula dengan kadar pengganguran sebanyak 3.2% pada Jun 2011. Kenaikan harga ini akan mengurangkan kuasa beli pengguna dan tarap hidup rakyat tidak akan meningkat malah semakin merosot dan mengalami kerugian.Walaubagaimanapun bagi mereka yang mempunyai property seperti rumah dan bangunan waktu inflasi inilah mereka boleh mendapat keuntungan yang tinggi. Untuk mencapai ke arah negara berpendapatan tinggi, kadar inflasi dan juga pengangguran perlu dikawal.

Sedih bila mengenangkan nilai wang yang semakin mengecil. Kalau pergi ke hypermarket untuk perbelanjaan dapur, RM300-RM400 sudah semestinya hangus. Berbanding 5 tahun lepas yang jumlahnya separuh daripada itu. Antara faktor-faktor lain menyebabkan peningkatan tersebut mungkin bukan hanya bergantung pada kadar harga sahaja tetapi faktor lain seperti perningkatan gaya hidup dan perkembangan ahli keluarga yang semakin membesar turut menyumbang. Bagaimana pula dengan anda? Fikir-fikirkan!


No comments:

Post a Comment