Wednesday, September 7, 2011

Salam Aidilfitri 2011

Satu Syawal jatuh pada 30 Ogos 2011 iaitu hari Selasa dan esoknya 31 Ogos 2011, Negara kita Merdeka. Sambutan kemerdekaan sedikit ditenggelami dengan kemeriahan hari raya. Seperti raya-raya yang lepas menu hidangan tak banyak berubah. Hidangan wajib adalah lemang, nasi impit dan kuah kacang, rendang tok. Pagi raya ini aku berkesempatan menunaikan sembahyang sunat aidilfitri di Masjid Al-Taqwa, Teluk Intan. Turut serta adalah anak bongsuku si Amelia. Gembira sungguh dia kerana dapat bersama-sama pergi ke masjid dan bersembahyang. Macam2 soalan diajukan kepada aku, sampai naik rimas dibuatnya.

Selepas menunaikan sembahyang, acara bermaaf-maafan dan sesi bergambar bermula. Hanya aku dan family adik bongsu sahaja yang ada. Sunyi sedikit suasana. Zura bersama family beraya di Semenyih kerana suami terpaksa bertugas. Fairus beraya sebelah keluarga mertua. Zafri pula beraya bersama bahan-bahan jualannya.

Mak dan Papa
Familiku bersama ibubapaku
Family Mak Su
Amelia dengan Kak Amnas

Mak dan Pakcik Zainal
Kek hasil decoku..Sebagai 'kepala meja'

No comments:

Post a Comment