Thursday, September 15, 2011

UPSR 2011

Hari ni berakhirlah UPSR yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut bermula pada 13 September hingga 15 September 2011. Hati rasa berdebar-debar kerana anak sulong aku terlibat dalam UPSR kali ni. Hari pertama terdapat 3 kertas iaitu  Bahasa Malaysia penulisan, kefahaman dan Matematik II. Bila ditanya dengan penuh confident dia jawab senang. Hati berbunga lega. Hari Kedua, kertas Matematik I sahaja. Dan dia juga confident dengan jawapan dia. Tapi Hari ni Hari Ketiga, untuk 2 kertas akhir..dia kata Kertas Sains Bahagian II agak susah. Manakala Bahasa Inggeris OK katanya. Bila saja dia sebut susah, begitu juga susahnya hati aku dan suami. Boleh ke dia dapat 5A? Harapan kami dan juga beliau sendiri tentulah tinggi. Tapi apa-apapun semuanya sudah berlalu dan dia telah berusaha bersungguh-sungguh selebihnya kita serahkan kepada Allah swt.

Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan dan segala usaha mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan. Amin.

No comments:

Post a Comment