Wednesday, September 14, 2011

Dakyah Yahudi Untuk Memperlekehkan Islam

Baru-baru ni aku buka email dari account office, terbaca satu email yang diforwardkan oleh rakan sekerja bertajuk "RAKYAT KENA GANTI PUASA 1 HARI, GARA-GARA PLANET SATURN". Tergerak hati lak nak baca. So isi kandungnya begini.....


" Khamis, 8 September 2011
SALAH UMUM HARI RAYA, SAUDI BAYAR KIFARAH SATU BILION RIYAL
Akibat tersalah mengumumkan tarikh berakhirnya Ramadhan dan permulaan Syawal, pemerintah Arab Saudi terpaksa membayar kifarah bagi pihak seluruh penduduknya yang keseluruhannya berjumlah kira-kira satu bilion Riyal Saudi.

Sambil memohon maaf kepada rakyatnya, pemerintah Saudi turut mengarahkan semua rakyatnya berpuasa sehari bagi menggantikan puasa yang ditinggalkan kerana Hari Raya Puasa pada tahun ini tidak sepatutnya disambut pada 30 Ogos 2011, tetapi sepatutnya pada hari Rabu 31 Ogos 2011, bertepatan dengan kiraan para saintis di institut penyelidikan astronomi negara tersebut.

Apa yang dilihat dan disangkakan anak bulan Syawal pada hari tersebut rupa-rupanya adalah planet Saturn!

Dermikian dilaporkan oleh AL-JAZERA

Click to Watch out the video "Mistake in Announcing Eid 2011 source- Al Jazeera
Monday, September 5, 2011
Saudi Government admitted their Mistake in Announcing Eid al-Fitr 2011
Saudi government officials have reportedly apologized to their nation and said that..............."

Lanjutan dari email saudara ni terdapat 2 lagi email balas yang mengatakan ketidaksahihan sumber setelah meneliti dan membuat sedikit research. Dan apa yang menarik aku ambil petikan dari Kakak ni pula..


 Al Hujurat : 6
"Wahai orang-orang beriman! Jika seorang yang fasik datang kepada mu, membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan(kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu"


Moral: Jangan suka menforwardkan sebarang berita terutama di email rasmi pejabat...hahahaha


Sekarang ni banyak laman web parody seperti DailySquib, Next Chanel yang sengaja direka untuk hiburan dan kadang agak keterlaluan menghina....so berhati-hati dengan berita yang didengar atau dilihat. Bertindak bijaklah dalam mempertimbangkan sesuatu perkara. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment