Wednesday, October 5, 2011

Kicap Kipas Udang: Original atau Tiruan

Baru-baru ni aku pergi beli kicap kipas udang manis kat kedai runcit berhampiran rumah. Terkejut badak aku dengan harganya yang mahal RM8.00 sebotol untuk 650ml. Selalunya aku beli barang dengan kuantiti yang banyak jadi memang tak perasan sangat dan memang tak ambil tahu sangat harga barang-barang ni. Tapi hari tu aku beli satu barang je..so memang terang lagi bersuluhlah harganya.

Aku tak tanya apa2 pada pekedai tu sebab dia hanya pekerja sahaja dan dia telan scan harga barang tu so mana boleh tersilap. Aku lihat kat botol kicap tu tertera RM8.00 kat labelnya. Jadi aku membuat kesimpulan memang kicap tu dah naik harga dan pekedai itu mengenakan harga "as suggested by manufacturer".

Masa aku pergi Giant, aku survey harga kicap ni. Sah memang dah naik harga, botol besar berharga RM7.99 manakala botol kecil berharga RM5.99. Betapa harga barang naik berganda-ganda keluhku. Terbaru aku membeli barang runcit dekat Pasaraya Meru. Aku sekali lagi terkejut badak, kedai tu boleh jual kicap besar tu pada hara RM5.79 dan botol kecil RM4.79 sebotol. Keliru sungguh! Macam mana harga boleh berbeza dengan begitu ketara..Aku ambil keputusan beli sebotol sahaja kicap yang bersaiz besar.

Kat rumah suamiku buat perbandingan. Terdapat 2 perbezaan ketara dilabel iaitu

Kicap dibeli di kedai runcit
 1. Tanda harga RM8.00
2. Tarikh luput diprint sekali pada label


Kicap yang dibeli di Pasaraya Meru
1. Tiada Tanda Harga
2. Tarikh luput dicetak berasingan.


Bila aku search online berkenaan kicap ni memang ada isu tiruan ni..tapi susah sangat nak bezakan. Penerangan dalam laman-laman tersebut jugak tak sama dengan pengalaman aku. So mana betul?

Untuk rujukan lain...
http://zarafood.com.my/
http://hjfawi.blogspot.com/2011/06/kicap-kipas-udang-habhal-tiruan-di.html

6 comments:

  1. thanks for the info! kena hati2 nih. mak slalu beli kicap cap kipas udang :)

    ReplyDelete
  2. kdg2 serik nak beli kicap kipas udang. penah terbeli yang tiruan :(

    ReplyDelete
  3. Kicap yg tinggi permintaan dan sedap memang menjadi mangsa imitation...sabar je le...

    ReplyDelete
  4. tapi kalau perati, harganya mmg naik sikit2... kitorang mmg selalu beli yang botol besar tu.. walaupun mahal, nak buat macamana.. ada jugak try jenama lain, tapi kalau perasan dia tak sepekat kipas udang.. jadi ada tendency utk letak lebih

    ReplyDelete
  5. Dh lame tak beli kicap kipas udang...tp tibe2 plak suami sy beli kipas udang dua mggu lps....taktau harga brape...sy jenis yg tak tgk harga brg...kalo harga brg naik pun sy tak prasan...

    ReplyDelete
  6. Dh lame tak beli kicap kipas udang...tp tibe2 plak suami sy beli kipas udang dua mggu lps....taktau harga brape...sy jenis yg tak tgk harga brg...kalo harga brg naik pun sy tak prasan...

    ReplyDelete