Wednesday, October 26, 2011

Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser II

Walaupun sudah seakan serik untuk pergi ke Bukit Fraser bila mengenangkan jalannya berliku-liku, kami sekeluarga pergi lagi kesana. Kali ini berlainan sedikit sebab kami sewa satu banglo yang mempunyai 6 bilik. Tarikh 14 Oktober, familiku berserta family adik-adikku Yop, Zura dan Appy telah check-in kat banglo tu.

Perancangan telah dibuat lebih awal, sebab nak booking banglo bukan senang sebab fully occupied. Bila nampak je tarikh yang kosong, my hubby terus booking, tapi cuma dapat sehari je lah. Check-in 14 (jumaat) dan check-out 15 (Sabtu). Segala komunikasi awal seperti program, menu dan tugasan dilakukan menerusi facebook-event.

Semua bertolak dari rumah masing-masing dan bertemu di Meeting point pertama di Empangan Kuala Kubu. Bergambar-gambar kat situ sambil menunggu yang lain. Semua telah berkumpul kecuali Yop, so kami ambil keputusan untuk jumpa sahaja di Gate1 Bukit Fraser. So perjalanan diteruskan..kepala terasa agak berat..pening dek jalan yang berliku2. Sampai je kat gate1, Konvoi kami berhenti sambil menunggu kereta Yop. Sempat semua orang berposing kat situ sehingga Yop sampai. Fakta: Terdapat 2 Laluan sekarang ni iaitu laluan masuk (8KM) dan laluan keluar (jalan yang berasingan sejauh 12KM). Jadi tidak perlu menunggu giliran untuk naik ke Bukit Fraser lagi.



Kami konvoi lagi menaiki menyusuri jalanraya sempit dan berliku tajam menuju bukit fraser dan terus ke rumah peranginan. Sampai di sana jam sudah pukul 1.30ptg. Kami terus check-in dan masak nasi untuk makan tengahari. (Sepatutnya masak dari rumah). Menu tengahari macam-macam sebab kami buat potluck. Aku masak sambal Udang - 2 Kilo cum sambal nasi lemak pagi esok dan puding kastard bersos fruit corktail.Zura masak Sayur Puchok dan saun. Yanny masak ketam bercili dan Yan pulak masak sambal tahun kerang. Minuman aku buat sirap ais..huh Yummy!!!



Menu petang pulak, mushroom soup dan roti perancis  yang disediakan oleh Yanny beserta teh panas. Fuh!!..licin .....Petang, selepas hujan reda kami pergi ke pekan Fraser dan kawasan food court sambil bergambar dan alas perut dengan minuman panas.


Malam acara BBQ, panaskan sate, bakar ayam perap dan makan spaghetti ayam. Cuaca kat luar sejuk betul dan berkabus. Jadi mak-mak budak semua duduk dalam rumah menonton Tahajjud Cinta siri akhir. Kaum bapa berpeluh2 hidupkan api dan kawal api untuk membakar..hasilnya very2 well done..hahaha...

Pagi Sabtu, makan lagi menu nasi lemak sambal udang, sandwich sardin dari Yan. Minum pulak teh panas..fuh lega. Acara pagi tu bermalas-malas, lepak2. Aku dan hubby main badminton tp tak keluar peluhpun huhuhu..Check-out pukul 12 tgh setelah posing beramai-ramai kat depan banglo. Kami bercadang nak naik boat kat Allan Water, tapi tak kesampaian sebab waktu rehat dan dibuka semula pada pukul 2.00ptg. Tak leh le nak tunggu so setelah lepak sekejap kat kawasan rehat (food court) kamipun berkonvoi pulang.

Jalan, ya Allah..nak termuntah dibuatnya. Hubby lak layan selekoh bersaing dengan Appy. Terasa lak macam ber'racing' kat Mount Akina....

5 comments:

  1. Assalam saya nk tnya.. dlm setiap bilik besar/kecil ada tandas x ?tQ :))

    ReplyDelete
  2. semua ada kemudahan masing2 seperti, bilik air n tandas, fridge, tv dsb. Macam bilik hotel gak tp kena bw towel sendiri.

    ReplyDelete
  3. Besar betol banglo ni kan..? ada jugak tengok2 kat website BPH..tp x pernah book lagik...Tq for the info!

    ReplyDelete
  4. Assalam..Ade iron x awk..kite nak pegi bln 11 ni..klau x de nak bwk..tq

    ReplyDelete