Monday, August 13, 2012

Mee Hokkien

Mee goreng ni ringkas dan sedap. Rasanya yang tak pedas pasti menjadi kegemaran anak-anak. Kalau aku masak mee goreng pedas..alamat aku dan suami je yang makan. Tapi kalau aku masak mee ni pasti licin....

Resepi ni aku ambik dari buku kesayanganku..Selera Malaysia Chef Wan..terdapat 138 resipi hidangan Malaysia kegemaran Chef Wan. Tetapi untuk ikut selera, aku tambah dan ubah sikit resepi ni..



Bahan-bahannya

Minyak masak cap pisau 4 sudu besar
Bawang putih 3 ulas (dicincang)
Halia 1/2 inci (dicincang)
Sotong 200g ekor (dihiris) - aku guna 2 ekor je
Udang 200g (dibuang kulit) - aku ambil 6 ekor
Isi ayam 200g (dihiris nipis) - aku ambil 1 ketul dada ayam
Sawi bunga (dipetik)
Kicap pekat 1.5 sudu besar
Sos tiram 1 sudu besar 
Kicap cair 1 sudu besar (aku tak gunapun)
Minyak bijan 1/2 sudu besar (aku tak pakaipun)
Mee Kuning segar sebungkus (aku pakai yang 450g)
Garam dan gula secukup rasa (aku memang tak suka tambah garam sebab mee dah masin)
Untuk basahkan mee aku tambah air panas 1/2 cawan) 

Cara-cara

Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan sotong, udang serta ayam dan kacau selama beberapa minit 
kemudian masukkan semua bahan tadi dan mee dan kacau selama 3-4 minit. Tabah gula dan air panas. Kacau sebati dan hidangkan panas.  

 

Sayur Bayam Tumis Air

Satu lagi menu kegemaran anak-anak aku ialah sayur bayam tumis air. Nak masakpun senang.


Sorry dah cuba rotate byk kali tapi masih jadi cam ni

Bahan2

Satu ikat sayur bayam hijau (Siang dan asingkan batang)
Setengah labu bawang besar
Sejemput ikan bilis (aku guna ikan bilis halus)
Setengah kuib pati ikan bilis
2 cawan air
garam secukup rasa

Cara memasak

Tumbuk kasar bawang bersama ikan bilis. Tumis menggunakan sedikit minyak (1 sudu dah cukup). Masukkan air biar menggelegak. Kemudian masukkan kuib pati ikan bilis dan batang bayam.
Bila batang sudah empuk baru masukkan daun bayam dan kacau lebih kurang 2-3 minit. Tutup api dan angkat. Sayur akan kelihatan hijau dan masih ranggup.

https://web.tradekorea.com/upload_file2/product/980/P00245980/cbe9caa5_56c5fcf0_4f49_43fd_b114_0c6edd5928f6.jpg
Ikan Bilis Halus - pamjang lebih kurang 1-2 cm

Sambal Ikan Tenggiri

Bulan puasa ni macam-macam juadah memikat selera. Walaupun demikian buntu fikiran nak memikirkan apa juadah yang hendak dimasak. Buku resepi dibelek 2 tiga kali..masih tak jumpa resepi yang memikat hati..dan akhirnya resepi sendiri jua jadi pilihan..

Itulah, nak buat macam mana...makan di kedai tak sesedap mana..tak sama dengan air tangan sendiri..akhirnya masak juga le jawabnya. Hehehe..Aku ni walaupun kaki terdengkut-dengkut masak tetap masak!!.

Kali ni aku nak kongsi resepi mudah Sambal Ikan Tenggiri...

Bahan-bahannya.

3 ketul ikan tenggiri (digoreng terlebih dahulu)
1 ulas bawang besar*
3 ulas bawang putih*
5-6 biji cili merah*
5-6 biji cili padi*
Sebatang serai diketuk
garam dan gula secukup rasa
sedikit air asam jawa
1/2 cawan air. (Sukatan ikut suka..jika mahu kering tak perlu bubuh airpun OK)

Cara Memasak

Tumis semua bahan yang telah dikisar * dan serai sehingga naik bau dan naik minyak.
Masukkan asam jawa, garam serta sedikit gula.
Kemudian masukkan sedikit air dan tunggu hingga menggelegak
Akhir sekali masukkan ikan tenggiri dan kacau hingga sebati.
Tutup api dan angkat.

Ha..mudah sungguhkan nak masak sambal ni..dan camni le hasilnya.



Thursday, August 2, 2012

Percutian Keluarga Di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor

Lama sungguh sebenarnya percutian ni, sudah lebih 7 bulan berlalu..tapi takde kesempatan untuk menulis blog dan upload gambar-gambar menarik semasa percutian tersebut. Percutian keluarga ini merupakan percutian keluarga sebelah keluarga yang julung kala diadakan. Memandangkan Farhanah, anak kedua Kak Zizah bekerja kat Resort ni, so kami suruh dia arrangekan semuanya...cuma bayaran sahaja kitaorang settlekan. Pakej 3hari 2malam ni termasuk penginapan, sarapan, lunch dan dinner...so memang relax sungguh dibuatnya.

Keluarga Besar Hajjah Alimah dan Arwah Hj. Abu Hashim (Tiada dalam gambar Famili Abg Saleh dan Mak)
Semua berkumpul di Jati Lumut kecuali keluarga Abg Salleh yang hanya akan datang keesokkan harinya. Lihat le betapa riangnya wajah-wajah mereka ni...




Bilik-bilik kat sini merupakan sebuah chalet kecil yang menempatkan ruang tidur dan bilik air. Boleh dikatakan selesa juga le..tapi kawasan ni terlalu luas and less maintenance. Sebaik sampai tak banyak aktiviti yang dibuat. Semua acara bebas. Hari lak hujan memanjang sampai ke senja. So duduk dalam bilik aje. Malam pulak selepas dinner, kami semua serbu dewan karoake..sempat le 'menyumbangkan' satu dua lagu..hehehe..

Pemandangan lorong chalet

Dinner Time!
Karaoke Session - Muka2 boring!

Hari kedua, pagi-pagi lagi dah nak mandi...budak2 yang paling exited. Apalagi macam2 aksi ada...hahaha..



Selepas lunch p ronda sekeliling pulau dengan menyewa satu van. Sempat le pergi kilang membuat hasil laut seperti satay ikan, keropok, ikan bilis dsb. Selain tu singgah kat, temple Buddha tengok ikan arapaima gigas yg besar (5kaki lebih panjangnya), Kota Belanda dan akhir sekali singgah pekan pangkor untuk shopping!!


Sendat dalam Van Sewa
Kilang Satay


Kota Belanda


Sempat Posing sambil tengok Ikan Arapaima Gigas
@ Pekan Pangkor

Hari ketiga dan terakhir..semua teruja nak balik..Pagi sekali lagi budak2 lepas gian mandi kat swimming pool dan lepas lunch kitaorang check-out dan tunggu bas untuk ke Jeti Pangkor Laut. 

Sedang tunggu bas ..Nenek Limah..fuh bergayanya...
~ Percutian pada 23-25 Disember 2011