Monday, August 13, 2012

Sambal Ikan Tenggiri

Bulan puasa ni macam-macam juadah memikat selera. Walaupun demikian buntu fikiran nak memikirkan apa juadah yang hendak dimasak. Buku resepi dibelek 2 tiga kali..masih tak jumpa resepi yang memikat hati..dan akhirnya resepi sendiri jua jadi pilihan..

Itulah, nak buat macam mana...makan di kedai tak sesedap mana..tak sama dengan air tangan sendiri..akhirnya masak juga le jawabnya. Hehehe..Aku ni walaupun kaki terdengkut-dengkut masak tetap masak!!.

Kali ni aku nak kongsi resepi mudah Sambal Ikan Tenggiri...

Bahan-bahannya.

3 ketul ikan tenggiri (digoreng terlebih dahulu)
1 ulas bawang besar*
3 ulas bawang putih*
5-6 biji cili merah*
5-6 biji cili padi*
Sebatang serai diketuk
garam dan gula secukup rasa
sedikit air asam jawa
1/2 cawan air. (Sukatan ikut suka..jika mahu kering tak perlu bubuh airpun OK)

Cara Memasak

Tumis semua bahan yang telah dikisar * dan serai sehingga naik bau dan naik minyak.
Masukkan asam jawa, garam serta sedikit gula.
Kemudian masukkan sedikit air dan tunggu hingga menggelegak
Akhir sekali masukkan ikan tenggiri dan kacau hingga sebati.
Tutup api dan angkat.

Ha..mudah sungguhkan nak masak sambal ni..dan camni le hasilnya.



No comments:

Post a Comment