"Ujian, bahasanya bisu. Hadirnya tidak terduga. Ada kala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa. Ada kala untuk mengajak kita bertanya, apakah diri sudah terlupa. Ya... terlupa siapakah kita di sisi-Nya...." ini merupakan petikan daripada buku hasil nukilan Ustaz Kazim Elias.
Buku ini merupakan karya sulung beliau dengan kerjasama Karya Bestari. Menarik untuk dibaca, terutama bila ustaz ni merupakan ustaz favourite kita. Jika kita biasa dengar ceramah beliau, jadi bait2 ayat dalam buku ini begitu sinonim dengan kita. Banyak input dalam ceramah beliau diselitkan dalam buku ini. Cara penyampaian yang bersahaja dan contoh-contoh yang biasa kita lalui menjadikan buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat.
Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku seperti MPH dan Popular dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM19.90. Dapatkannya sekarang...tak rugi beli....
Thursday, December 13, 2012
Birthday Dafina & Wafiy
Hari Raya Haji Hari tu kitaorang sambut birthday kedua2 anak saudara aku..Dafina, satu tahun dan Al-Wafiy, dua tahun. Tema pink and blue. Mak Su Nonoi selaku ibu budak berdua tu sungguh beria buat persiapan. Ada hadiah pakaian tercantik, pakaian ikut tema, acara tiup belon dan duduk belon sampai pecah le...tak lupa juga door gift (Sepasang brooch) utk ibu2 yang hadir.
Acara diadakan selepas sembahyang asar, lebih kurang pukul 5.00 ptg. Selain kawan2 mak dan papa aku, saudara dan sepupu yang duduk berhampiran juga dipanggil. Menu..seperti biasale, lauk raya seperti rendang dan lemang, nasi impit dan kuah kacang, puding, dadih dan macam2 lagi. Aku tambah mee goreng dalam menu. Ramai yang memuji kesedapan mee goreng yang aku buat...well...hahahaha...
Overall, sambutan sederhana tapi meriah!!

Birthday Cake |
Birthday Girl and Boy |
Turut Memeriahkan suasana |
Makan Time |
Kawan-kawan Mak |
Papa dan Pakcik Nizar |
Dari Kiri Makwe, Mak Ham, Mak Andak dan Mak |
Keluarga Zura |
Keluarga Appy |
Keluarga Nonoi |
Tuesday, December 11, 2012
Penangan Tanjung Lumpur, Kuantan
Akibat hubby aku teringin sangat nak makan sotong goreng tepung kat Tanjung Lumpur, Kuantan..kami sekeluarga telah bermalam sehari di Bandar Indera Mahkota Kuantan. Sebaik sahaja check-out dari Colmar Tropicale..perjalanan diteruskan ke Kuantan. Tapi sebelum tu kami dah booking "Sri Manja Boutique" hotel melalui AsiaRoom. Saja nak booking hotel baru ..lebih kurang 10 bulan beroperasi. Aku kategori kan hotel ni sebagai hotel budget sebab harganya yang murah. Tapi kalau nak ikutkan starnya kat website..dalam 3 bintang. Kemudahan semua ada kecuali fridge. Aku booking bilik family harga RM214.00 semalam. Terdapat dua katil, satu super single dan satu queen size. Bagi aku kalau setakat untuk tidur hotel ni berbaloi. Terdapat juga swimming pool ditingkat roof top. Masih berbau 'baru' bilik ni..bau kayu..bau cat..bau gam bercampur aduk..pening kepala aku...
Sumber: http://www.srimanjahotel.com.my |
Berbalik semula pasal Tanjung Lumpur ni, malam tu kami dinner kat sana ..dan restoran pilihan kali ni ialah "Ana Ikan Bakar Petai". Mak ai..ramainya orang...sampai susah nak cari meja kosong. Akhirnya dapat juga kami tempat. Apa yang kami order? Seperti yang diidamkan sudah semestinya sotong goreng tepung, Ikan bakar petai (nak cuba sebab ni specialties restoran ni), Ketam Sweet Sour dan Tomyam Seafood. Semua seafood kita pilih dan untuk ikan bakar aku pilih ikan merah.
Sumber: http://shimazahar.blogspot.com |
Sumber: http://www.garmin.com.sg |
Disebabkan terlalu exited dapat makanan. Lupa nak snap gambar..hehe..tapi aku pinjam beberapa gambar dari blog lain untuk tatapan korang. Review masakan: Memang puas hati, Sotong seperti yang diidamkan..Ikan bakar memang sedap...isinya lembut macam dikukus tambah pulak bersirakan pes cili yang lazat...licin aku bedal sorang2...harga pun murah..tapi aku tak ingat....Lebih kurang RM100.00 kot.
Aku sempat le juga snap gambar..satu waktu boring menunggu dan waktu nak balik tapi gambar restoran aje le ...hehehe..
Amelia tengah merajuk... |
Ramai Orang beratur pilih ikan dan timbang |
Gambar Restoran dari hadapan |
Amelia's Graduation and Concert 2012
Pada 18 November 2012 yang lepas, anak bongsu, Amelia telah menerima sijil graduasi setelah menamatkan pengajian selama 2 tahun di tadika Minda Emas. Seperti tahun lepas, acara tersebut diadakan di Auditorium Perpustakaan Tun Raja Uda, Shah Alam pada pukul 2.30 petang.
Ramai ibubapa yang hadir sehingga tak cukup tempat duduk menyebabkan ada yang duduk atas tangga. Mana taknya, bukan ibu-bapa sahaja yang hadir malah..adik beradik, atuk, nenek pakcik dan makcik pun ada yang hadir sama. Hehehe..begitu le terujanya mereka ingin melihat sicilik beraksi di pentas.
Acara dimulakan dengan penyampaian sijil graduasi untuk pelajar 6 Years dan Amelia adalah antaranya. Tidak seperti tahun lepas yang mana pelajar duduk diatas pentas, kali ini pelajar yang menerima sijil beratur turun dari tangga ke pentas.
Selepas acara kemuncak selesai tibalah masanya acara persembahan daripada pelajar-pelajar bermula dari kanak-kanak berumur 3-4 tahun dengan pakaian beragam mereka. Kemudian dari kanak lelaki 5 tahun, kanak2 perempuan 5 tahun, diikuti kanak-kanak lelaki 6 tahun dan kanak-kanak perempuan 6 tahun.
Amelia tidak terkecuali dari menyertai persembahan ..apalagi menari dalam Tarian Kipas le dia..tak sangka...tarian lancar dan semua pelajar ingat steps. Nak tengok..sedutan tarian..play video dibawah.
Tengok bergaya sungguh dia menari.....
Gambar dibawah ni pulak ialah acara kemuncak akhir concept dimana pelajar2 dan guru2 berkumpul...Sekian.
Ramai ibubapa yang hadir sehingga tak cukup tempat duduk menyebabkan ada yang duduk atas tangga. Mana taknya, bukan ibu-bapa sahaja yang hadir malah..adik beradik, atuk, nenek pakcik dan makcik pun ada yang hadir sama. Hehehe..begitu le terujanya mereka ingin melihat sicilik beraksi di pentas.
Acara dimulakan dengan penyampaian sijil graduasi untuk pelajar 6 Years dan Amelia adalah antaranya. Tidak seperti tahun lepas yang mana pelajar duduk diatas pentas, kali ini pelajar yang menerima sijil beratur turun dari tangga ke pentas.
Beratur turun dari tangga |
6 Years Students |
Tunggu Giliran |
Amelia menerima sijil graduasi |
Pakaian Beragam Kanak-kanak 3-4 Tahun |
Cowboy Dance - Lelaki 5 Tahun |
5 Little Ducks - Girls 5 tahun |
Nasyid - Boys 6 Tahun |
Tarian Kipas - Girls 6 Tahun |
Persembahan Khas - campuran |
Tengok bergaya sungguh dia menari.....
Gambar dibawah ni pulak ialah acara kemuncak akhir concept dimana pelajar2 dan guru2 berkumpul...Sekian.
-Minda Emas- |
Wednesday, December 5, 2012
Colmar Tropicale French-themed Resort (Part 2)
Menginap satu malam di Family Room yg boleh accommodate 4 adults ..emm lebihpun ok. Bilik besar termasuk 2 katil super queen, satu ruang tamu dan ruang makan. Selesa memang selesa. Breakfast coupon for 4 adults juga termasuk dalam pakej ni. Harga satu malam lebih kurang RM441.00.
Petang seperti biasa bawa budak2 mandi swimming pool yg terletak di bangunan hujung resort. Luas juga poolnya.
Seperti yang dijangka petang tu hujan. Jadi tak ada aktiviti tak dapat dijalankan melainkan tidur. Pagi esoknya barulah dapat bergambar sekitar resort. Pemandangan cantik ala2 Perancis.
Bilik Kami Ghazania, Tingkat 1 |
Bilik Kedua |
Bilik Utama |
Ruang Makan |
Petang seperti biasa bawa budak2 mandi swimming pool yg terletak di bangunan hujung resort. Luas juga poolnya.
Mandi Manda |
Pemandangan dari Lobby |
Colmar Tropicale French-themed Resort (Part 1)
Percutian mengejut kali ni adalah di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi bertemakan kota Perancis. Kami pergi pada kemuncak cuti iaitu antara cuti Deepavali dan satu Muharram. Bilik semua penuh dan kawasan sekitar hotel begitu pack sekali.
Memandangkan cuaca sering hujan terutama sebelah petang, kami sekeluarga bertolak dari awal pagi lebih kurang pukul 8.30 pagi untuk mengelakkan hujan. Jadi kami sampai agak awal lebih kurang pukul 10.30 pagi. Mula-mula kami lawat Taman Arnab..indah khabar dari rupa..tak bestpun. tapi bolehlah....
Lepas tu kami pergi pulak Japanese Village dan Taman Botani. Kawasan ni sebenarnya berhampiran. Tapi nak menuju ke tempat ni kita kena park kereta jauh dan mendaki tangga dan bukit pulak tu. Sakit kaki aku yang dah tentunya sakit ni. Tapi aku berjaya jugak lakukan!!
Lebih kurang pukul dua petang kita orang check-in hotel Colmar Tropicale...tapi mak ai..bilik masih takde yang kosong lagi..semalam hotel fullhouse..so ambik masa utk housekeeping kemas. Masa tu hujan dah mula turun. Kawasan lobby dah mula crowded dengan in-house guests dan pelawat luar. Kawasan hotel ni bercampur tu yang sesak tu. Tapi untuk meredakan keresahan guest yg menunggu bilik masing-masing pihak hotel menyediakan minuman ringan yg terdiri daripada orange just, kek and popiah.
Dalam pukul tiga baru kami dapat bilik. Itupun setelah pergi ke kaunter. Mula2 hanya satu bilik je yang ready. Tapi masak kami masuk housekeeping mula mengemas bilik yg satu lagi. Wow..besar jugak bilik ni. Untuk cerita lanjut tunggu post seterusnya....

Subscribe to:
Posts (Atom)