Tuesday, April 2, 2013

Percutian Keluarga di Felda Residence Hot Spring, Sungkai



Perancangan cuti bersama keluarga Hj. Shafi'i dan Hajjah Nor Zaiton sudah lama dibuat tapi masih tidak terlaksana sepenuhnya memandangkan kesukaran mencari tempat yang sesuai. Kami adik beradik bercadang untuk menganjurkan percutian bersama ini di Felda Hot Spring, Sg. Klah Sungkai pada akhir tahun 2012. Namun niat terpaksa dibatalkan kerana venue yg dicadangkan telah penuh ditempah. Tarikh tersebut kami anjakkan pada cuti sekolah bulan Mac iaitu pada 24 Mac 2013 hingga 26 Mac 2013 dan alhamdulillah impian semua terlaksana.

Kesibukan persiapan telah bermula pada hari sabtu iaitu sehari sebelum percutian dimana semua adik beradik kecuali Yop dan Nonoi berkumpul di kampung. Selepas menghadiri majlis perkahwinan Noraini Osman, sepupuku dibelakang rumah emak, aku membantu Yan, adik iparku membuat apam polka dot. Emak aku seperti biasa telah menyiapkan hidangan kuah kacang dan nasi impit. Rendang daging pesanan adik aku Nonoi yang sedang mengidam juga telah dibuat untuk dibawa keesokan harinya.Satay juga telah siap ditempah oleh papa aku. 

Pada hari Ahad, setelah Nonoi dan family tiba, kamipun berangkat ke Felda Hot Spring menaiki empat buah kereta, 3 MPV dan sebuah kereta biasa. Sebaik tiba di sana dan setelah check-in kamipun menuju ke villa yang ditempah yang terletak agak jauh dari kawasan hotel. Villa ni terletak di dalam kawasan waterpark sendiri. Oleh itu kami semua tidak memerlukan pelekat tangan untuk masuk ke waterpark. Hanya tiga kereta sahaja dibenarkan masuk ke dalam kawasan tersebut jadi sebuah kereta terpaksa diletakkan di tempat letak kereta awam yang disediakan. Bagi pengunjung, terdapat trem yang menghubungkan antara tempat letak kereta dan waterpark.


Villa kami villa no. 18 merupakan villa terakhir yang terletak tidak jauh dari taman air gunung. Villa agak selesa dengan 3 bilik yang dilengkapi bilik air setiap satu. Ruang tamu memisahkan ketiga-tiga bilik ini dan juga terdapat ruang dapur yang agak luas. Dihalaman tertutup terdapat jakuzi air panas yang cukup menarik. Tapi kelemahannya habis lantai villa basah disebabkan budak-budak keluar masuk selepas berendam.

Private Jacuzzi in the house


Pada malam hari kami sempat ber BBQ di kawasan yang telah disediakan. Meriah..dari menghidupkan api sambai le menunggu ayam bakar masak.

Siksa nak menghidupkan api
Budak2 sempat ber'posing' dikawasan BBQ
 Malam hari, lepas makan, semua melepak sambil tengok TV dan berendam dalam jakuzi. Selain itu kaum ibu berborak dan kanak-kanak bermain games dan berlari berkejaran.



 Keesokan pagi selepas bersarapan, 6 vouchers diberikan as complimentary jadi ada yang bersarapan dirumah dan juga di hotel. Tengahari pula kami makan tengahari di rumah adik papaku, Pakcik Anjang di Felda Trolak Timur. Lama sudah kami tidak berkunjung kerumah beliau sampai sesat dibuatnya dan akhirnya pakcik aku ambil kami di depan dewan orang ramai berhampiran rumahnya.

Dalam Perjalanan
Menjamu Selera
Dua Beradik, dari kiri Pakcik Anjang dan Hj. Shafi'i, papaku

Walaupun pada sebelah pagi telah berendam, setelah pulang, peluang untuk berendam lagi tidak disia-siakan maka kami bersiap sekali lagi untuk pergi mandi di waterpark. Semalam sudahlah terperangkap dalam hujan lebat dan kilat dentum berdentum. Nasib baik kami dapat berteduh di Cafe berhampiran. Kecut perut bila berada diluar rumah dalam keadaan macam ni. Jadi untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang kami keluar agak awal untuk mandi. Walaubagaimanapun hujan tetap turun, dan kami bergegas pulang sebab takut terperangkap lagi.

Disini dipaparkan serba sedikit gambar waterpark yang terbahagi kepada dua bahagian, Taman Air Gunung dan Taman Air Panas untuk tatapan semua.








Pada hari Selasa, sebelum berangkat balik, sempat juga kami semua bergambar. Memandang semua barang sudah di masukkan dalam kereta, Tripod tidak dapat dikeluarkan maka terpaksalah khidmat cameraman digunakan. Kuranglah seorang dalam gambar keluarga sebagai kenangan. Pada kali ini keluarga Yop tidak dapat menyertai rombongan kami jadi gambar keluarga besar Hj. Shafi'i dan Hajjah Nor Zaiton tidak lengkap. Sebelum balik, kecoh dibuatnya apabila duit RM300 yang diberi oleh Nonoi kepada Zura tidak dijumpai. Tapi Alhamdulillah akhirnya jumpa didalam tong sampah. Rezeki yang halal kata orang insyaallah akan  dijumpai juga. Alhamdulillah percutian yang dirancang telah berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat!! LOVE U ALL.


3 comments:

  1. wah bestnya eyna:berapa sewa per nite ye?

    ReplyDelete
  2. Ikut harga staff RM600 semalam, Kalau tak dalam RM1000 jgk.

    ReplyDelete