Pertama kali anak-anak dara aku sebut nama kedai ni dan tunjuk gambar di Instagram teruja juga aku. Saja melayan kerenah anak-anak yang sedang membesar dan ikut trending masa kini.
Wicked Wardrobe ni, dimiliki oleh seorang student yang pada mulanya membuat jualan dibazar2 dan secara online. Kedai pula hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja bermula pada pukul 12.30 p.m hingga 9.30 p.m. Alamat store ni B07-18 Empire Subang Soho
Susah sungguh nak mencari store ni hingga terpaksa bertanya pegawai di information counter yang terletak di tingkat UG, Empire Subang Jaya. Ingatkan kat level B, tapi takde level B cuma yang ada BI dan B2 je..hahaha..tricky sungguh. Akhirnya selepas bertanya pegawai kaunter baru le tahu, bahawa ia terletak di tingkat 7 bahagian SOHO. Sebagai panduan dari information kaunter cari Murad skin specialist dan belok kiri hingga terjumpa lift yang dijaga oleh pegawai keselamatan, Untuk keatas, perlu mendapatkan pas pelawat dan kemudian baru naik lift ke tingkat 7. Keluar dari lift, belok kiri dan anda akan jumpa store wicked wardbrode....
|
Pelbagai pilihan Bag pack |
|
Lampu deco ditangan |
|
Baju ditingkat atas |
|
HP cover and accessories |
|
Trendy Bags |
Anak-anak aku memang teruja dengan barang2 yang ada..sempat ler diaorang sambar beg seorang satu. Kalau ingin membeli secara online boleh pergi ke
http://instagram.com/wickedwardrobe
Sebelum tu kami menjamu selera di Empire Serai..orang ramai menunggu giliran tapi rasa sedap dan menyelerakan. Tentang harga ..emm agak mahal!!
|
Butter Prawn, Chicken Mango & Tomyam Seafood
|
samalah anak ct suka benar shopping kat instashop..trending kata depa..
ReplyDeleteAnak muda..zaman kita lain hehe..
Delete