Tuesday, February 18, 2014

My First LV

Bertahun-tahun keinginan untuk menukar handbag memuncak. Cari punya cari masih tak berjumpa yang berkenan di hati. Setiap kali shopping mesti singgah bahagian handbag atau pun handbag stor, belek ini tak berkenan, belek itu pun tak berkenan. Nak beli handbag apa pun aku tak tahu. Bila masuk kerja mulalah boring dengan handbag yang sedia ada. Couch aku pun dah mula lusuh..dan comot. Usianya pun dah mencecah 3 tahun. Bag Bonia aku lagi le..dah hampir 5 tahun kot...itupun aku masih pakai dan tukar-tukar.

Impian untuk memiliki LV memang sudah terpendam sekian lama. Target aku untuk membelinyapun dah makan tahun. Niat di hati nak beli kat Paris konon..dapat murah sikit!! Yer ke murah!! Paris masih belum kujejaki dan tak tahu bila akan pergi kesana.

Niat ini aku suarakan kepada rakan kerjaku, Rosmiza. Dia setuju untuk sama-sama survey harga dan jenis handbag di LV Boutique @ The Garden, Mid Valley. Jumaat lepas, memandangkan tempoh lunch yang panjang dari 12.15 ptg higa 2.45 ptg, aku dan Ros berkesempatan pergi kesana. Survey punya survey terjumpalah model yang menepati citarasa dan harga pun menepati budget yang ada. Tapi aku kena KIV dulu..kerana perlu mendapatkan keizinan suami walaupun aku guna duit aku sendiri. Maka aku balik dengan tangan yang kosong dengan iltizam akan datang semula hujung minggu ini.

Aku suarakan niat dihati kepada suami dan jawapannya YES!..Sambil tu aku dan suami survey lagi model dan harga di internet disamping layaran laman web rasmi LV http://www.louisvuitton.co.uk/front/#/eng_GB/Homepage
Terdapat juga jualan di internet dengan harga yang sedikit murah berbanding boutique tapi aku tak berani takut terbeli imitation tapi harga original. Di MUdah.com pun ada jual yang terpakai.

Akhirnya pada Ahad lepas, 16 February 2014 aku bersama suami pergi membeli handbag idaman, Neverfull MM di Mid-Valley.

Neverfull MM 



3 comments: