Saturday, February 21, 2015

Laut Mati, Jordan (Dead Sea)

Laut Mati merupakan tasik air masin terletak diantara sempadan Jordan dan Tebing Barat. Laut Mati sering kali dikaitkan dengan kisah Nabi Luth. Melalui bahagian Jordan, kelihatan dikejauhan Tebing Barat. Kedudukan pantainya, merupakan kawasan paling rendah didunia iaitu pada 394.6 m (1269 ft) dibawah aras laut. Perjalanan dari Amman Jordan mengambil masa lebih kurang 3 jam dengan melalui permukaan bumi yang tandus serta gurun yang dihuni oleh unta-unta dan desert shrubs.
Laut Mati dari pandangan atas: Sumber - Google Map
Kami berada di Jordan pada 11 Disember 2014 selepas menaiki pesawat Royal Jordan dari KLIA hampir 13 jam. Setelah sampai dan berehat seketika di hotel transit kami iaitu Amman Airport Hotel, kami memulakan perjalanan menaiki bas dengan diiringi oleh seorang pemandu pelancong dan seorang anggota polis pelancong. Cuaca diluar hotel pagi tu agak sejuk dimana Musim Sejuk telah bermula. Cuaca pagi itu lebih kurang 16 darjah C dengan angin sejuk yang boleh mencengkam hingga ketulang. 





Destinasi pertama yang dituju ialah Ashabul Kahfi, kemudiannya pergi membeli belah di kedai souvenir menjual pelbagai produk laut mati. Matawang Jordan sangat tinggi, iaitu 1 Jodanian Dinar  bersamaan RM6. Mak ai..mahalnya semua kena kali 6. Nak membeli kena fikir banyak kali. 



Selepas membeli belah, perjalanan diteruskan menuju laut mati. Pemandangan kiri kanan amat cantik sekali sebab ia merupakan pengalaman baru kami menyusuri gunung ganang yang tandus, berpasir, guru-gurun kecil dan sekali sekali bertemu wadi-wadi yang subur.





Perjalanan menuruni bukit bukau dan mungkin gunung ganang dengan sistem pengangkutan yang agak baik bagi memudahkan pelancong mendapat access ke kawasan pelancongan Laut Mati. Terdapat beberapa hotel sekitar pantai termasuk Movenpick Resort & Spa Dead Sea, Hilton, Marriot dsb.




Terdapat kemudahan awam disana seperti tempat shower, tandas dan tempat persalinan. Untuk menuju pantai kita terpaksa menuruni pasir-pasir halus yang seluas mata memandang. SUBHANALLAH..tidak boleh digambarkan dengan perkataan bagaimana cantiknya ciptaan Allah ini..keluasan Laut Mati seluas mata memandang dan hanya dipisahkan oleh Tebing Barat, Isreal, Angin laut yang sejuk bertiup kuat. Sejuk amat terasa walaupun memakan jaket. 

Tepian pantai agak cetek dan dipenuhi oleh batu-batu kerikil yang agak tajam. Niat untuk berendam terbantut akibat kemalasan sendiri untuk menukar baju dan bersalin kemudiannya. Kami anak-beranak hanya mencecahkan kami dan bergambar dipesisiran. Hanya Amelia sahaja yang merendamkan dirinya. Terdapat ramai yang berendam dan mengaut lumpur. Lumpur perlu dikaut keluar dibawah batu-batu yang ada. Disini ketumpahan garam amat tinggi dan kemasinan air lautnya mendegungkan telinga bila aku cuba merasanya. Tahap kemasinannya menempatkan ia sebagai air kedua termasin di dunia selepas Laut Asal di Djibouti. Kesan garam melekat di kaki, tangan dan baju.







Batu-batu disana dipenuhi dengan garam dan mendapannya. Dan amat mengejutkan mendapan garam ini membentuk seakan-akan karang yang melekat dibatuan. Pengalaman disini amat indah sekali yang tetap disimpan dalam memori kehidupan. 



Memandangkan musim sejuk, waktu siang amat pendek dan maghrib lebih kurang pukul 5.30 ptg waktu Jordan, kami memutuskan untik terus pulang ke hotel. Walaupun mengikut perancangan ingin melawat makam Nabi Shuib yang terletak di pekan Mahis, Jordan. 

Maklumat Lanjut Berkaitan Kisah Nabi Luth dan Mesteri laut mati boleh klik sini

 


Saturday, February 14, 2015

Kisah Ashabul Kahfi


Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri kedalam gua
Demi menyelamatkan iman

Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhu

Begitulah kuasa Ilahi
Kepada ashabhul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulah dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dijanjikan surga
Qitmir yang mulia



Begitulah bait-baik lagu Ashabul Kahfi kisah tujuh pemuda yang beriman yang melarikan diri kedalam gua untuk meyelamatkan diri dari kekufuran kaumnya yang menyembah berhala dan rajanya yang zalim. Kisah ini sebenarnya berlaku di Amman, Jordan. 


"Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.


Kahf Ahlil Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di dalam Surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah melarikan diri ke sebuah gua dan Allah menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun.
Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)"

Petikan ini diambil dari blog Membuka Pintu Minda Anda, http://nh5471.blogspot.com/2013/11/kisah-ashabul-kahfi-7-pemuda-tertidur.html.

Satu lagi kisah Ashabul Kahfi melalui penceritaan Saidina Ali http://tigosotigo.blogspot.com/2009/07/saidina-ali-menceritakan-kisah-ashabul.html

Kesempatan melawat Jordan tidak kami sesia-siakan. Destinasi pertama yang kami tuju ialah gua Ashanul Kahfi. Gua ini telah dijadikan makam dan ditutup sentiasa kecuali dengan kebenaran. Ini bagi mengelakkan berlakunya amalan kurafat dari umat islam yang terlalu taksub. Terdapat tujuh buah makan didalamnya serta terdapat tinggalan bikar-bikar yang diperlukan sewaktu pertapaan. Dikatakan kubur anjing yang dijanjikan surga itu terletak betul-betul dipintu gua tersebut. MAri lah kita sama-sama ambil iktibar dari kisah ini. 


Makam ini terletak bersebelahan dengan Masjid Ashabul Kahfi dan dikelilingi oleh pohon-pohon zaitun. Cuaca disana waktu lawatan kami sekitar 14-16 darjah celcius, cukup nyaman sekali. Bumi Jordan juga amat tandus yang dikililingi bangunan-bangunan batu senada warna tanahnya. Di sepanjang perjalanan kami terdapat ladang-ladang zaitun dan ianya merupakan sumber eksport utama negaranya.

Mengikut fakta, tulang-tulang  tersebut dijumpai pada 1963 didalam gua. 
Masjid  dan Gua Ashabul Kahfi
Bersama Rombongan disekitar kawasan Gua Kahfi

Cave of The Seven Sleepers
Pemandangan sekitar Amman Jordan


Sunday, February 8, 2015

Kerinduan Pada Baitullah


Betullah kata orang tua-tua, kalau kita pergi sekali kita nak pergi lagi berkali-kali. Bila teringat sahaja tanah suci, Mekah..kerinduanku pada Baitullah memuncak..terbayang-bayang Kaabah yang seakan2 melambai-lambai. Sungguh bagai dikata.."Rindu Serindu Rindunya".

Kami sekeluarga pergi ketanah suci pada 10 Disember 2014 hingga 24 Disember 2014 bersama rombongan De Mawardah Sg. Besar kelolaan bapa mertua adik aku Z. Perjalanan dari KLIA-Bangkok-Jordan amat memenatkan. Transit di Jordan lebih kurang 20 jam, jadi kami ambil kesempatan yang ada dengan lawatan ke Ashabul Kahfi dimana kisah 7 pemuda yang tidur di dalam gua selama 309 tahun. Di sanalah jasad 7 pemuda yang beriman bersama anjingnya dikebumikankan. Kasih ini akan aku ceritakan di post yang akan datang.

Berbalik pada kerinduanku ini, rombongan kami tiba ke tanah suci Mekah pada 18 Disember 2014 setelah ziarah Madinah. Mekah sebuah kota suci yang penuh dengan habuk debu akibat tangan2 manusia yang inginkan pembangunan. Begitu juga dengan Kerajaan Arab Saudi yang ingin memastikan tetamu Allah mendapat keselesaan untuk beribadat dari masa ke semasa.


Lihatlah bertapa ramai manusia kat sana. Kalau ikutkan tak celuh kita nak masuk dan tawaf. Tetapi dengan kuasa Allah. Mudah dan lapang laluan untuk kita. Subhanallah!! Kerinduanku memuncak, seakan Kaabah melambai-lambai dan mengamit ku, semuanya dengan keizinanMu yang Allah untuk aku menjadi tetamuMu lagi.

Hanya ada sebuah pintu utama dibuka "King Fahd Gate"..yang lain ditutup untuk renovation