Sunday, July 4, 2010

Bercuti ke Pantai Timur - Terengganu - Kelantan (Day 5)

Hari ni merupakan hari terakhir aku kat Kelantan..selepas sarapan, temankan budak2 mandi swimming pool..(aktiviti yg paling malas) Kalau tak diikutkan, merengek dan memekak le diorang. Sementara menunggu hubby check-out & ambil kereta kat basement..sempat le snap beberapa pose di lobby.


Untuk melengkapkan percutian yang dirancang, kita orang pun pergi ke Rantau Panjang, Konon nak beli pinggan mangkuk, periuk belanga dan macam2 lagi..tapi bila sampai kat sana minat nak membeli dah pudar..bila mengingatkan semua barang yg nak dicari sudah ada dirumah..at last beli gak satu periuk sederhana besar jenama Eagle..RM75 ..Interest dah berubah mengikut peralihan umur & lifestyle kot, sebab tu le bila p kat sana macam boring je..masa tu waktu dah pukul satu, tapi tak de pun warung/restoren yg menyelerakan..so perjalanan diteruskan ke Jeli sebelum memasuki Jalanraya Timur Barat ..Jeli-Gerik. Memandangkan nanti perjalanan yang masih panjang, dan tidak semestinya jumpa kedai makan sepanjang jalanraya Jeli - Gerik , kami singgah makan di bandar Jeli...nampak ramai org ..menjadi faktor persinggahan. Masuk je kedai makan nasi dengan ikan goreng, ikan sambal, sayur...bla..bla. Tapi yg boring tu, kucing dan ayam berkiliaran bwh meja,..huh scary sungguh!! Dah lah tu tak de air utk basuh tangan pulak..Tu le fenomena kedai2 melayu..

Lepas makan terus bertolak, sepanjang perjalanan banyak signboard yang tertulis, awas kawasan gajah melintas...syok jugak kalau tertembung..dapat tengok gajah secara life. "Masih ingat lagi waktu, anak dara dulu, papa bawak p Bukit Bunga, perjalanan balik jumpa 3 ekor gajah..". Menjejaki kawasan tertinggi di semenanjung, Puncak Banjaran Titiwangsa!! Singgah lagi sembahyang kat kawasan rehat..huh tempat ambil air sembahyang berlendir2..gelinya nauzubillah..



Perjalanan diteruskan lagi hingga ke Tasik Banding. Berhenti berehat dulu makan burger dan bergambar sebagai kenangan. Cadang nak menginap di Tasik Banding Belum Resort tapi macam tak best je, hati dah ingat kat rumah so teruskan perjalanan ke Teluk Intan melalui Gerik, Kuala Kangsar, Ipoh ....Teluk Intan. Singgah makan malam di Perhentian Sg. Perak (Highway Plus Utara - Selatan).
Lega bila sampai kg. kul 10.00mlm.

1 comment: