Saturday, December 26, 2009

Storm Warrior 2


Dulu time muda2 memang minat gak komik ma wing shing ni...10 tahun dulu pon ada tgk citer part 1 dia..walau tak berapa follow sgt jln cite komik tp kira ok la cite part 1 dulu tu..
Kini..selepas lebih 10 tahun..maka keluar la part 2 dia..so kitorang pon pi ler tengok..mana tau best lagi kot dari part 1...
Dah la masuk panggung lewat 5 minit..biasa citer tak start lagi...ni cepat pulak startnya...masuk2 bedebak.bedebuk begaduhnya...watak l kurang mcm komik la..atheis jati..atheis kuntum..pendekar tanpa nama..memang gempak la cgi dan fight nya..tp yang paling best bila tgk ustaz akhil hay kita berlakon jadi tanpa nama..memang sebijik ngan rambut rebonding dia tu...
tgk tu ustaz kita yg paling kiri tu...

gadoh punya gadoh..ketua jahat pon mati...terus citer tu jadi gila...dekat sejam lebih penjejak awan ngan badai bergadoh..letih sungguh...gadoh dlm fikiran..gadoh betul2...memang letih ler...jalan citer entah kemana...yg dia tahu gadoh sampai abis cerita....memang hampeh sungguh citer ni..baik beli komik je dari buang duit tgk citer nih.....

Wednesday, December 23, 2009

Drop The Pink Elephant

Very interesting book to read. The Pink Elephant is the metamorphic in expressing our feeling or thought. The book highlighted do and don't in communication.The author tried to explain 15 interesting ways on how the pink elephant can be dropped.

New Replacement Cambodian Maid

Just received new replacement of my cambodian maid on Saturday 19. Her name is Amnas, 25 years old. She is very energetic, non stop working. Pity her..always busy doing the housework. She willing to do anything and learn new things.In term of language - still same with my previous, cannot communicate well but she understood what I'm said.

Friday, December 18, 2009

CIMB BLR - 2.0%

When CIMB offered OD chargers to us, it was at BLR-1.25%. As we all know, CIMB had offered OD chargers of BLR-2.0% in Oct - Nov 09. Now the interest has been increased to BLR-1.65%. I managed to get the promotion offer of BLR-2.0% simply by sending a short letter to them.

Moral of the story ....we have to move fast to grab the opportunity ...or we have nothing!!!

Maid Baru Kemboja

wawawawa...sedih dpt maid dari kemboja ni. Namanya You Sam ...dah le tak tau cakap melayu..nak communicate memamg susah. Kerja pulak slow sangat...yang dia tau makan, makan, makan...amount pulak tu masyaallah...macam 'membela'! Amelia memang tak suka .. maid asyik kena marah je ngan boss kecik ni..



Maid kemboja ni memang menguji kesabaran..kebersihan sendiripun tak terurus..camna nak jaga satu rumah. Tak sampai sebulan I dah hantar kat ejen. Ejen pun dah confirm budak ni slow tp ada kemahuan buat keje...Jadi utk tidak menambahkan dosa kerana asyik marahkan dia aje...I minta tukar, tak tau le yg bru ni...macam mana lak. Harap2 ada keserasian dua2 pihak. Insyaallah....

Monday, October 19, 2009

Maid Oh Maid...

Dah lama menyepi...agak sibuk bulan puasa dan lepas raya...Maid lari le pulak. Kita punya baik layan dia..endup lari gak. Tu le, maid ni memang tak leh percaya semua pura-pura.
Lama gak le dia kerja lebih kurang 10 bulan. Sikit2 dia keluar duit dia, alasannya bumbung terbang le, buat kenduri arwah le, adik nak pinjam buat downp le...seribu macam alasan. Saya pun tak banyak tanya coz dah percaya. Tu le kita ni mesti ada syak wasangka sikit dengan maid ni..kalau tak camni le jadinya. Yang paling penting...jangan bagi hp..tu le punca segala masalah. Lepas ni mungkin lebih berwaspada. Nak tengok muka maid yang pandai auta ni...kalau ada terjumpa mana2...terus report polis...biar kasi tangkap hantar balik kat Indon....heheee baru puashati.
Tengok tu siap posing maut dekat rumah mak saya...
Butiran lengkap dia..
Nama: Eni Devi Nasti
Umur: 19 thn.
Asal: Medan
Agen: Ramli Manjung (Black list ejen penipu besar ni)

Saturday, August 22, 2009

Super Rempit OD-ASB + CIMB Short Term ASB Loan



Wokeh..posting kali ni serius sikit...kaedah camner nak jadi kaya cepat aka kaedah nak maksimakan simpanan asb cara rempit...
Setelah puas kaji dan baca serta cuba paham kaedah2 yg sifu2 kat forum2 spt Bicara Jutawan, Bebas Hutang dll lagi bincangkan ...maka timbullah idea nih....

Katakan.....kita ada simpanan ASB =60k...dan duit tu mmg takmo usik pon...jika kita biarkan duit tu dlm asb maka pulangan setahun jika div asb=7% pd hujung tahun kita akan dpt rm 4200... nilah kaedah biasa yg org amalkan....lambat nak kaya kalau guna cara nih..

Patutnya duit ASB=60k tu diconvert jd sijil pastu kita cagar kat CIMB cthnya utk OD-ASB...jika CIMB 90% dr nilai sijil akan diberi..maka kita ada OD Cash 54k.

Katakan 40k dr OD tu disimpan balik dlm ASB ..simpanan ASB kita dah jadi 60k(sijil) +40k cash =100k..tiap2 ujung tahun jika asb div=7% kita dapat RM 7000 div.

Tp jgn lupa OD Interest...utk 40k yg kita guna utk invest balik tu...interest sebulan lkurang RM143 sebulan ...iaitu RM 143x12=1716 setahun...jgn lupa jugak interest OD ni bole dibayar olh div sb 40k yg kita invest balik tu 7% x RM 40k =rm 2800..malah ada lebihan
RM 2800-rm1716 =1084 setahun...dan jgn lupa kita masih ada duit OD 14 k yg belum diguna lagi....

Duit OD lg 14k tu jgn dibiarkan saja..kita invest lg...camner..ni le nak ajar ni...
Skrg ni ASB loan CIMB tgh promosi interest 3.75% utk 2 tahun pertama dan blr-1.76 utk tahun ke 3 dan lock in period 3 tahun jer....
Utk pinjaman 100k selama 20 tahun sebulan kena bayar lkurang rm 610sebulan iaitu 610x12=7320 setahun...utk tahun pertama kena guna duit sendiri pasal div pinjaman 100k tu tak kuar lg..bayaran 7320 tu bole dibayar guna lebihan duit OD tadi...maka kita masih ada 14k -7320=6680 .. baki duit OD yg masih boleh dijoli...

Utk pinjaman ASB loan utk tahun kedua dan ketiga bole dibayar sendiri olh div asb loan 100k tu...iaitu kira2 RM7000 setahun...kalau tak cukup tambah ler duit sikit...takan nak untung jer kan....yg syoknya..kita bole buat jual balik sijil ASB loan tu pd hujung tahun ketiga jika BLR meningkat balik dan kita masih ada untung bersih lkurang 10k (untung 4% setahun x 3 tahun - denda 1% - MRTA)

So secara keseluruhan duit ASB dari 60k td dah berkembang jd 200k dlm sekelip mata iaitu
60k(sijik) +40k(cash) +100k(sijil) +RM6680 yg kita bole joli....

*utk makluman kiraan diatas secara lebihkurang jer..letih nak nak tulis detail2 ni...jika masih tak paham tanya kat ruang comment kat bwh tu.....

Wednesday, August 19, 2009

'Lorenzo Dining Table' Menyambut Ramadhan

Setelah hampir setahun mencari pengganti meja makan lama 4 kerusi yang comel, akhirnya berjumpa juga dengan idaman hati...bukan Cavinzi, Cellini, tapi Lorenzo.
meja lama 4 kerusi, masih cantik..(utk di jual RM500 nego)

Meja ni sekarang diletakkan didapur, jatuh taraf sikit, masih cantik dibuat dengan kayu getah, tahan lasak dan tahan bebanan...Jenama 'Kluster' export Q. Beli dgn harga RM1100. Masa beli tu duduk kat apartment so ruangan terhad. Bila pindah dstorey, meja menjadi semakin kecil...kesan effect ruang.
Bukan senang nak cari meja makan yang memenuhi kriteria berikut:
  • meja mesti lah lebih besar
  • kerusi > dr 4
  • mengekalkan konsep zen
  • sesuai dengan konsep rumah keseluruhan
  • cantik dan bergaya
Hampir setahun keluar masuk kedai (tak le intensif sangat) akhirnya berjumpa juga dengan meja makan pilihan itupun secara kebetulan p shopping kat Sunway Piramid. Masa berjalan dari Parkson ke Jusco ternampak 'Sale' di Lorenzo so saja2 je ajak husband jengok...dan terjumpa le Meja makan idaman. Petang tu juga suruh diorang hantar...Lepas diletakkan di dining hall ni le hasilnya......
pandangan dari atas

pandangan sisi

pandangan dari dapur



Suzuki Swift 1.5 vvt Auto

29 Mac 2009, kami dapat Suzuki Swift 1.5 keyless yg ditempah dlm masa seminggu. Warna pilihan adalah warna biru...Menurut survey bahagian sales suzuki ...warna biru plg laris dijual, pilihan wanita pertengahan 30an.
Pengalaman memandu kereta ni memang best selain smooth, bunyipun tak bising...pick up pulak tu...bawa 110km/j pun tak terasa laju. Sebelum ni saya memandu kereta kelisa 1.0 ke tempat kerja, ikut highwaypun tak berani bawak lebih 100km/j. Memang le kalau nak bandingkan kelisa & swift ...jauh bezanya. Kelisa enjin 3 selindar bunyi bising...memang selepas pakai swift tak nak naik kelisa lagi...terasa macam nak terbarai enjin. Anyway kelisa tu dah berjasa selama 6 tahun...my first car le katakan.

Tengah lari 150km/j

Ruang dalam sebeleh depan (pemandu) swift memang luas dan selesa. Menepati ciri-ciri kereta moden. Tapi belakangnya agak sempit. Untuk kereta seisi keluarga kurang sesuai...tapi untuk family kecil (anak kecil 3 orang) just nice...tapi bila tambah sorang pembantu dah sempit. Kereta ni kami jadikan kereta utama buat masa ni...coz wira baru saja terjual dengan harga 11k (9tahun). Kelisa masih maintain...nak jual tahun depan dengan harga 21K...condition cantik lagi, kilo meter baru 47k.

Berbalik pada swift, keyless model ni memang baik untuk wanita, coz bila p parking, tak yah tercari-cari kunci...safe sikit...Kunci masukkan saja dalam handbag dan make sure jarak kunci <2.5kaki..baru dia boleh detect kunci...kalau tak tak mau start le ataupun kalau pemandunya keluar sekejap dengan ingin masih terpasang, sensor kunci tu akan berkelip2 dan berbunyi.

Satu lagi ciri keselamatan 'keyless function ni'. Kalau pintu tak rapat ke, kunci tertinggal dalam kete ke, engin lupa tutup ke...pintu tak leh nak lock kalau kita keluar. So kita sentiasa alert.

Sunday, August 16, 2009

Dinner MPC 2009

Backdrop

Shade of Red, itulah tema Dinner MPC 2009, dah 2x tema yang sama...last year n this year..tp kali ni dinner kat Sheraton Emperial, KL...tahun ni agak sibuk..bukan guest ..tak lalupun red carpet coz jadi secretariat...letih betul. Menu..Chinese Course...agak perlahan le coz senang nak seiringkan dengan aturcara...
Antara menunya..Berlatar belakangkan "glitter light"

Persembahan malam itu diserikan oleh "The Singing Shop", macam dah contract seumur hidup...without miss... milik our beloved Chairman ,Tan Sri Azman Hashim. Beliau turut menyumbang beberapa buah lagu kegemaran.
Majlis diakhiri dengan persembahan "Fashion Show" Batik Meesha Sukira, yang kini mula bertapak di Harrods.

Movie Review : GI JOE




Wokeh...minggu lepas jumaat tengok midnight citer GI JOE ngan girlfriend.....so kiranya nie movie terakhir sebelum bulan posa (bulan posa cuti sebulan)..kalau ikutkan memang tak baca review citer ni..so pegi ngan pikiran kosong ler...cuma ingatlah skit2 citer katun ni masa kecik2..yg ingat geng baik GI JOE geng jahat COBRA...citer start pkl 11.30..so kalau tak best mmg bole tido ler..tp tengok trailer mmg meletop le....


tengok pada casting takde ler ramai gred A actor/actress yg belakon citer nih..muka takder le top sangat......cuma pompuan yg mula2 jahat pastu jadi baik tu mmg cun...

so kiranya mmg best ler citer nih..selain dari cgi effect dan letop2 dari mula sampai habis...so utk peminat katun GI JOE memang puas hati punya la tengok citer ni...2 jam yg penuh aksi dengan gajet2 yg high tech...kiranya bole kasi 4* la...( dvd kluar nanti bole beli buat koleksi)...

Monday, August 3, 2009

Birthday Celebration

31 Julai merupakan tarikh istimewa bagi saya dan Misha (anak kedua)kerana kami berkongsi tarikh birthday yang sama. Boleh celebrate sama-sama dan saling ingat mengingati..

Macam mana boleh sama?

Masa mengandung dulu dah overdue..suppose bersalin 27 hb Julai 01...tapi tak beranak pulak...so saya cadangkan Prof. Dr. Siti induce pada tarikh birthday..alhamdulillah, dengan izin Allah, Nur Amisha pun lahir pada pukul 4.30ptg (masa tu tengah azan asar) 31 Julai 01 kat UMSC.

Malam sebelum birthday....30 Julai 09, Misha begitu excited nak sambut birthday..pagi2 lagi dah bangun & wish Happy Birthday! Begitu juga ngan Kakak. Tapi yang tak bestnya birthday tahun ni jatuh pada hari Jumaat...so sambutpun ala kadar je le...Husband bawa sekeluarga makan kat Saujana Utama Club House...sebelum pi makan, misha & kakak bagi present..ingat jugak budak2 tu..Misha bagi sikat rambut, kakak bagi perfume...diaorang p beli kat kedai AMS dekat rumah petang tadi ditemani oleh Kak Eni...terharu gak coz saya dan husband tak beli apa2 lagi kat dia...janji nak beli weekend tu.

Restaurant Reception Counter

Birthday Girls

Kakak & Misha

Memey & Kak Eni

1 Ogos 2009, balik kampung kat Teluk Intan, ada kenduri doa selamat dan arwah sebelum puasa pada hari Ahad. So malam tu, celebrate sekali lagi n family adik..kali ni sambut 3 orang sekali, saya, misha dan memey (lahir pada 11 Ogos 2006) ramai sikit..baru meriah. Beli Kek dan masak mee goreng sikit.

Birthday Cake

Misha & Memey

Ready nak tiup lilin














Thursday, July 30, 2009

Pertandingan Memasak Sempena Pesta Sukan MPC



Pada 24hb Julai yang lalu, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah mengadakan pesta kemuncak sukan tahunan bagi menggalakkan warga untuk melibatkan diri dalam aktiviti Sukan. Warga dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Transformation, Innovation dan Partnership. Pelbagai acara indoor and outdoor yang dijalankan. Bola jaring campuran, dart, carom dan acara larian 150 meter merupakan acara kemuncak yang diadakan pada hari tersebut termasuk acara perbarisan.

Pesta sukan ini dimeriahkan lagi dengan karnival jualan terdiri daripada gerai makanan, pakaian dan buah-buahan. pertandingan memasak juga turut diadakan pada hari tersebut. Sebanyak 19 kumpulan telah bertanding yang terdiri daripada warga MPC sendiri. Antara syarat pertandingan adalah
  • Peserta perlulah berpasangan (lelaki dan perempuan) daripada division yang sama
  • Menu sihat yang boleh dinikmati seisi keluarga

Sebagai memberi sokongan kepada rakan se 'division', Hilmi akhirnya saya bersetuju untuk menyertai pertandingan ini. Tapi resepinya masih menjadi tanda tanya. ...Apa yang perlu dimasak? dan resepi apakah yang sesuai dengan menu sihat...Hilmi mencadangkan untuk memasak tomyam saja...bagi saya ia tak ori coz pes nya ready made. Untuk menunjukkan skil memasak saya cadangkan asam pedas melaka (hubby selalu puji bila masak gulai ni..katanya boleh bukak restoran...heee hee... :p). Tiba-tiba Kak Sal, P.A Boss call nak share dia punya resepi....Tauhu Ball. Kak Sal cakap resepi ni sesuai dimakan oleh seisi keluarga kerana tidak pedas dan ada sayuran didalamnya. Akhir saya 'buy her idea' tapi beri nama lebih komersil "Beancurd Chic Ball". Tapi saya tak pernah try lagi...macam mana nak tahu buatnya. Malam sebelum pertandingan saya cuba dulu supaya esoknya tak kekok.

Hari Pertandingan

Saya & Hilmi

Tengah Memasak

Bersama penyokong division, dari kiri Jerry & Fred

Bersama Kak Sal, Penyumbang Resepi

Hasilnya...

Apa kata survey.....

Hasil daripada keputusan juri kami telah berjaya mendapat # 2.

Ni dia resepi kalau ada sesiapa yang berminat nak cuba.

Beancurd Chic Ball

Bahan-bahan:

3 atau 4 keping tauhu putih
½ atau 1 paket daging ayam yang telah dicincang
1 batang karot
1 bili cili benggala (capsicum)
1 labu bawang besar
2 sudu tepong jagung
1 biji telor
Sedikit garam (ikut rasa)
Caranya:

- Tauhu diramas atau dilecek hingga hancur
Campurkan semua bahan-bahan di atas dan digaul hingga sebati.
- Bulat-bulatkan adunan tadi dan bolehlah digoreng dengan menggunakan api yang sederhana.
-Apabila bebola tadi telah nampak kekuningan bolehlah diangkat dan dihidangkan. Untuk lebih sedah lagi bolehlah dihidang bersama sos.
”SELAMAT MENCUBA”

Sunday, July 26, 2009

Review Harry Porter and The Half Blood Prince

Sama mcm transformer cuba booking nak tengok citer bodoh ni sejak 2 minggu lepas tp asik2 fully book. Mmg ler excited nak tengok pasal bila baca review sume ckp best...4 star kurang2 dorang bagi..konon ni ler citer potter paling best sejak first movie..kononnya lg ni ler siri potter paling dark...tp sumer tu konon jer la..siri sebelom ni harry potter- goblet of fire nengok dvd jer..mmg karut dan goblok betul..ader ker pakcik dia yg handal tu kalah ngan pompuan sewel tu...mmg hampeh citer tu...



so harap2 citer kali ni best la..baca review pon kata potter jumpa buku half blood prince yg bole kasi mantap lagi magic dia..mesti best kot citer kali ni...(utk makluman siri novel citer ni mmg tak penah baca la..so mmg tak tahu la jalan citer dia)..

tapi apakan daya...dah la lembab nak mampos jalan citer dia..pastu rupanya org tua janggut tu dumbledump apa nama dia..mati pulak..anti climax sungguh...




so mmg kecewa lagi la sekali lg...takpe harap2 GI Joe yg nak kuar nanti tu best ...
so my verdict..kalau ntak minat novel dia tu dvd pirate pon toksah la nakbeli..buat abis duit jer...

reviewed by mhisam

Thursday, July 23, 2009

Transformer-Revenge Of The Fallen

Lepas 2 minggu cuba booking utk midnight(asik2 fully book)akhirnya last week dapat gak tengok. Sebelum tengok dah baca mcm2 review dari org biasa review sampai le yg pro..sumer ckp citer ni cam hampeh..dorang kasi kebanyakan gred D jer...part 1 dulu pon tak best mana..robot gadoh kelamkabut..ada ke michael bay shoot jarak dekat bila robot2 tu gadoh..last2 tak tau sapa lwn sapa..bodoh punya pengarah..so expectation memang rendah le sebelom pi tengok....tp Megan Fox punya pasal...pi la gak tengok...

so lps beli popcorn dan beratur beli tiket (punya la ramai manusia mlm tu)...maka start la citer tu..TAPI...rasanya mcm best pulak kali nih..citer pon tak kelamkabut sangat...megan fox pon makin seksi...optimus prime pon makin ganas..taklah cam pondan mcm part 1 aritu..(siap ada pedang lagi bigbro tu)..so kira ok la citer part 2 nih...(walaupon rasa kalau dorang kasi sam raimi or peter jackson buat lg best kot)..so utk budak2 mmg gempak la citer ni...


kalau kluar dvd pirate nanti bole la beli buat koleksi...

reviewed by mhisam....(my hubby)

Sunday, July 12, 2009

Rasional di Sebalik Pemansuhan PPSMI

Pemansuhan PPSMI agak mengejutkan saya...sebagai ibu yang mempunyai 2 anak yang bersekolah, masing2 berada di tahun 2 and 4 sungguh mengecewakan...Semenjak pengenalan PPSMI pada 2003...saya rasa ia banyak membantu pencapaian dan pemahaman Bahasa Inggeris anak-anak saya. Berbanding dengan saya dahulu, mereka berkebolehan membuat ayat penuh dalam Bahasa Inggeris seawal usia 7 tahun. Mungkin anak yang sulung (tahun 4) sempat menghabiskan termnya tapi bagaimana pula dengan anak saya yang berada di tahun 2...jika pemansuhan total dilaksanakan pada 2012? Mereka tentu confuse!!!!

Pemansuhan tersebut pada saya bukan penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi kini terutama untuk pelajar luar bandar...Kegagalan perlaksanaannya perlulah dikaji sedalam-dalam dan seterusnya mengenalpasti punca sebenar permasalahan tersebut. Analisis Punca Masalah (Root cause Analysis) dengan mengkaji beberapa faktor utama perlu diambil kira seperti faktor Man, Method, Machine, and Environment. Sebagai contoh..Man atau faktor manusia...adakah masalah berpunca dari ketidakupayaan murid menerima pembelajaran dengan sempurna atau masalah yang guru yang tidak competent?....

Bukan senang untuk Kerajaan memuaskanhati semua pihak terutamanya di dalam keadaan politik sekarang yang memerlukan sokongan semua lapisan masyarakat. Keputusan ini tentu telah ditimbang secara bijaksana oleh pihak kabinet.

Sebagai generasi yang dididik dalam bahasa malaysia sepenuhnya dari sek. rendah hingga ke universiti...saya amat merasakan kesannya...semua urusan di alam pekerjaan memerlukan penguasaan bahasa inggeris yang baik..jika tidak, akan ketinggalan...itukah yang kita inginkan untuk anak-anak bangsa Malaysia....

untuk menikmati kemanisan dihari esok..kita kita perlu telan segala kepahitannya hari ini...........

Thursday, June 11, 2009

The Sims 3


Baru beli DVD Sims 3 kat Kotaraya...ada offer sempena 'Move out Sale' RM10 utk 2 kpg DVD..so my hubby beli game Sims & silent hill. Install kat laptop..

The Sims 3
3D simulation game ni memang best, tak yah tunggu lama untuk download..byk adv berbanding lama..boleh p kerja, bertandang rumah jiran, outing (beach,park, fishing pond), shopping even boleh p kelas utk incraese skills. From city view (map view) kita boleh pilih semua aktiviti..seperti gambar dibawah.


City view

Sim view, view selected sim mood and wants including simology, relationship, career, skills, etc.


My Sim View

In short, this game combine both The Sim and Sim City into one...