Wednesday, December 29, 2010

JJCM - Penang Part 4

Perut mula terasa lapar, jam menunjukkan pukul 3 petang, nak makan apa ye? Nak cari nasi kandar le..tapi kat mana? Nasi Kandar Line Clear ke? Nasi Kandar Beratur ke? emmmm..fikir punya fikir, we all decide to try Nasi Kandar Beratur kat Masjid Kapitan Keling.

Nasib baik senang dapat parking, just beside the masjid. Jalan sikit je. Sampai je kat Nasi Kandar Beratur 10pm..frust tengok restoren tutup yang ada hanya stall kat tepi gerai yang bukak. Orangpun tak ramai. Betul le cakap abang, kat restoren ni waktu operasi malam je pada pukul 10. Sebelah siangnya orang lain yang berniaga. Tengok keadaan sekitarpun tak lalu nak makan sebab macam warung lorong tikus kat KL je.

At last we all decide utk makan kat Restoren Nasi Kandar Kassim Mustafa. Bersih sikit dan baru terbuka selera. Menu petang tu ialah, Nasi Kandar plus kari ketam, ayam goreng ..nyum2 sedap!!! (sorry tak sempat tangkap gambar).

Malam makan kat Gurney Drive. Susah sungguh dapat parking kat situ. Dah pusing 2 kalipun masih tak de parking yg kosong. Nampak gayanya kena le parking kat Gurney Plaza dengan kadar RM3.00. Ok le jugak, dapat jalan2 kat shopping lagi. Kami jalan menuju Kawasan Penjaja Islam. Masing-masing dah ada menu pilihan. Pilihan kami ialah Char Kue Tiaw, Laksa Penang and Pasembor. Semua rasa tak sedap, tawar dan tak tentu rasa. Teruk tul le..tak puashati betul.

Gurney Drive
Esoknya selepas pi Muzium Toy, kita orang pi pulak lunch kat Sunshine Square..makan Char Kue tiaw Rudy yg popular. Stall ni terletak opposite to Muzium ni. Husband aku memang suka sangat kue tiaw ni, dari dia bujang..memang dah lama dia mengidam makan ..hehehe..Walaupun pemiliknya Rudy dah meninggal, stall ni diambil alih oleh bini dia. Memang bestpun kue tiaw ni....

Rudy's of Penang, Best Char Kue Tiaw in Town

Malamnye makan pulak kat Restoren Nasi Kandar Kapitan dekat...apa yang popular ialah Claypot Beriani dan Naan & Tandoori. Aku pesan, Cheese Garlic Naan..fuh sedap sunguh..baik naannyer mahupun ayam tandoori..marvelous bak kata Shira .."2 thumb-up". Shira order nasi goreng, misha order maggie goreng, and my hubby order Claypot Beriani. Amelia pulak dari dalam kereta dah berdengkur..sian dia tak makan le nampak gayanyer.

Restoren Nasi Kandar Kapitan
Tamat lah sudah kisah makan untuk dua hari..makan, makan, makan..hehehee..memang niat nak jalan2 cari makan kat penang ni..

Friday, December 24, 2010

Blueberry Cheese Tart

Teringin nak buat blueberry cheese tart, tak pernah buat lagi ni so search resepi kat internet. Website resepi yg paling digemari dan dipercayai iaitu www.myresepi.com. Melihat dari komen2 yg memberansangkan, maka resepi tu dicuba dengan penuh semangat dengan men'double'kan semua bahan2

Mula-mula buat doh dulu kemudian masukkan dalam acuan dengan pertolongan anak2 daraku dan Amnas. Bakar selama 15 minit. Huh naik gebu..hahhaaha rupa2nya aku lupa nak cucuk2kan doh dengan garpu. Penaik yg kedua baru menjadi cantik.

Bila semua pastry siap, bancuh pulak filling dia. Tapi kali ni aku exactly ikut resepi, tak buat doublepun sebab rasa cam banyak. Memang betul jangkaanku, ngam2 je filling dia.

Penat sungguh buat tart ni tapi hasilnya Yummy...crispy lagi. Semua anak2 aku suka, hubby yg tak suka tart yg dibelipun suka makan..sedap katanya. Lebih sedap dari kedai. All credit goes to me and myresepi. Thanks....

Untuk resepi sila layari http://www.myresipi.com/top/detail/3776

Pembakaran kali kedua setelah diisi filling ambil masa 10 minit

Fresh from the Oven

Hasilnya...Yummy!!

Close up - Lihat fillingnyer 2 thumbs up


PSNB beri Dividen ASB 7.5% dan Bonus 1.25%

Hari Selasa lepas iaitu 21 Disember lepas, PSNB telah mengumumkan kadar Dividen ASB sebanyak 7.5% dan Bonus 1.25%. Kalau kita simpan RM100k, maka kita akan dapat dividen sebanyak RM7500. Namun demikian Bonus dikira berdasarkan simpanan selama 10 tahun so kita hanya kan menikmati average sahaja.

Lihat betapa mudahnya kita mendapat pulangan hanya menjadi silent investor. Hehe..itu kalau duit kita sendiri punya le tapi kalau kita buat pinjaman ASB ..nilai tu bukanlah nilai bersih. Coz kerana bila tolak duit yang dilaburkan tiap2 bulan sebanyak RM600 sebulan untuk pinjaman RM100K kita hanya dapat lebih kurang RM300 sahaja. Tapi perlu kita ingat..kita telah ada RM100K + RM7500. Duit itu akan bertokok tambah jika kita dan keluarkannya atau pun selagi kita tak breach the contract.

Bagaimana pula dengan zakat? Adakah kita wajib bayar zakat.? Macamana pengiraannya? Untuk penjelasan lanjut pergilah mana2 laman web zakat atau e-zakat atau blog.e-zakat.com.my. Lihat pada bahagian Soalan Lazim..so anda akan dapat jawapannya.

Secara ringkasnya menurut pemahaman saya setelah membaca kemusykilan dan jawapan dari Pusat zakat...

1. Jika wang simpanan itu milik kita sepenuhnya, setelah cukup nisab (tahun 2009 = RM9000) dan haul (setahun). Wajib keluarkan zakat sebanyak 2.5% dari jumlah simpanan tersebut.

2. Jika wang simpanan itu kita pinjam contohnya buat pinjaman ASB RM200,000. Maka yang wajib dibayar zakat sebanyak 2.5% daripada ialah dividennya iaitu RM15,000. Itupun setelah nilai tersebut cukup haul selama setahun. Dengan kata lain dividen yang kita dapat pada tahun ini perlu dizakat pada tahun hadapan sebanyak 2.5% iaitu RM325 dengan syarat wang itu tidak dikeluarkan. Jika dikeluarkan dan digunakan jumlah yang dikenakan zakat adalah jumlah baki terendah tahun tersebut dan mestilah melepasi nisab yang ditetapkan pada tahun yang dinilai.

The Northam All Suites Penang - Penang Part 3

Memandangkan jumlah family kami 5 orang kesemuanya, kami memerlukan bilik yang besar dengan harga yang berpatutan. Pencarian hotel melalui internet dan experience suami saya yg pernah menetap dihotel ni membuatakan kami memilih The Northam All Suites. Terdapat 3 jenis bilik dan kesemuanya suite..dan memandangkan ada year end promotion kami memilih package seperti tertera dibawah:

 

Bilik hotel ni besar, terdapat 3 ruangan utama iaitu, living hall, Bedroom dan Bathroom yg dilengkapi jacuzi. Sampai dihotel ni lebih kurang pukul 1 ptg, terus check-in. Receptionist yg uruskan check-in tu punya le lembab, hampir 20 minit gak menunggu..keluar masuk office je..but tak selesaipun ..pas tu pas lak kat orang lain. Terpaksa ambik butiran sekali lagi..Bengang betul. 

Sampai kat bilik ambik gambar dulu untuk tatapan pembaca sebelum bilik diselerakkan oleh budak2. Condition bilik masih maintain tapi lantai dan mula uzur, almaklumle timber board so cepat terkopak...bila kena air. Tapi puashati gak le..dengan accommodation yg sedia ada. 

Bilik - katil 'Super King'
Spacious Living Hall - termasuk meja kerja siap ada wifi free lagi
Bathroom yang luas - terbahagi kpd shower, jakuzi, toilet & wardrobe

Terdapat infiniti pool ditingkat 9, kedalaman 1.3meter, so kesian bebudak tak dapat mandi. Nasib baik ada jakuzi so diorang berendam je le dalam bilik. Bilik2 hotel disini ada 2 views..satu mengadap beach & satu mengadap kedai2. Tapi tak le direct mengadap beach coz hotel ni bukan beach hotel type. 

Memandangkan dapat breakfast untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak..maka breakfast kat hotel saja. Menu seperti biasa kira ok le bagi rating 3/5. Di lobby hotel ada kolam ikan koi..dan seperti standard hotel yang lain gak. 

Lobby - Koi Pond bersebelahan tangga 
Memang best jugak hotel ni tapi yang frust tu, waktu menginap disitu. Card Credit Service Centre Call untuk mengesahkan pembelian Apple Computer bernilai RM4000 telah dilakukan menerusi internet. Memang sah itu buka pembelian dari kitaorang, nasib baik bank call untuk confirm kalau tidak........GERAM BETUL..menurut kata customer service tu kebiasaannya kerja ini dilakukan oleh orang hotel..kerana dia boleh access nombor 3 digit kat belakang credit card kita.  Tapi tak tau le..ini kerja siapa. Petang tu aku buat siasatan sikit duduk kat lobby hotel peratikan tingkah laku orang yang disyaki..Kerjanya cukup lembab dan merunsingkan, masuk kat pejabat lebih dari sekali, masa yang diambil utk register check-in mengambilmasa yang lama..Jelas terbayang wajah customer yg berang menunggu. Mana tidaknya rakan nyer yang disebelah dah serve 2 orang, dia sorang pun tak settle lagi. Tapi tak boleh buat apa2 le, tak leh menuduh orang melulu tanpa bukti. 

Bila balik ke KL, hubby call service center, budak hotel tu telah swipe card aku sebanyak 2 kali untuk pengesahan, satu RM800 dan satu RM1000. Geram tul, telefon hotel bahagian account, dia org kata memang diaorang tak caj utk pengesahan tapi mengakui kesilapan dan ketidakcekapan pekerjanya yang ter'swipe' 2 x. 


Wednesday, December 22, 2010

Ferry Butterworth - Georgetown - Penang Part 2

Dari tanah besar nak keseberang, kami guna perkhidmatan ferry..kasi adventure experience kat anak-anak. Menurut sumber sahih, perkhidmatan ferry ni akan ditutup pada 2012.  Nak pergi ke ferry ni jauh jugak dan tak tahu jalan..so guna khidmat GPS..dia bwk jalan shortcut..celah2 rumah orang..tapi sampai jugak akhirnyer. Sampai di Terminal, kena bayar tambang ferry sebanyak RM7.70 (2 hala) untuk sebuah kereta. Sesampai saje diruangan menunggu..arahan untuk mematikan enjin tertera..tak tau sebab apa mungkin utk menggelakkan kepanasan dan pencemaran bunyi...dan sekaligus menjimatkan minyak..hahahaa..


Sampai je ferry keretapun terus naik..tapi yang frustnyer kitaorang naik ferry untuk kenderaan sahaja. Kalau dapat naik ferry yang ada bawa penumpang diatasnye tentu best coz boleh panjat tingkat atas dan duduk bersama penumpang lain. Kereta kami parking paling depan so mudah le untuk keluar dari kenderaan sambil posing sakan.


Terdapat banyak juga ferry dikiri kanan kami menuju destinasi masing2. Pendek kata it is the best experience for our kids. Terpampang menara Komtar menyambut kedatangan kami..dengan aksi 'lucah' sekali....(lihat gambar, heheheee). Disebabkan kedudukan kami plg hadapan ..kami dengan jelas menyaksikan macam mana ferry tu disambungkan dengan terminal berlabuh...susah nak tulis tapi boleh saksikan menerusi gambar ni....


JJCM Mee Udang Sg. Dua - Penang Part 1

Cuti sekolah yg panjang ni nak bawak budak-budak jalan-jalan. Sambil tu boleh juga cari makanan yang best dikawasan sekitar. Destinasi kami kali ni ialah Pulau Mutiara...famous dengan char kuew tiau, mee udang, laksa penang, nasi kandar dan juga pasembor.

Perjalanan bermula dari pukul 11 pagi selepas sarapan..bawak 2 beg kotak bersaiz besar dan sederhana. Yang besar tu beg budak2 sebab nak tinggalkan diaorang kat kampung selama seminggu..sebaik saja tamat percutian.

Sepanjang jalan tangkap gambar2 menarik..termasuk dalam terowong. Banyak entities ada dalam terowong ni..kalau menurut 'uncle seeker' ..banyak hantu..hehehe..


Sampai di Seberang Jaya pukul 4.00p.m..dan bermula le pencarian "Mee Udang" Sg. Dua yg popular tu..Kalau pi Penang ni Officemate selalu bawak makan kat sini..


Makan kat sini kita boleh pilih udang, nak berapa kilo, 100g = RM9 utk udang besar, RM6 utk udang galah..cakap je nak masak apa, nasi goreng ada, mee kuah, mee goreng pun ada.


Kami pilih mee goreng dan mee kuah untuk 2 orang makan setiap satu..Portion nyer banyak..tak terhabis makan utk sekeluarga. Minum lak dengan air kelapa ...huh..kenyang sesangat. Semua sekali kopak RM67.40..below expectation..ingatkan kena dalam RM80 lebih....

Overall memang best, and puashati, cuma ralat sebab tak larat nak habiskan..

Wednesday, December 15, 2010

i-City Shah Alam - Kota Cahaya

Malam minggu hari tu aku sekeluarga pergi i-City atas permintaan Misha. Tak larat dengar dia merenget-renget hanya semata-mata nak beli kucing bermata leser dia tu..walaupun badan letih kerana siangnya sibuk beli baju sekolah dia ..ikut kan jugak le kehendak dia tu. Pergi kesana ikut Meru, dan masuk highway Shahpadu....lepas je tol dah nampak dah signbord tertera nama i-City. So we all follow je le..sampai je kat kawasan kilang-kilang ada satu tanah lapang yang dihadapan nya berkerdipan cahaya neon berwarna warni..cantik!! Tapi nak masuk kena bayar 'TOL" RM7.00., manually collected. Yang sayang nyer camera lak rosak jadi terpaksa pakai kamera hp yg tak berapa power ni..hasilnya sudah tentu tak power juga.









Kereta terpaksa parking jauh sikit bertempat dipadang terbuka..tak sangka ramai gak orang pi kat sini..macam pesta...Untuk pergi ke gerai jualan terpaksa jalan jauh dan berasak2 dengan orang ramai..panas pulak tu. Bila dah dapat habuan masing2..Misha dengan kucing idamannya, kakak dan amelia memaksakan diri tuk beli sesuatu jugak..huh barang2 semua Made in China, tak de kualiti langsung. Macam beli sampah je coz esoknya dah rosak...

Masuk pulak ke "rumah salji" yang kononnya percuma sebab beli tiket masuk kalau lebih muatan Harga masuk RM2 sorang. Tak berbaloi langsung, kena tipu hidup2 coz tak de salji atau aispun..cuma temperature je sejuk. Senang betoi diorang buat duit.



Monday, November 29, 2010

TV LCD VS Plasma VS LED - Part 2


sambungan from part 1...

nak dijadikan cerita kat kunci kete memang ada thumbdrive ...ada movie resident evil yg dah lama copy tp tak tengok lagi..suh cina tu test..cucuk je terus tv tu detect...kuar 3 menu..video, mp3, and picture viewer...wow ini sudah bagus...mp3 pon bole main...jpg pon bole tengok...so suh dia demo residen evil tu..wow...walau dvrip je tp gambar cun tak pecah...nih mahu beli gak tv nih...pastu org sebelah pulak dok hasut..beli je..beli je...hehehhe...nego punya nego...harga 2 barang mikrowave dgn tv...lkurang RM 2500 ++ kira ok ler tu...dpt bonuslink point lagi..ini suda untung...
PS42C450

Nih video format yg tv ni bole baca

Supported Video Formats:

File Extension

Container

Video Decoder

Audio Codec

*.avi
*.mkv

AVIMKV

Divx 3.11

MP3, AC3, LPCM, ADPCM
(
MULAW ALAW)

Divx 4.x

Divx 5.1

Divx 6.0

XviD

H.264 BP

H.264 MP

H.264 HP

MPEG-4 SP

MPEG-4 ASP

Motion JPEG

*.asf

ASF

Divx 3.11

MP3, AC3, LPCM, ADPCM
(
MULAW ALAW), AAC

Divx 4.x

Divx 5.1

Divx 6.0

XviD

H.264 BP

H.264 MP

H.264 HP

MPEG-4 SP

MPEG-4 ASP

wmv(VC1)

Window Media Video v9

*.mp4

MP4(SMP4)

H.264 BP

ADPCM, (HE)-AAC, mp3

H.264 MP

H.264 HP

MPEG-4 SP

MPEG-4 ASP

XviD

*.3gp

3GPP

H.264 BP

ADPCM, (HE)-AAC

H.264 MP

H.264 HP

MPEG-4 SP

MPEG-4 ASP

*.vro(ps)

VRO/VOB

MPEG2

AC3, MPEG, LPCM

MPEG1

*.mpg
*.mpeg(ps)


MPEG1 (Program Stream)

AC3, MPEG, LPCM

MPEG2 (Program Stream)

others(ts)


MPEG2(Transport Stream)

AAC, HE-AAC, MP3, DD+

H.264 HP (Transport Stream)

VC1 (Transport Stream)



huh hebat betul..sume bole baca....terus deal..ingat nak bawak balik tv tu time tu gak tp takder stok..cina tu cakap..stok kat warehouse nanti malam baru hantar...

so balik rumah ptg tu kemas-kemas cabinet tv lama mahu letak itu tv besar punya....

real live image

test video2 yg ada kat umah..memang marbeles...pastu dload kat youtube video music hd dr 360 p sampai 1080p..wow..mmg out of this world....dload kat torrent avatar 720p...sebijik mcm demo avatar blueray kat kedai...memang2 marvelous..terbeliak bijik mata tengok kecunan gambarnya.....

bila test astro...hmmmm....gambar ada kurang skit....biasa la..astro...penipu bayar mahal gambar cam hampeh sebab compression...ini kena masuk beyond gak ni...tambah duit lg..RM 20...kalau mahu upgrade beyond...pastu dah alang2 mahu masuk beyond ingat mahu beli sekali wireless av transmitter..mahu tembak av kat tv atas...kena pi jalan pasar gak ni.....huh letih dah, nanti mau story pasal wireless av transmitter pulak ....



Friday, November 26, 2010

Tv LCD vs Plasma vs LED





Dah jadi trend skrg semua org ada tv lcd or plasma. Ada tu tak tau pon apa beza lcd or plasma..main beli jer..janji tv nipis tu dia panggil tv lcd walau pon sebenarnya dia beli tv plasma....hehehe..hampeh sungguh. Harga pon dah makin murah...dulu2 tv lcd or plasma 42 inchi dpt tengok kat sogo je..kat tempat jual tv tu..harga belas ribu...zaman belajar dulu le...waktu lepak kat sogo masa weken...
jenjalan pi umah kawan ada tv lcd...pi umah adik ipar lcd..pi umah jiran lcd...sume org pakai lcd skrg...tv kat rumah ni pulak tak rosak2..hehehe kalu tak bole gak beli tv lcd...
pastu saja2 survey kat mudah...kalau panasonic plasma tu dlm 1900 jer utk 42 inc..kalu lcd mahal le skit tambah dlm 100 ke 200.....kalau hd ready murah skit..kalau full hd pon tambah dlm 100 ke 200 jer....pastu survey lg..mana lg best lcd ke plasma ke or led ???

... led tolak dulu le pasal mahal sangat lg...so tinggal lcd or plasma..mana lg best ? pastu nak beli full hd ke or hd ready ? check punya check kat intenet.. google lcd vs plasma kira dpt le jawpan lkurang mana lg best lcd or plasma...

Advantages on Plasma TVs:
- Plasma TVs are available in larger display screen sizes.
- Plasma has better black levels, and also the contrast ratio.
- Plasma TVs can be viewed from any angle, as long as the viewing angle is between 160 to 180 degrees.
- Plasma TVs have top refreshing rate which captures every detail in a fast action scene.
- Plasma screen can display billions of colors, producing smooth gradations of shades, enhancing the picture quality to a great extent, making the images life-like and realistic, responding sharply to fast moving images.

Disadvantages of Plasma TVs:
- Plasma TVS do not perform as well at higher altitudes.
- Plasma TVs are more susceptible to burn-in of static images.
- Plasma TVS are thicker than LCD TVs and hence much heavier.
- Plasma TVs produce glare in brightly lit rooms though some advancement in technology has been made to correct this.

Advantages of LCD TVs:
- LCD TVs have better longevity than the Plasma. The average life-span has been predicted as more than 30 years.
- The display of LCD TVs uses lower power compared to Plasma TVs, but has more consumption than LED. - The screen sizes of LCD TVs are available in various sizes starting from computer monitor screens to over 60 inches.

Disadvantages of LCD TVs:
- The TV has a very poor contrast level and responds slower to fast moving images, creating a blur.
- The prices of LCD TVs are higher than the Plasma, and because of the demand and increased production the prices are gradually falling.


kalau nak tgk movie..amik plasma sebab lg terang..kalau nak main game or sambung kat intenet biar amik lcd...tak baper terang sangat...so takde le kelabu mata sangat....so pikir punya pikir..kira nak amik tv plasma je kalau jd nak beli hdtv nih....

pastu nak beli full hd 1080p je or juz nak amik hdready 720p...pening gak ni....nak dijd kan cerita si faizal kwn opis tu baru beli tv plasma 50 inchi...dia ckp..tv bagak 50 inc dia tu pon tak bole nak beza 1080 p ngan 720p...sama jer cunnya...pastu source utk video 1080p pulak besar..kalau cth movie avatar tu...bdrip 1080p 8gb ++ kalau 720p 2gb ++ jer...
720p vs 1080p



so sindiri tengok le....mana bole beza punya.....so...kesimpulan yg dibuat..kalau nak beli tv hdtv nanti...juz nak beli tv plasma yg hd ready kira cukuple buat masa nih....

so cadang nak beli tahun depan lepas dpt bonus....

nak dijadikan cerita...mikrowave kat rumah pulak dah rosak...so kena beli baru nih...

so pagi tu survey kat intenet dulu...and we decide kali ni nak beli LG pulak..mau try brand korea pulak..pasal mikrowave dulu brand Panasonic pakai setahun lebih dah rosak..yg Sharp beli sebelom Panasonic tu dua bijik jugak setahun lebih dah rosak....

so we all pon pi le kedai letrik Onking kat setia alam...lepas belek2 kitorang pon beli ler model kat bawah nih...
lepas belek-belek mikrowave tu pi la pulak belek-belek tv lcd and plasma kat kedai tu...mula2 tgk model panasonic plasma 42 inch yg mula2 cadang nak beli tu..harga dlm 1800++....ok gak tu...kalau nak beli..pastu tanya cina kedai tu mana cantik panasonic ke samsung...dia ckp..lu tgk sindiri mana cantik...compare real live rasa samsung lg cantik....pastu start belek samsung plasma pulak...gambar mmg cun..cukup terang ..color very dynamic...huh..best ni kalau beli..pastu cina tu ckp..amik yg ada built in media player la...beza dlm 300 je...takyah beli media player mcm ac ryan or extremer.....ok nantisambung part 2..nak siap pi family day kat sunway lagoon....


Marina Island, Lumut

Masa balik kampung sempena cuti Raya Haji, aku sekeluarga sempat ronda-ronda kat Marina Island, Lumut. Marina Island ni satu township baru yang dibangunkan beserta dengan kemudahan Hotel, service apartments, stesyen bas, Jeti ke Pulau Pangkor dan kawasan komersial. Tapi kawasan ni belum 100% siap, masih lagi dalam construction. Tapi Jeti, kedai2 dan hotel sudah mula beroperasi. Jeti ke Pulau Pangkor ni adalah sebagai alternatif bagi jeti yang sedia ada di pekan Lumut. Jeti Marina Island ni agak strategi memandangkan jaraknya yang dekat dengan Pulau Pangkor dan hanya mengambil masa hanya 10 minit, berbanding jeti Lumut, 45 minit.

Kawasan sekitarnya juga cantik, dikelilingi oleh laut dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Terdapat juga tempat pelabuhan untuk kapal2 mewah dan persendirian.










Pergi sebentar ke sales office untuk tanyakan harga service apartment yang dijual. Saiz dari 720sf ke 1400sf dan harga start from RM252,000. Kalau ingin duduk sendiri, maintanance fees lebih kurang RM250 per month. Kalau tak Hotel yg akan uruskan segalanya. Menarik tu memang menarik..untuk investment mmg berbaloi. Tapi mahal sangat..kalau byk duit dan tak byk komitmen memang boleh beli satu kat sini...hehe..biasa le..kemahuan kita tak terbatas tapi ekonomi tak mengizinkan....


Sebelum balik singgah sebentar kat pekan Lumut, beli sotong kering ..badan pun letih..singgah rumah kedai adik "Zihan Bundle" kat Manjung..minum petang.

Friday, November 12, 2010

Majlis Penyampaian Hadiah SK Meru II

Untuk menghargai kejayaan anak-anak dalam pelajaran aku serta suami bersama baby kecik..si Amelia..pergi menyaksikan majlis penyampaian hadiah Shira dan Misha. Masing-masing dapat nombor dua dan tiga dalam alirannya. Shira dapat hadiah tambahan matapelajaran Kajian Tempatan terbaik Tahun 5. Masa dulu-dulu aku suka pegi pagi-pagi maklum le excited sebab anak nak ambil hadiah..tapi kali ni dah bijak..kerana saban tahun asyik tunggu berjam-jam untuk sampai acara kemuncak. Tahun ni aku pergi pukul sepuluh pagi..dan pukul 10.30 pg baru acara penyampaian hadiah dijalankan bermula dengan Tahap 1. Nak tunggu tahun tiga lama juga...dan akhirnya nama Nur Amisha diumumkan sebagai pelajar tahun 3 Cemerlang yang menduduki tempat ketiga tewas 2% daripada tempat pertama dan kedua.

Misha Mengambil Hadiah

Misha & Mama
Misha & Amelia

Majlis berehat seketika dengan persembahan boria dari pelajar tahun 4. 


Selepas persembahan, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi Tahap 2 pula, bermula dari tahun 4 dan 5. Nama Shira diumumkan sebagai pelajar kedua terbaik dari seluruh aliran. Hadiah disampaikan kepada 10 pelajar terbaik aliran sahaja.

Menunggu giliran

Terima Hadiah dari PPD

Bergambar bersama hadiah masing2

Amelia turut sama berkongsi Kegembiraan