Sunday, June 27, 2010

Bercuti ke Pantai Timur - Terengganu - Kelantan (Day 4)

Kelantan....Selamat Pagi...rasa nak bermalas2 atas katil...
Breakfast kat sini banyak jugak pilihan tapi tak macam Terengganu..menu tempatan disediakan. Menu kat sini macam biasa nasi lemak, bihun goreng...sama je cam kat hotel2 lain..cuma kat sini ada satu lagi warung tambahan ..mee/kewtiau sup.....

Lepas makan, naik bilik and bersiap untuk jalan2..mula2 sekali p Pasar Siti Kadhijah..."pasarpun boleh jadi tourist attraction"..kalau Kat Teluk Intan tu..masukkan pasar besarnya sebagai tourist attraction pasti org tergelak!! Apa yang menariknya pasar ni, diatasnya ia bertingkat2..(rasanya 3 tingkat)..Tingkat atas ada jual macam2, barangan kering, keropok, jajan2, periuk belangga., kraftangan & macam2 lagi. Tingkat atas sekali ada jual kain, baju, kaftan ..sempat borong baju kaftan 2 helai, alas meja 1 helai je..nyesal lak tak beli alas meja banyak..coz murah!

Seperti biasa aku, sempat ambik gambar pemandangan dalam pasar dari tingkat 3, seperti yg disyorkan dalam aktiviti lawatan ke Kelantan....Pasar ni berdekatan dengan shopping mall lak..just opposite Parkson.
Sempat singgah Pakson coz budak2 nak buang air..nasib baik ada toilet yg selesa.


Lepas p Pasar, pergi lawat Muzium Negeri lak..tak jauh dari pasar tu, bayaran masuk RM2 seorang...terdapat 2 muzium di sini iaitu Muzium Adat Istiadat & Muzium Senjata.


Lepas tu p pulak Perkampungan Kraftangan..banyak barang2 kraftangan & kedai lukisan. Sempat beli lukisan batik...3 helai utk dijadikan hiasan dinding ruang tamu yg kosong...beli rotan & penggaru belakang. Budak2 sikit punya marah sebab beli rotan...hahahaaa..takut kena rotan le tu...


Lepas penat jalan..mula terasa lapar nak cari makan kat mana ye..cuaca panas terik..kalau orang Kelantan atau yang suka pekena nasi ulam..boleh makan Nasi Ulam Cikgu kat dalam perkampungan ni..ramai sungguh orang makan dengan penuh selaranya. Tapi ianya bukan selera kami sekeluarga..so jalan2 dikawasan sekitar utk cari makanan yang sedap...tapi semua mcm tak best je..aku suggest pekena nasi kukus tapi kat mana? Lagi sekali khidmat GPS diperlukan..atlast jumpa jugak kedang nasi kukus..yang dijamin oleh tekak...kedai ni on d way nak p Pantai Cahaya Bulan (PCB).


Lepas makan p bersantai kat PCB...tapi pantai ni dah tak secantik dulu..mungkin under construction lagi..demi sebuah pembangunan. Yang kesian ialah peniaga2 sepanjang pantai ni..customer kurang..........




Malam, makan kat kedai Tomyam..bersebelahan Pasar Siti Kadhijah...hampa..kebersihan kurang..air nak basuh tangan pun takde...sebelum tu singgah beli pulut durian dan nasi dagang. Sebab durian tak boleh bawak balik bilik, makan kat situ jugak..nasi dagang bawak balik tapi bila perut dah kenyang..alamatnya jadi rezeki tong sampah le keesokan pagi esoknya.

Bercuti ke Pantai Timur - Terengganu - Kelantan (Day 3)


As promised, budak2 tu dapat le mandi-manda kat swimming pool lepas sarapan pagi...aku malas nak turun..duduk kat bilik baca surat khabar, kemas baju coz nak check-out hari ni. Kesian kat abah diorang yg terpaksa jadi peneman budak2 kat pool sambil layan fb...

Check-out kul 11.00pagi coz perjalanan ke Kota Baharu jauh lagi...pasti memenatkan. JPS di pasang untuk guide jalan...Dalam perjalanan singgah kat Seberang Takir, cari kopok lekor yang paling popular tu..tepi jalan je..tapi masyallah..ramainya orang que...semata2 nak beli kopok mentar untuk dibawa balik. Kami bercadang nak makan kopok lekor kat situ je..tapi dudukpun tak de orang layan. Nak tanya minum apa pun tak de..nak order kopok siap goreng pun kena beratur gak...tak patut sungguh. Dah le pekerjanya sikit..layanan memang hampeh.....semua kena layan diri. Tu le org melayu meniaga tak tahu nilai2 komersial langsung. Benchmark le camna cina & mamak berniaga..penuh dengan budi bahasa.... Kecewa sungguh..akhirnya aku belah je..tanda protes...hahahaaa..dia orang apa kesah..ramai lagi org lain yang sabar menanti!!!!

Ingatkan ada lagi le kedai seumpama ni kat kawasan tu..tapi amatle kecewa coz tu le satu2 kedai jual kopok lekor kat seberang takir tu...Perjalanan tetap diteruskan...kereta menyusur laju menuju jalan kampung ke Kota Baru...Kami ikut..sepanjang perjalanan tak banyak kete..


Gambar Sepanjang Perjalanan

Signboard Pesta Mencandat Sotong tu..menari perhatian..Terpampang kat Pekan Tumpat..bestnya kalau dapat mencandat sotong...dapat sotong fresh..& colourpun transparent. Tersergam Masjid Tumpat yang indah..disebelah kiri jalan. Kat Pekan ni jalanraya sesak..dan ramai orang. Ada yang peliknya kat Kelantan ni..tengok orang ramai buat kenduri kahwin bukan dihari minggu tapi hari kerja (hari tu hari Isnin).


Kesian budak2 boring dan keletihan..tak de ..apa2 menarik perhatian diorang sepanjang jalan..apa lagi aktiviti dia org selain dari buat tahi mata....



Samap je kat Town...nampak le pemandangan ni..GPS lak selalu jam...pening gak coz jalan2 dah banyak berubah..dulu ada roundabout tapi sekarang dah takde..so berpusing2 gak cari hotel.


At last sampai gak kat Hotel.. masa tu jam dah kul 4.00ptg..penat sungguh...perutpun dah keroncong!! Lepas je Check-in terus je cari makan. Jalan kaki je ..cari kedai2 dekat Hotel...Masuk foodcourt...tekak asyik menolak je..cam tak lalu je nak makan...lastly jumpa jugak Restoren/Cafe "Wau"...Perut yang lapar semua sedap..licin pinggan semua orang heheheee...sorry gambar tak de..tak sempat posing sebab dah kebulur......

Perut dah kenyang, naik bilik untuk berehat..bebudak posing kat bilik. Bilik view Sg. Kelantan..bersesuaian dengan namanya "Grand RiverView"..dari kaca jendela cuaca nampak panas terik cam tak sanggup nak keluar dah. Duduk kat bilik lagi best!!


Malam keluar lagi..JJCM kat Wakaf Che Yeh...guna khidmat GPS lagi...jalan berpusing2..lagi..GPS dah pening..kita orang lagi pening. Akhirnya sampai kat kat Wakaf Che Yeh...satu tempat ..yang dipanggil Pasar Malam yang paling besar kat Kelantan dan beroperasi setiap hari. Round2 cari makan...beli ayam percik, nasi kerabu, kuih akok, jagung rebus n macam2 lagi yang terliur....semua tapaw, bawak balik kat hotel..utk makan malam.

Saturday, June 26, 2010

Sihat itu Penting.Jaga Kesihatan Anda....

Dah lama tak post..badan tak sihat, lepas balik bercuti hari tu..demam, sakit mata sampai mc 2 hari..lepas tu sakit lutut le pulak nak dekat seminggu baru baik. Ingatkan kena sakit lutut cam orang tua2 tu..grease dah habis..tapi alhamdulillah sementara je..rupanya muscle terkejut coz angkat kotak mineral yang berat naik tangga..handicap sekejap..nak naik tanggapun susah sampai berpaut pada tangga...

Kesihatan amat penting dititik beratkan ..walau duit banyak sekalipun, kalau badan tak sihat, sakit, duit tak bererti lagi (untuk enjoy le)..tapi ingat ia amat berguna kalau kita memerlukan rawatan....


sooooo....berjimat cermat le, simpan duit walaupun sedikit...

Thursday, June 17, 2010

Bercuti ke Pantai Timur - Terengganu - Kelantan (Day 2)

Niat di hati nak cari breakfast kat luar, tapi Hotel dah bagi breakfast for 2 so tambah 2 for kids je. Budak2 bukannya makan sangat tambah2 si Misha..Menu utama adalah Nasi Dagang..

Lepas sarapan budak2 mandi kat swimming pool, kejap je..boring coz ramai sangat orang. Lepas semua bersiap kita orang pergi ke komplek jualan just in-front Pasar Payang, tengok cenderahati, baju kaftan, kain batik...sempat le beli beberapa baju dan kain yang memikat hati. Lepas tu p pulak pasar payang tingkat atas, beli t-shirt budak2, tingkat bawah beli keropok dan beras nasi dagang. Cuaca sungguh panas..masing2 keletihan dan kehausan ..at last makan kat KFC je...lega......


Lepas makan dan berehat perjalanan harus diteruskan. Set GPS - Taman Tamadun Islam (TTI)..dan kereta terus meluncur laju ke destinasi yang dituju. Sepanjang jalan terlihat orang menjual keropok lekor losong...(berhampiran Kg. Losong). TTI terletak di Pulau Wan Man, disambungkan oleh jambatan yang panjang dari daratan.

Tiket masuk ke monument park tersebut ialah..RM15 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Setiap orang diberi buku passport lawatan. Setiap tiket entitle MEAL VOUCHER - RM5.00 di Cafe Wan Man. Perjalanan dari check point awal ke akhir lebih kurang 800 meter hampir2 satu kilo meter, dengan cuasa panas terik nya tak sanggup nak jalan kaki so naik trem...bayar RM3 setiap org. Sepatutnya trem tu tak perlu di charge, masukkan saja dalam harga tiket. Trem akan berhenti di monument yang ada video show, terdapat 5 perhentian semuanya ...
i) Monument Masjid Negara
ii) Monument Taj Mahal
iii) Monument Masjid al-Qubbatus-Sakhra
iv) Monument Masjid Al-Hambra
iv) Monument Masjid Al-Haram



Lepas tamat di final station, kita orang pun pergi ke cafe Wan Man untuk minum petang dan gunakan keempat2 voucher yg ada. Minum ribena,ice blended dan makan currypuff dan keropok lekor.Shira dan Misha makan lollipop anggur.




Next destination adalah masjid kristal. Dari taman tu, kena naik kereta..tapi tak berapa jauh jaraknya. Subhanallah, cantik tersergam Masjid Kristal ni...tambahan terkena pancaran cahaya matahari..sempat posing dan melawat kawasan sekitar.


Hari nampak mendung, dan titis2 hujan mula turun. Apalagi..kita orangpun balik le..dalam perjalanan balik singgah ke Kg. Losong, jjcm makan kopok losong kat tepi simpang, RM3 dah banyak dah..kopoknya ada 12 keping. Minum milo & limau ais. Huh lega dan kekenyangan...Sebelum sampai hotel tapaw nasi goreng kampung & nasi goreng cili api coz malas nak keluar malam ni..letih sungguh!!!!

Sunday, June 13, 2010

Bercuti ke Pantai Timur - Terengganu - Kelantan (Day 1)

Sempena cuti sekolah yang panjang ni, akupun ambik kesempatan bercuti panjang, alhamdulillah permohonan cutiku selama seminggu diluluskan oleh bos. Ini le cuti impian suami ku..teringin pergi Kelantan katanya..kerana banyak2 tempat di Malaysia ni hanya Kelantan saja yang dia belum pernah pergi. Perjalanan ke Kelantan tentu sahaja memenatkan dan membosankan. So kami pecahkan percutian ini kepada 2 bahagian iaitu Terengganu then Kelantan. Untuk lebih hapenning lagi route kami diperluaskan "Shah Alam-Terengganu-Kelantan-Grik-Teluk Intan-Shah Alam"




Pagi Sabtu, 5 Jun 2010, 8.30 pg. kami sekeluarga telah berangkat..singgah sebentar kat Mc Donald kat Shell Petrol Station, just before tol ke Karak Kuantan. Masuk ke entrance tol, dah mula jam. Suspend gak, jam sepanjang jalan ke laluan masuk dan keluar Tol. Sesak panjang jugak...akhirnya lega jalan clear.


Bila jalan clear mula le nak pecut..tekan minyak dekat sampai 180km/j..sempat ambik gambar meter lagi. Nasib baik ada 'geng' yang sama2 bersaing..sentiasa follow kereta kita dan akhirnya memotong kerete kita bila highway tamat....Perjalanan di teruskan dan singgah sebentar di Kemaman - Pantai Mak Nik untuk makan tengahari di Restoren Aziz Satar...Menu pilihan...SATAR, OTAK2, Pulut Panggang & Ketupas Palas.


Habis je makan perjalanan di teruskan ke Kuala Terengganu. Sambil jalan makan angin..menikmati pemandangan indah sepanjang jalan menyusuri pantai Laut China Selatan. Melihat pembangunan Bandar Kertih dan Paka hasil daripada perkembangan industri petroleum negara, PETRONAS.


Singgah lagi di Rantau Abang..walaupun bukan musim penyu bertelur, 5 tahun dulu waktu pergi sini..keadaan amat menyedihkan..tak terjaga tapi sekarang ok sikit..pantai yang membiru mendamaikan mata, kelihatan para nelayan melabuhkan sampan & bot mereka ditepi pantai..berkumpul beramai2 sambil berborak mesra. Hajat dihati ingin singgah ke Santuari Penyu..tapi hampa lagi..diorang ni ikut office hour...sepatutnya ia perlu dibuka terutama cuti sekolah untuk educate orang ramai terutama pelajar sekolah..tentang facts & figures penyu di Malaysia.



Perjalanan kami diteruskan lagi, kali ni dah tak sabar lagi sampai ke Hotel Primula, Kuala Terengganu untuk merebahkan badan setelah penat duduk kat kereta selama 8 jam. Sampai di hotel pukul 5, check-in dan relax di bilik selama satu jam.. keluar lagi bercanda di tepian pantai Batu Buruk. Posing..& posing....terjumpa labu mistik..tempat orang buang 'benda'. siap tutup dengan kain kuning..mungkin telah dibawa ombak ke tepi pantai. Cantik pantainya tapi tak cukup landai untuk mandi manda..

 

Lepas jalan2 di pantai...posing lagi kat lobby hotel. Then..naik kereta sekitar bandar..cadang nak makan kat restoren terapung tapi tutup...under construction. Pencarian kedai makan diteruskan mengunakan bantuan GPS..semua kedai yang disyorkan amat scary..last sekali singgah kat Warung Norazila4 berdekatan dengan
hotel. Sedap jugak masakannya kita orang order Nasi Dagang, Nasi Minyak, Nasi Goreng Kampung & Keutiaw Goreng Basah. Lepas isi perut yang kelaparan ...terus balik hotel....relax.............oooo lega. Tamat journey satu hari.

Saturday, June 12, 2010

Gaya Si Kecil Amelia - Memey

Cambodian Maid - Maid Kemboja

Cerita pasal maid ni tak pernah habis...selagi pakai maid selagi tu le macam2 cite timbul. I dah ambil maid kemboja ni pada bulan Dec selepas dapat pertukaran dengan maid kemboja = You Sam yang separuh brutal and lembab tu. Nama maid baru I, Amnas - orang nya boleh tahan..kurus berat 35kg je.. tapi slps 3 bulan berat naik 42kg. Mula2 tu rajin sungguh buat kerja walaupun communication out. Tapi better dari yg sebelum..buat kerja tak beberapa nak fokus, sentuh sana sikit, sini sikit...dan banyak yang tak sudah. Berbulu je I dibuatnya..geram!geram!...balik kerja asyik nak marah je..rumah bersepah...

Yang paling sadis sekali, tak boleh naik kete...mesti muntah...habis swift I dimuntahkannya..masam bau kereta...tak leh tahan..lepas tu, alamatnya kena tinggal bila nak berjalan. Budak2 pulak susah nak biasakan diri..tambahan amelia..tapi tu dulu, sekarang amelia dah boleh terima dia dah...

Pendek kata pembantu rumah/maid ni sama saja baik Kemboja atau Indon..mereka tetap manusia yang punya pelbagai kereneh..tapi yang membezakan mereka ialah bahasa dan budaya.

Do and Don't s
1. Cakap kena sepatah2, kalau tak tak dipaham
2. Cepat sedih kerana berjiwa lembut
3. Jangan bagi arahan terlalu banyak nanti dia keliru
4. Kena banyak bersabar sebab mereka ni slow
5. akhir sekali kalau kita nak yang perfect ikut cara kita..............................................................
................................................................................................................................................
kita le kena jadi maid...coz "nobody perfect"