As promised, budak2 tu dapat le mandi-manda kat swimming pool lepas sarapan pagi...aku malas nak turun..duduk kat bilik baca surat khabar, kemas baju coz nak check-out hari ni. Kesian kat abah diorang yg terpaksa jadi peneman budak2 kat pool sambil layan fb...
Check-out kul 11.00pagi coz perjalanan ke Kota Baharu jauh lagi...pasti memenatkan. JPS di pasang untuk guide jalan...Dalam perjalanan singgah kat Seberang Takir, cari kopok lekor yang paling popular tu..tepi jalan je..tapi masyallah..ramainya orang que...semata2 nak beli kopok mentar untuk dibawa balik. Kami bercadang nak makan kopok lekor kat situ je..tapi dudukpun tak de orang layan. Nak tanya minum apa pun tak de..nak order kopok siap goreng pun kena beratur gak...tak patut sungguh. Dah le pekerjanya sikit..layanan memang hampeh.....semua kena layan diri. Tu le org melayu meniaga tak tahu nilai2 komersial langsung. Benchmark le camna cina & mamak berniaga..penuh dengan budi bahasa.... Kecewa sungguh..akhirnya aku belah je..tanda protes...hahahaaa..dia orang apa kesah..ramai lagi org lain yang sabar menanti!!!!
Ingatkan ada lagi le kedai seumpama ni kat kawasan tu..tapi amatle kecewa coz tu le satu2 kedai jual kopok lekor kat seberang takir tu...Perjalanan tetap diteruskan...kereta menyusur laju menuju jalan kampung ke Kota Baru...Kami ikut..sepanjang perjalanan tak banyak kete..
Gambar Sepanjang Perjalanan
Signboard Pesta Mencandat Sotong tu..menari perhatian..Terpampang kat Pekan Tumpat..bestnya kalau dapat mencandat sotong...dapat sotong fresh..& colourpun transparent. Tersergam Masjid Tumpat yang indah..disebelah kiri jalan. Kat Pekan ni jalanraya sesak..dan ramai orang. Ada yang peliknya kat Kelantan ni..tengok orang ramai buat kenduri kahwin bukan dihari minggu tapi hari kerja (hari tu hari Isnin).
Perut dah kenyang, naik bilik untuk berehat..bebudak posing kat bilik. Bilik view Sg. Kelantan..bersesuaian dengan namanya "Grand RiverView"..dari kaca jendela cuaca nampak panas terik cam tak sanggup nak keluar dah. Duduk kat bilik lagi best!!
No comments:
Post a Comment