Sunday, June 27, 2010

Bercuti ke Pantai Timur - Terengganu - Kelantan (Day 4)

Kelantan....Selamat Pagi...rasa nak bermalas2 atas katil...
Breakfast kat sini banyak jugak pilihan tapi tak macam Terengganu..menu tempatan disediakan. Menu kat sini macam biasa nasi lemak, bihun goreng...sama je cam kat hotel2 lain..cuma kat sini ada satu lagi warung tambahan ..mee/kewtiau sup.....

Lepas makan, naik bilik and bersiap untuk jalan2..mula2 sekali p Pasar Siti Kadhijah..."pasarpun boleh jadi tourist attraction"..kalau Kat Teluk Intan tu..masukkan pasar besarnya sebagai tourist attraction pasti org tergelak!! Apa yang menariknya pasar ni, diatasnya ia bertingkat2..(rasanya 3 tingkat)..Tingkat atas ada jual macam2, barangan kering, keropok, jajan2, periuk belangga., kraftangan & macam2 lagi. Tingkat atas sekali ada jual kain, baju, kaftan ..sempat borong baju kaftan 2 helai, alas meja 1 helai je..nyesal lak tak beli alas meja banyak..coz murah!

Seperti biasa aku, sempat ambik gambar pemandangan dalam pasar dari tingkat 3, seperti yg disyorkan dalam aktiviti lawatan ke Kelantan....Pasar ni berdekatan dengan shopping mall lak..just opposite Parkson.
Sempat singgah Pakson coz budak2 nak buang air..nasib baik ada toilet yg selesa.


Lepas p Pasar, pergi lawat Muzium Negeri lak..tak jauh dari pasar tu, bayaran masuk RM2 seorang...terdapat 2 muzium di sini iaitu Muzium Adat Istiadat & Muzium Senjata.


Lepas tu p pulak Perkampungan Kraftangan..banyak barang2 kraftangan & kedai lukisan. Sempat beli lukisan batik...3 helai utk dijadikan hiasan dinding ruang tamu yg kosong...beli rotan & penggaru belakang. Budak2 sikit punya marah sebab beli rotan...hahahaaa..takut kena rotan le tu...


Lepas penat jalan..mula terasa lapar nak cari makan kat mana ye..cuaca panas terik..kalau orang Kelantan atau yang suka pekena nasi ulam..boleh makan Nasi Ulam Cikgu kat dalam perkampungan ni..ramai sungguh orang makan dengan penuh selaranya. Tapi ianya bukan selera kami sekeluarga..so jalan2 dikawasan sekitar utk cari makanan yang sedap...tapi semua mcm tak best je..aku suggest pekena nasi kukus tapi kat mana? Lagi sekali khidmat GPS diperlukan..atlast jumpa jugak kedang nasi kukus..yang dijamin oleh tekak...kedai ni on d way nak p Pantai Cahaya Bulan (PCB).


Lepas makan p bersantai kat PCB...tapi pantai ni dah tak secantik dulu..mungkin under construction lagi..demi sebuah pembangunan. Yang kesian ialah peniaga2 sepanjang pantai ni..customer kurang..........




Malam, makan kat kedai Tomyam..bersebelahan Pasar Siti Kadhijah...hampa..kebersihan kurang..air nak basuh tangan pun takde...sebelum tu singgah beli pulut durian dan nasi dagang. Sebab durian tak boleh bawak balik bilik, makan kat situ jugak..nasi dagang bawak balik tapi bila perut dah kenyang..alamatnya jadi rezeki tong sampah le keesokan pagi esoknya.

No comments:

Post a Comment