Sunday, June 13, 2010

Bercuti ke Pantai Timur - Terengganu - Kelantan (Day 1)

Sempena cuti sekolah yang panjang ni, akupun ambik kesempatan bercuti panjang, alhamdulillah permohonan cutiku selama seminggu diluluskan oleh bos. Ini le cuti impian suami ku..teringin pergi Kelantan katanya..kerana banyak2 tempat di Malaysia ni hanya Kelantan saja yang dia belum pernah pergi. Perjalanan ke Kelantan tentu sahaja memenatkan dan membosankan. So kami pecahkan percutian ini kepada 2 bahagian iaitu Terengganu then Kelantan. Untuk lebih hapenning lagi route kami diperluaskan "Shah Alam-Terengganu-Kelantan-Grik-Teluk Intan-Shah Alam"




Pagi Sabtu, 5 Jun 2010, 8.30 pg. kami sekeluarga telah berangkat..singgah sebentar kat Mc Donald kat Shell Petrol Station, just before tol ke Karak Kuantan. Masuk ke entrance tol, dah mula jam. Suspend gak, jam sepanjang jalan ke laluan masuk dan keluar Tol. Sesak panjang jugak...akhirnya lega jalan clear.


Bila jalan clear mula le nak pecut..tekan minyak dekat sampai 180km/j..sempat ambik gambar meter lagi. Nasib baik ada 'geng' yang sama2 bersaing..sentiasa follow kereta kita dan akhirnya memotong kerete kita bila highway tamat....Perjalanan di teruskan dan singgah sebentar di Kemaman - Pantai Mak Nik untuk makan tengahari di Restoren Aziz Satar...Menu pilihan...SATAR, OTAK2, Pulut Panggang & Ketupas Palas.


Habis je makan perjalanan di teruskan ke Kuala Terengganu. Sambil jalan makan angin..menikmati pemandangan indah sepanjang jalan menyusuri pantai Laut China Selatan. Melihat pembangunan Bandar Kertih dan Paka hasil daripada perkembangan industri petroleum negara, PETRONAS.


Singgah lagi di Rantau Abang..walaupun bukan musim penyu bertelur, 5 tahun dulu waktu pergi sini..keadaan amat menyedihkan..tak terjaga tapi sekarang ok sikit..pantai yang membiru mendamaikan mata, kelihatan para nelayan melabuhkan sampan & bot mereka ditepi pantai..berkumpul beramai2 sambil berborak mesra. Hajat dihati ingin singgah ke Santuari Penyu..tapi hampa lagi..diorang ni ikut office hour...sepatutnya ia perlu dibuka terutama cuti sekolah untuk educate orang ramai terutama pelajar sekolah..tentang facts & figures penyu di Malaysia.



Perjalanan kami diteruskan lagi, kali ni dah tak sabar lagi sampai ke Hotel Primula, Kuala Terengganu untuk merebahkan badan setelah penat duduk kat kereta selama 8 jam. Sampai di hotel pukul 5, check-in dan relax di bilik selama satu jam.. keluar lagi bercanda di tepian pantai Batu Buruk. Posing..& posing....terjumpa labu mistik..tempat orang buang 'benda'. siap tutup dengan kain kuning..mungkin telah dibawa ombak ke tepi pantai. Cantik pantainya tapi tak cukup landai untuk mandi manda..

 

Lepas jalan2 di pantai...posing lagi kat lobby hotel. Then..naik kereta sekitar bandar..cadang nak makan kat restoren terapung tapi tutup...under construction. Pencarian kedai makan diteruskan mengunakan bantuan GPS..semua kedai yang disyorkan amat scary..last sekali singgah kat Warung Norazila4 berdekatan dengan
hotel. Sedap jugak masakannya kita orang order Nasi Dagang, Nasi Minyak, Nasi Goreng Kampung & Keutiaw Goreng Basah. Lepas isi perut yang kelaparan ...terus balik hotel....relax.............oooo lega. Tamat journey satu hari.

3 comments:

  1. map kat atas tu tak lalu (temenggor)tasik banding pong..patut laluan tu cross temenggor tuh...

    ReplyDelete
  2. sata...sedapnye....memang kena made terengganu baru ummphhhh

    ReplyDelete
  3. sedapnya satar...belum cuba belum tahu. bila dah cuba confirm nak lagi.heeee

    ReplyDelete