Thursday, September 22, 2011

Cheese Cake With Blueberry Topping

Cheese Cake
Cuaca kat luar sejuk, hujan setiap hari turun tak mengira waktu. Tiba-tiba teringin pula nak buat cheese cake memandangkan semua bahan-bahan ada di rumah. Mula-mula aku bake cake dulu pada petang Selasa dan semalam baru aku buat topping dia. Bukan apa, biar sejuk, baru cream topping tidak cair.

Nak buat kek ni tak susah, bahan-bahan utama dikekalkan boleh rujuk kat post aku yang lepas..

http://memeymia.blogspot.com/2011/07/marble-butter-cake.html

Tapi kali ni aku buat besar sedikit so aku tambah lagi setengah adunan dari resepi berikut.
Lebih kurang begini le..

Bahan Kek

1 1/2 buku Butter 
2 1/4 cawan tepung kek Bluekey
2 cawan gula halus
1 sudu kecil baking powder
6 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
250gm Cream Cheese

Cara-cara


1. Masukkan butter bersama gula kisar sampai sebati dan kembang (warna berubah jadi kuning keputihan)
2. Masukkan telur satu persatu, pukul sampai sebati
3. Masukkan cream cheese, pukul lagi
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau lagi sampai sebati
4. Masukkan esen dan serbuk penaik dan jus lemon (2-3 sudu makan). Putar sampai sebati
5. Masukkan dalam acuan dan bakar selama 45 minit dengan 170-180 darjah C.

Topping Cream 

1/2 buku butter
Gula aising (lebih kurang 2 cawan kot) sebab aku pakai bubuh je.
Jus lemon

(Diputar sampai sebati dan keputihan)

Cream tadi disapukan ke atas kek. Tabur Blueberry Filling, Coklat Urai, (Atas Kek) dan Kacang tanah (Tepi kek) yang telah digoreng dan dikisar.
p.s Hiasan ni ikut kretiviti, kalau nak bubuh buah strawberry pun cun gak....

Thursday, September 15, 2011

UPSR 2011

Hari ni berakhirlah UPSR yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut bermula pada 13 September hingga 15 September 2011. Hati rasa berdebar-debar kerana anak sulong aku terlibat dalam UPSR kali ni. Hari pertama terdapat 3 kertas iaitu  Bahasa Malaysia penulisan, kefahaman dan Matematik II. Bila ditanya dengan penuh confident dia jawab senang. Hati berbunga lega. Hari Kedua, kertas Matematik I sahaja. Dan dia juga confident dengan jawapan dia. Tapi Hari ni Hari Ketiga, untuk 2 kertas akhir..dia kata Kertas Sains Bahagian II agak susah. Manakala Bahasa Inggeris OK katanya. Bila saja dia sebut susah, begitu juga susahnya hati aku dan suami. Boleh ke dia dapat 5A? Harapan kami dan juga beliau sendiri tentulah tinggi. Tapi apa-apapun semuanya sudah berlalu dan dia telah berusaha bersungguh-sungguh selebihnya kita serahkan kepada Allah swt.

Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan dan segala usaha mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan. Amin.

Fact & Figures: The World's Largest Swimming Pool

Tahukah anda terdapat sebuah swimming pool terbesar didunia dengan kepanjangan menjejah lebih 1000 yards, keluasan 20 ekar, kedalaman 115kaki dan memerlukan takungan air sebanyak 66 juta gallon. Dimana letaknya swimming pool ini? Adakah di US? Oh tidak...ia terletak di Algarrobo, Chile. Hebat Bukan. Sekarang ni semua negara berlumba-lumba mencatat sejarah "terbesar" di dalam Guinness World Records. Untuk meningkatkan ekonomi negara melalui perlancongan..swimming pool terbesar ni sudah semestinya tarikan pelancong serata dunia.

Tahukah anda kos pembinaannya sahaja telah menjejah US$2 billion dan kos penyelenggaraan tahunan sebanyak $4 juta. Huh, suatu nilai yang amat besar. Bagaimana pula dengan jumlah pulangan setiap tahun. Adakah ianya berbaloi?? Tolong congak sendiri.....









Maklumat lanjut boleh layari http://www.dailymail.co.uk/news/article-509718/Try-making-splash-worlds-largest-swimming-pool--1-000-yards-long.html#ixzz1Xz7iSQQg

Wednesday, September 14, 2011

Dakyah Yahudi Untuk Memperlekehkan Islam

Baru-baru ni aku buka email dari account office, terbaca satu email yang diforwardkan oleh rakan sekerja bertajuk "RAKYAT KENA GANTI PUASA 1 HARI, GARA-GARA PLANET SATURN". Tergerak hati lak nak baca. So isi kandungnya begini.....


" Khamis, 8 September 2011
SALAH UMUM HARI RAYA, SAUDI BAYAR KIFARAH SATU BILION RIYAL
Akibat tersalah mengumumkan tarikh berakhirnya Ramadhan dan permulaan Syawal, pemerintah Arab Saudi terpaksa membayar kifarah bagi pihak seluruh penduduknya yang keseluruhannya berjumlah kira-kira satu bilion Riyal Saudi.

Sambil memohon maaf kepada rakyatnya, pemerintah Saudi turut mengarahkan semua rakyatnya berpuasa sehari bagi menggantikan puasa yang ditinggalkan kerana Hari Raya Puasa pada tahun ini tidak sepatutnya disambut pada 30 Ogos 2011, tetapi sepatutnya pada hari Rabu 31 Ogos 2011, bertepatan dengan kiraan para saintis di institut penyelidikan astronomi negara tersebut.

Apa yang dilihat dan disangkakan anak bulan Syawal pada hari tersebut rupa-rupanya adalah planet Saturn!

Dermikian dilaporkan oleh AL-JAZERA

Click to Watch out the video "Mistake in Announcing Eid 2011 source- Al Jazeera
Monday, September 5, 2011
Saudi Government admitted their Mistake in Announcing Eid al-Fitr 2011
Saudi government officials have reportedly apologized to their nation and said that..............."

Lanjutan dari email saudara ni terdapat 2 lagi email balas yang mengatakan ketidaksahihan sumber setelah meneliti dan membuat sedikit research. Dan apa yang menarik aku ambil petikan dari Kakak ni pula..


 Al Hujurat : 6
"Wahai orang-orang beriman! Jika seorang yang fasik datang kepada mu, membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan(kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu"


Moral: Jangan suka menforwardkan sebarang berita terutama di email rasmi pejabat...hahahaha


Sekarang ni banyak laman web parody seperti DailySquib, Next Chanel yang sengaja direka untuk hiburan dan kadang agak keterlaluan menghina....so berhati-hati dengan berita yang didengar atau dilihat. Bertindak bijaklah dalam mempertimbangkan sesuatu perkara. Wallahualam.

Monday, September 12, 2011

Jamuan Hari Raya MPC

Setiap tahun MPC akan mengadakan jamuan hari raya bertempat di Hotel Singahsana, PJ yang bersebelahan dengan bangunan pejabat. Buat kali kedua aku hadir sebagai 'student'. Jamuan diadakan pada 9 September 2011, jam 4 petang. Dikesempatan ini GBS (nick name bagi kami yang pergi further study) berkumpul beramai-ramai. Jamuan ini juga dihadiri oleh warga-warga pencen, bekas-bekas KP, peneraju2 industri dan ahli korporat. Yang paling dinantikan ialah deputy minister kami yang cukup popular dikalangan warga wanita iaitu Dato' Mukhriz Mahathir.

Dato' Mukhriz bersama Anak-anak yatim Rumah Kasih Harmoni - Gambar Ihsan dari Shahidah Samsudin

Dewan  sudah mula dipenuhi sejak dari pukul 3 petang lagi. Jadi terpaksa memilih tempat-tempat yang kosong dan view yang tidak beberapa menarik. Hidangan seperti biasa, terdapat lemang, nasi impit, rendang, sate, mee soto, laksa, nasi mandy, kambing panggang, ABC, ice cream dan pelbagai jenis kuih muih. Aku entah mengapa tiada selera sangat makan hanya sempat mengambil, lemang, nasi impit dan rendang sahaja. Yang lain hanya tumpang kawan-kawan punya juadah. 


Beratur Untuk Kambing Panggang



Pelbagai acara menarik diadakan dengan pelbagai persembahan dari rumah anak-anak yatim, kumpulan tarian budaya, Band MPC dan sesi Karaoke dari Chairman, Tan Sri Azman Hashim, KP dan isteri dan warga-warga berbakat. Selain daripada itu, sesi bergambar bersama-rakan-rakan tidak dilupakan. 



Bersama Mazrina

Bersama Jerry

Bersama Aishah

Bersama Shez

Aishah & Azlin

Bersama Azhar & Aishah

Bersama Azlin dan Linda

Aishah & Syed

Bersama Shez, Halisa dan GBS (Kak Fiza & Ros)
Meriahkan suasana raya kali ni. Dewan dipenuhi dengan warna pink..bukan tema tapi kebetulan......

Wednesday, September 7, 2011

Salam Aidilfitri 2011

Satu Syawal jatuh pada 30 Ogos 2011 iaitu hari Selasa dan esoknya 31 Ogos 2011, Negara kita Merdeka. Sambutan kemerdekaan sedikit ditenggelami dengan kemeriahan hari raya. Seperti raya-raya yang lepas menu hidangan tak banyak berubah. Hidangan wajib adalah lemang, nasi impit dan kuah kacang, rendang tok. Pagi raya ini aku berkesempatan menunaikan sembahyang sunat aidilfitri di Masjid Al-Taqwa, Teluk Intan. Turut serta adalah anak bongsuku si Amelia. Gembira sungguh dia kerana dapat bersama-sama pergi ke masjid dan bersembahyang. Macam2 soalan diajukan kepada aku, sampai naik rimas dibuatnya.

Selepas menunaikan sembahyang, acara bermaaf-maafan dan sesi bergambar bermula. Hanya aku dan family adik bongsu sahaja yang ada. Sunyi sedikit suasana. Zura bersama family beraya di Semenyih kerana suami terpaksa bertugas. Fairus beraya sebelah keluarga mertua. Zafri pula beraya bersama bahan-bahan jualannya.

Mak dan Papa
Familiku bersama ibubapaku
Family Mak Su
Amelia dengan Kak Amnas

Mak dan Pakcik Zainal
Kek hasil decoku..Sebagai 'kepala meja'