Wednesday, July 27, 2011

Marble Butter Cake

Hari Isnin hari tu rasa teringin pulak nak buat kek. Nak buat kek coklat bahan tak cukup. So aku decided to make a simple marble butter cake. Huh Yummy jugakkan!!

Aku pun keluarkan butter, malas nak tunggu lembut, aku masukkan dalam microwave dalam 30 seconds. Hehe..nak cepat..tapi hasil tetap sama. Kalau nak sedap guna butter mahal sikit, bau wangi dan rasanya lemak..so aku pakai Butter Golden Churn. Buat kek kalau nak gebu petuanya guna tepung kek Bluekey..pasti cantik jadi..so inilah hasilnyer...

Marble Butter Cake

Resepinya mudah saja, turun temurun dari mak aku.

Bahan-bahannya.

250gm Butter 
2 cawan tepung kek Bluekey
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil baking powder
4 biji telur
1 sudu makan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
Koko secukup rasa

Cara Membuatnya.
Aku tak ada pantang sangat dalam buat kek ni. so main campak2 je. setengah orang pukul putih telur dulu le..dan jangan terkena air le..dulu2 aku ikut jugak tapi lama-kelamaan malas pulak buat yang remeh temeh ni so kalau nak ikut cara aku begini....

1. Masukkan butter bersama gula kisar sampai sebati dan kembang (warna berubah jadi kuning keputihan)
2. Masukkan telur satu persatu, pukul sampai sebati
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau lagi sampai sebati
4. Masukkan esen, serbuk penaik, dan susu pekat manis
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu warna asal, satu lagi dicampurkan dengan serbuk koko
6. Dalam acuan kek, alaskan dengan kertas pelapik kek (kalau tak ada cuba griskan dengan butter dan taburkan tepung )
7. Masukkan adunan selang seli, warna asal, kemudian tambah adunan koko diatas adunan asal. Ketebalan corak bergantung kepada jumlah adunan yang diletakkan. Saya letakkan 3 sudu bagi setiap satu adunan.
8. Kek siap dibakar.
9. Sementara menyediakan adunan tadi panas kan oven selama 5-10 minit. Kemudian bakar dalam suhu 180C selama 50 minit (suhu dan masa ikut kapasiti oven anda).

1 comment: