Friday, July 8, 2011

Hukum Menunggang Kuda Dalam Islam

Islam membenarkan apa-apa yang baik dan bermanfaat kepada manusia. Dalam Hadith, Rasulullah (SAW), memerintahkan kita dengan bersabda: “Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.”.

Kuda merupakan sejenis haiwan yang gagah, pantas, tahan lasak dengan cuaca panas dan sejuk, handal dalam enduran serta cekap dan bijak. Bertapa bertuahnya jika kita dapat menunggangnye. Menunggang kuda di Malaysia merupakan aktititi sukan dan hobi. Jarang sekali menjadi haiwan peliharaan kerana ia memerlukan modal yang agak besar dari segi penyediaan stable, kawasan tunggangan dan selenggaraan. Aktiviti menunggang kuda ini agak mahal kerana kita perlu menjadi ahli kelab terlebih dahulu. Ini kerana bayaran bukan ahli lebih mahal. Bagi yang berkeluarga aktiviti ini bukanlah merupakan aktiviti berseorangan ia melibatkan kerjasama daripada semua ahli keluarga. Baru lah aktiviti penungganggan lebih lively and happening.

Baru-baru ni Amelia, anak bongsu berpeluang menunggang kuda melalui program Horsing Around yang dianjurkan oleh tadika beliau. Huh ..kagum dengan keberanian dia menunggang kuda. Aku? nak pegang kudapun takut!!!

No comments:

Post a Comment