Post hari ini berkaitan dengan sarapan lagi. Kali ini aku cuba menu India iaitu Puri yang dimakan bersama kuah dhal. Idea puri ini datang bila kakak ipar ku memasak hidangan ini untuk makan malam dirumahnya. Senang dan sedap juga menu ini. Memandangkan semua anak aku suka..aku mengambil inisiatif untuk membuatnya. Setakat resepi dari mulut ni aku tidak confident sangat der. Jadi aku gunakan sekali lagi khidmat Mr. Google.
Puri ini merupakan makanan india yang merupakan doh yang digoreng seakan akan roti canai. Beberape website telah aku jelajahi dan diantaranya ialah
1. Chef in You
2. Indian Food
3. Youtube - info and step by step
Resepi Puri
Bahan2 (Lebih Kurang 20 keping)
3 cawan tepung
2 sudu minyak (suam)
1 setengah cawan air suam (tuang sedikit2 supaya adunan tidak lembik)
Setengah sudu kecil garam
Dalam bekas adunan, bubuh tepung dan garam. Gaul bersama minyak dan tuang air sedikit demi sedikit sampai adunan tidak melekat ditangan dan bekas. (Macam buat karipap). Bulat dan doh memjadi adunan kecil dan canai.
Dalam api yang panas, masuk kan puri dan goreng. Ceduk minyak atas puri supaya naik kembung dan angkat bila keperangan.
Dan inilah hasilnya...dan sedap dimakan dengan kuah dhal.
Resepi Kuah Dhal.
Bahan2.
1 biji Bawang Besar
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili kering dipotong halus
setengah sudu herba campur
1 tangkai daun kari
Sebungkus kacang dhal.
Cara Membuatnya.
Rebus sebungkus kacang dhal sehingga kembang.
Dalam kuali berasingan, tumis bawang merah, bawang putih, potongan cili kering, daun kari dan rempah penumis sehingga wangi. Masukkan ikan bilis yang ditumbuk dan bubuh sedikit air. Tutup api dan masukan bahan tumisan kedalam periuk kuah dhal yang telah kembang tadi. Tambah garam secukup rasa dan tutup api apabila kuah menggeleggak. (Kepekatan kuah dhal terpulang kepada citarasa).