DAY 6 BANDUNG - JAKARTA
Hari terakhir kami di Bandung yang padat. Pagi selepas check-out, kami pusing bandar bandung untuk mengambil kek kukus yang ditempah. Kemudian singgah di Kartika Sari untuk membeli pisang bolen dan beberapa jenis kek untuk dibawa pulang ke Malaysia. Selepas ini kami pergi ke Rumah Mode untuk bilasan terakhir shopping kami. Rupa-rupanya tempat ni best giler. Banyak baju-baju berjenama kat sini. Kalau aku tahu dari awal lagi pergi kat sini. Ini semua angkara Pak Ubin yang kata tempat ni MAHAL! Tapi bagi aku harga berpatutan. Itupun nasib baik aku desak diorang pergi jugak kat sini. Sepatutnya kita orang plan untuk bergerak dari bandung ke jakarta pukul 12.00 tgh tapi terlajak hingga pukul 1.00 ptg. Pak Ubin mendesak kami agar cepat supaya tidak temput macet di Jakarta nanti. Perjalanan dari Bandung ke Jakarta lancar sehinggalah sampai di kota Jakarta. Highway pun macet...dila jam van kami jadi panas dan mula le berpeluh2. Dan yang panik tu misha pulak sakit perut. Kitaorang suruh tahan kalau boleh! Bukan apa kalau nak cari tandas terpaksa masuk bandar yang jam gila tu..huhuhu sabar je lah. Waktu tu jam baru pukul 4.00 petang tapi dah jam. Akhirnya sampai juga ke Airport setelah berhenti seketika untuk lunch di Simpang Raya yang berhampiran airport.
No comments:
Post a Comment