Friday, January 3, 2014

TERKINI: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi @ 03:13PM, 03 January 2014
SEKSYEN A: AMARAN UNTUK ORANG AWAM
I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)- Kemaskini
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur dijangka berterusan sehingga Isnin, 6 Januari 2014.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Perak, Pahang, Sarawak (Miri), WP Labuan & Sabah (Pantai Barat) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Jumaat, 3 Januari 2014.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERKAPALAN
I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Kemaskini
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Condore & Reef North dijangka berterusan sehingga Jumaat, 10 Januari 2014.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman & Bunguran dijangka berterusan sehingga Isnin, 6 Januari 2014.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini
a) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Reef North dijangka berterusan sehingga awal malam, Jumaat, 3 Januari 2014.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
b) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Perak, Pahang, Sarawak (Miri), WP Labuan & Sabah (Pantai Barat) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Jumaat, 3 Januari 2014.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

No comments:

Post a Comment